Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu untuk hari ini adalah Ikan Kembung Goreng Bersambal ataupun Ikan Kembung Sumbat Sambal.
IKAN KEMBUNG GORENG BERSAMBAL
Bahan bahannya :-
6- 7 ekor ikan kembung / cencaru
sedikit garam
3 sb cili kisar
1 biji bawang besar *
1 biji bawang besar *
1/2 inci belacan *
air asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 biji buah tomato
Cara caranya :-
1. Ikan kembung disiang bersih. Perahkan air limau kasturi dan garam biar serata dan biarkan sebentar.
2. Cuci bersih dan toskan airnya. Belah sedikit di bahagian belakangnya untuk memasukkan sambal.
3. Lumur ikan dengan sedikit garam. Asingkan
4. Tumbuk bahan bahan bertanda * hingga lumat. Masukkan cili mesin, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
5. Sudukan ke belakang ikan kembung yang telah dibersihkan tadi.
6. Selitkan tomato yang telah dipotong baji bagi mengelakkan sambal daripada terkeluar.
7. Panaskan minyak secukupnya.
8. Goreng ikan hingga masak. Berhati hati kerana gorengan mudah terpercik.
9. Angkat dan letakkan di atas pinggan yang telah dilapik tisu dapur.
10. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
sedap tu..
ReplyDeleteTie... Rajinnya hang buat ikan kembung bubuh sambal... sedap nampak tau!
ReplyDeletesalam akak
ReplyDeletesy ada masukkan pic pulut kuning akak dlm entry ni...sangat2 cantik...
akak scroll down bawah2 sikit
http://wawasyaida.blogspot.com/2014/03/majlis-akad-nikah-saya-najwa-azahar-12.html