Thursday, August 30, 2012

Red Velvet In Jar sempena pertunangan Mas Athirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Tempahan yang sempat saya sediakan buat Mas Athirah sempena majlis pertunangannya pada hari raya ketiga yang lepas.
Sebenarnya ada beberapa lagi tempahan pertunangan pada hari raya yang tak dapat saya terima. Takut pula tempahan tak dapat disiapkan, maklumla hari rayakan, mana nak layan tetamu, mana nak godek kek, silap silap kacau bilau jadinya.
Tempahan 10 botol saja, tapi gambar pulak yang melebih lebih, hehehe.... Bukannya apa, sayang pulak nak mengabaikan gambar2 yang telah diambil, jd letaklah semuanya buat kenangan.
Selamat bertunang Mas. Semuga bahagia hingga ke syurga.
Terimakasih banyak diatas tempahan ini.

1 comment: