Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua
Dahulu, jika tak silap saya sekitar tahun 2011 bilamana saya mula menemui laman yg penuh dgn info2 tentang masakan nasi kandar, saya sangat teruja dan selalu mencuba dan seterusnya memperpanjangkan resepi resepi dari website tersebut iaitu website Mamakhaji. Kerana resepinya begitu terperinci dan seringkali juga menepati citarasa saya, citarasa orang Tanjong!. Entri saya yang pertama dari resepi Mamakhaji boleh dilihat di SINI.
Masa berlalu begitu pantas hingga tanpa saya sedar tahun 2018 telahpun menjengah tiba. Anak anak membesar
begitu cepat sekali, besar bagai johan, besar bagai johan, teringat pulak iklan susu popular dumex dulu2 hahaha. Usiapun kian menginjak senja, dah masuk bersiri siri jadinya, alhamdulillah diberikan nikmat yg begitu banyak hingga terkadang saya terleka. Astaghfirullahhaladzhim...... Maafkan aku Ya Allah! diatas segala kelemahan dan kelalaian hambaMU selama ini....sesungguhnya aku tidak sempurna....semuga Engkau dapat terus membantuku untuk sentiasa mengingatiMU, mensyukuri nikmat2MU dan memperbaiki amalku, amin Ya Rabb
Opsss bila usia kian bertambah, n3 pun kian berubah, sesekali tersasul ke lain.
Namun saya masih mempunyai satu lagi resepi tertunggak Mamak yg belum dipaparkan.
Dah lama sebenarnya saya masak hidangan ayam ini. Nampak sedapkan?
Jika anda juga menggemari masakan nasi kandar seperti saya, apakata anda jengah sebentar ke link berikut untuk melihat resepi resepi yang telah saya cuba. Manalah tau anda mungkin terpikat untuk mencubanya. In sha Allah sedap!
Oklah kita injak ke resepinya ya,
RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Sumber : Mamakhaji
BAHAN-BAHAN:
– 1 ekor ayam dibersihkan dipotong 12 bahagian.
– 5 Bawang Merah labu dihiris dan digoreng.
– 2 sudu besar serbuk Cili.
– 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
– 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
– 2 sudu besar Rempah Kari (daging).
– 1 sudu kecil serbuk kas-kas – tidak kemestian.
– 2 sudu besar Sos Tiram.
– 2 sudu besar Sos Cili.
– 1 sudu besar sos Tomato.
– 2 sudu besar pes bawang putih-halia.
– 1 sudu kecil serbuk garam masala.
– 2 btg kayu manis, 7 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 3 bunga lawang.
– 1 helai daun pandan dipotong 4 inci panjang.
– 1 sudu besar gula.
– 2-3 tangkai daun kari.
– Garam secukup rasa.
– Cili merah dan pudina / daun ketumbar (hiasan).
– 5 Bawang Merah labu dihiris dan digoreng.
– 2 sudu besar serbuk Cili.
– 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
– 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
– 2 sudu besar Rempah Kari (daging).
– 1 sudu kecil serbuk kas-kas – tidak kemestian.
– 2 sudu besar Sos Tiram.
– 2 sudu besar Sos Cili.
– 1 sudu besar sos Tomato.
– 2 sudu besar pes bawang putih-halia.
– 1 sudu kecil serbuk garam masala.
– 2 btg kayu manis, 7 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 3 bunga lawang.
– 1 helai daun pandan dipotong 4 inci panjang.
– 1 sudu besar gula.
– 2-3 tangkai daun kari.
– Garam secukup rasa.
– Cili merah dan pudina / daun ketumbar (hiasan).
CARA-CARA MEMASAK:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran kah rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas (tidak termasuk sos tiram, sos cili dan tomato) dan juga daun kari. Tentukan rempah tidak hangus. Goreng selama 1-2 minit sudah memadai. Bila rempah mula mengeluarkan aromanya, masukan sedikit air/stok ayam (ikut kuah yang anda perlukan). Bila air bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
4. Masih api dapur keadaan kecil, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi ke dalam adunan rempah. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang yang telah goreng dan sebatikan pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Masakan ini dlm keadaan reneh (simmering).
5. Keluarkan dan hidangkan dengan taburkan cili merah yang dihiris dan juga bawang goreng di atas hidangan anda.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment