Wednesday, March 9, 2011

Sotong Oriental





Salam semua,

Dah lama saya tak masak sotong. Anak anak pun dah merungut. Sabtu lepas, bila terjumpa dengan sotong, terus aja hubby beli. Secara kebetulan pulak terserempak dengan resepi sotong oriental ni kat rumah KNor. Apalagi, kita pun menerai la.


Memang marbeles giler sotong ni………sedap sangat. Sotong pun tak mengecut sangat bila dimasak, fobia jugak bila tengok sotong mengecut tinggal sejemput mcm yg selalu sy masak bukannya apa….takut tak cukup aja…….dan lagi……..nampak pun tak berapa menarikkan.

Resepinya saya cp dari dapur KNor. Knor pulak amik dari rumah Madiha. Terimakasih semuanya ya.


SOTONG ORIENTAL

Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji green capsicum, dipotong
1/2 biji red capsicum, dipotong
5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Sos
2 camca besar pes tomyam
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air
Cara Membuatnya:

Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

Monday, March 7, 2011

Telur Masak Kicap


Salam semua,

Suatu hidangan yang ringkas tetapi sedap dimakan, telur masak kicap. Selalunya kalau dah habis idea nak masak apa, resepi ni la yang saya buat untuk hidangan tengahari membawa ke petang..

Sedikit info tentang khasiat telur yang saya perolehi dari Utusan

TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.

Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.



Resepi ehsan daripada Kak Liza. Terimakasih ya kak.

Telur Masak Kicap

Bahan
4 biji telur mata lembu
1 biji tomato [belah 6]
1 biji cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang besar [hiris kasar]
1/2 cawan kicap
2 s/b tomato jus
daun bawang [potong pendek]
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan kicap dan tomato sos. Kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan tomato buah dan daun bawang. Tutup api.
4. Tuangkan keatas telur mata lembu tadi.