Saturday, March 5, 2011

Tiramisu Cheese Cake



Salam semua,

Tiramisu, salah satu pencuci mulut (dessert) yang istimewa dan popular dari Itali.
Walaupun dahulunya tiramisu hanya disajikan oleh masyarakat Itali, tetapi kini telah menjadi kegemaran ramai seantero dunia. Dengan berbagai bagai kaedah penyediaannya, tiramisu yang pada asasnya berkrim dan berlapis, selalunya disajikan sejuk sebaik dikeluarkan dari petiais. Semakin lama anda dapat menyejukkan kek tiramisu ini sebelum dihidangkan semakin enak hasil yang akan anda perolehi.



Sepotong tiramisu di atas pinggan sudah cukup untuk menyamankan tekak sekaligus mengenyangkan. Tiramisu juga kadangkala disajikan dalam bentuk trifle di dalam mangkuk atau gelas yg dalam. Dewasa ini tiramisu telah menjadi menu pencuci mulut yang sgt popular di kebanyakkan kafe dan bakeri.



Pertama kali saya merasai keenakkan tiramisu ini membuatkan saya ketagihan malahan ingin lagi dan lagi......sekaligus menjadikan saya penggemarnya. Terimakasih diucapkan buat Kzai di mana resepi ini saya perolehi dan terimakasih juga buat tuanpunya resepi Pn Umie (MYR)

Kek Keju Tiramisu Simple
Sumber: umi_e (myresepi.com) - terimakasih ya

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Wednesday, March 2, 2011

Gulai Tulang Lembu



Salam mesra buat semua,

Hari Sabtu lepas sebagaimana kebiasaannya saya dan hubby pergi ke pasar Seberang Jaya. Kelihatan tulang rusuk lembu bergantungan di pasar, kemerah merahan segar warnanya. Hubby kalau ikut sekali ke pasar, tulang ni mesti pilihan pertamanya. Cumanya, saya aja kadangkala buat dono sebab kerajinan memasak daging ni agak berkurangan kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyediakannya. Hubby belikan 3 pelepah. Hubby saya memang sangat suka makan masakan yang berasaskan tulang dan daging lembu, kira favourite dia la tu. Bila dah makan, mak mertua lalu pun tak nampak, begitula gayanya....ahaks...

Selalunya daging atau tulang lembu ni saya cuci berulangkali sehingga benar benar bersih airnya bertukar warna jernih. Selepas itu, barula saya masak. Resepi kali ni saya cnp dari rumah Jun manakala tuanpunya resepi pulak ialah KNor yang memang pakar dalam bidang masak memasak ni.

Sewaktu memasak daging ni, berulangkali anak anak ke dapur bertanyakan khabar lauk hari ni dah siap ke belum???. Maklumla kewangian daun pandan yang dimasukkan ke dalam masakan benar benar mencuri tumpuan anak anak saya, tak menyempat nyempat lagi lauk nak masak minta dihidangkan.



Pabila dijamah pula, semua memuji kesedapannya, anak yang kecil sekali tu pun ikut merasa kari yang pedas ni, katanya dia suka pedas, padahal selalunya dia la yang paling tak suka akan pedas, sanggup tak makan kalau ternampak cili walau sehiris pun. Tapi, kali ini bila lihat si abang2 asyik menayang tulang lembu dalam pinggan memasing, teringin pulak dia. Hari ni juga semuanya makan bertambah, termasuklah yang sikecil, saya tambahkan sedikit kicap manis dalam nasi biar kurang pedasnya. Yang si abang pulak, siap menghisap tulang tu lagi..... Slurp slurp bunyinya, pandai sungguh mereka menikmati keenakkan tulang lembu. Bila ditanya apa rasanya hisap tulang tu, manis dan sedap katanya, sampai kering betul tulang tu baru dibuangnya, bertuah betulla budak ni.......Patutla hubby suka sangat memang sedap giler, sekejap aja dah nak clear gulai seperiuk besar tu, mujur juga dan direservekan sedikit untuk hubby, kalau tak, kempunan la jawabnya orang yang membeli tulang tu....heheheh

GULAI KAMBING (boleh juga digunakan utk daging lembu/tulang lembu)- Tks yer Knor
1kg daging/tulang kambing
sedikit tepung gandum
3 sudu cili mesin
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih ~ semua bahan * diblend halus
* 1in halia
*3 hirisan lengkuas
4 sudu besar rempah gulai daging/kawah
3/4 cawan santan fresh/pekat
2 bj ubi kentang
air secukupnya
nisan/gula melaka
2 sudu besar kerisik
air asam jawa
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
minyak



Cara-caranya
Tulang/daging kambing diperap dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air. Biarkan 5 - 10 minit dan bersihkan. Toskan. (ni petua utk menghilangkan bau hamis kambing)
Masukkan tulang/daging tadi kedalam periuk dan isikan dgn air melebihi sedikit dr paras daging.
Masaklah sehingga 1/2 empuk. Ketepikan.
Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik td (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) bersama daun pandan hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak dan masukkan bahan blend.
Kacau dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga garing sedikit dan masukkan rempah gulai serta 1/2 cawan air (boleh ambil air dr rebusan daging/tulang td).
Goreng hingga pecah minyak baru la masukkan daging/tulang.
Gaulkan hingga rempah sebati dgn daging/tulang. Biarkan lebih kurang 10 minit.
Masukkan kesemua air rebusan td dan juga ubi kentang.
Masaklah hingga mendidih dan baru la dimasukkan santan fresh/pekat.
Bila kuah mendidih, masukkan air asam jawa, garam, nisan/gula melaka dan kerisik.
Kalau nak masukkan 1/2 kiub pati ayam/daging pun boleh, utk menyedapkan lg rasa lauk ni. Jgn lupa mengacau ya, nanti santan naik kepala.
Kalau nampak kuah agak pekat dan tak pecah minyak, boleh lah dimasukkan 1 cawan air panas mendidih ke dalam kuah. Dengan cara ni, kuah akan jd cair balik dan akan pecah minyak.
Masaklah hingga daging dan ubi kentang empuk (tulang memang takkan empuk kan) dan kepekatan kuah yg disukai. Nak pekat lg, tambahkan masa memasak.

# penggunaan daun pandan utk mewangikan lauk
# kuah ni sedap dicicah dgn roti/bun