Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tak tau nak celoteh apa hari ni, jadi jom terus ke resepi untuk hari ini.
Resepinya adalah Ayam Masak 3 Rasa. Sangat sedap!
AYAM MASAK 3 RASA
Bahan bahan :-
1 ekor ayam
1/2 cawan air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
minyak - untuk menumis
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
Bahan Cincang Halus :-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus :-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar di potong bulat
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar di potong bulat
Bahan-Bahan Sos :-
2 cb cili kisar
1 cb sos tomato
2 cb sos plum
2 cb gula pasir
2 cb sos cili
1 cb jus limau kasturi
1 cb kicap manis
sedikit sos ikan
Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata. Kemudian masukkan bahan dihiris halus serta ayam, gaul rata. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi.
Selamat Mencuba !
No comments:
Post a Comment