Saturday, December 27, 2014

Daging Gulai Kawah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua, 

Jom tengok apa saya masak semalam.



Daging Gulai Kawah
Sumber Resepi  :  Kak Liza
Bahan bahannya
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]

2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Sy tambah ubi kentang



Bahan Mesin 
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas


Bahan tumis 
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga



Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.




1 comment:

  1. Selamat berhujung minggu Tie... ni bawa mangkuk kosong nak senduk gulai kawah he hehehhe..... kalau makan tu jangan lupa kita kat sini ye Tie.

    ReplyDelete