Monday, December 8, 2014

Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Musim cuti sekolah ni, anak anak asyik mengadu lapar saja. Kejap kejap ke dapur mencari sesuatu utk dimakan.  Jadi, kita pun terpaksalah mengadakan sesuatu sebagai memenuhi keperluan tersebut. Jom kita tengok antara juadah minum petang yang telah saya sediakan.






KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber : Nor@SecubitGaram

125gm mentega
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.





Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.


* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Sarang semut saya halus halus saja sebab saya perap selama 1 jam setengah sahaja.


1 comment:

  1. Cantik sungguh kejadian kek sarang semut kak watie.. sedap pulak tengok petang hari ni.. macam nak ambil jer sepotong :D

    ReplyDelete