Thursday, March 1, 2018

Ayam Masak Lemak Cili Padi Chef Joha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Masih lagi dalam mengemaskini n3 tertunggak.   Sebenarnya saya bukanlah penggemar masak lemak namun tetap ingin mencuba sesuatu yang berbeza, inilah hasilnya.

Lemak Ayam Cili Api (Tanpa Santan). Creamy Spicy Chicken. Bon Appetit
Sumber  : Chef Joha Hassan

Bahan2nya
1 ekor Ayam - dipotong 16
4 ulas bawang putih (4 cloves garlic)
3 biji buah keras ditumbuk lumat (3 candlenut)
18 biji gajus ditumbuk lumat (18 cashew nuts)
6 biji badam ditumbuk lumat (6 almond nuts)
2 batang serai - dititik (2 lemongrass)
300ml Susu lemak cair (Full cream milk)
1 sudu teh serbuk kunyit (Tumeric powder)
3 sudu besar bawang besar kisar (3 tbspn Blended onions)
1/2 inch halia ditumbuk lumat (1/2 inch ginger)
8/10 cili api ditumbuk Kasar2 (8/10 cili padi)
1 kuib knorr ikan billis ( 1 cube of Knorr anchovies)
Secubit serbuk buah pala (Pinch of nutmeg powder)
2 helai daun pandan (2 screwpine leaves)
2 sudu besar minyak untuk menumis (2 tbspn cooking oil)
Bawang goreng & sedikit duan ketumbar untuk hiasan(Fried shallots for garnish)

Cara2nya
Tumbukkam buah keras, bawang putih,halia,kunyiit, cili api, gajus & badam sampai lumat. Kepingan ayam digoreng bersama garam dan kunyit. Ditepikan.

Panaskan minyak dalam periok, bubohkan rempah yg di tumbuk dan 2 batang serai yg di titik dan daun pandan. Bila aroma rempah bakit, Masukan ayam goreng dan tuangkan susu cair. Letakan serbuk buah pala dan  gaulkan supaya sebati. Biarkan ayam sementara, kechilkan api, dan kacau sekali sekala. Letakan garam, bila kuahnya mendidih, tutupkan apinya.Biarkan sementara sebelum di sajikan. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar sedikit. Sediakan bersama sambal belachan dan nasi putih panas.







1 comment: