Thursday, December 6, 2018

Ayam Goreng Cili Padi Paling Sedap


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Hidangan yg ringkas, mudah utk disediakan dan yg paling penting, sedap!


Ayam Goreng Cili Padi Paling Sedap

1 ekor ayam (potong kecil, bersihkan, gaul garam kunyit dan goreng hga masak)

Bhn kisar 
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
15 biji cili padi
3 biji cili hijau/merah

Bhn tmbhan
1 biji bawang besar potong bulat
1 biji tomato  dipotong baji

3 sb kicap manis
Garam dan lada sulah secukupnya



Cara cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.


Masukkan ayam yg telah digoreng, dan gaul rata.  Tuangkan sedikit saja air jika nak berkuah.  


Tambahkan garam, kicap manis dan lada sulah.  Bila agak pekat tutup api.  Siap utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment