Showing posts with label trifle. Show all posts
Showing posts with label trifle. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Trifle Muhibbah


Salam dan selamat berhujung minggu semua,

Macamana cuaca kat tempat teman teman semua??? Kat tempat saya hari hari hujan. Masa saya tengah mengadap lappy ni saat ni, hujan lebat sangat, angin pun kencang betul, kata anak saya semalam kat beberapa tempat ada pokok besar tumbang dan ada juga bumbung gerai yang terbang. Harap harap tak adala kemalangan jiwa ataupun kejadian kejadian yang tak diingini berlaku ya, insyaAllah.

Jom kita tengok resepi saya hari ni. Pasai apa nama Trifle Muhibbah pulak ni??? Sebenarnya tak tau nak namakan trifle yg saya buat ini, sebab keknya kek oren, kastadnya kastad strawberry, taburannya choc rice dan badam panggang, semua ada, all in one trifle la ni. Mula tu nak letak nama Trifle Oren, tp ada pula rasa strawberry, lepaih tu ingat nak letak Trifle Strawberry, laaaa tp ada pulak sikit sikit rasa coklat, Trifle Coklat Rice pun leh jugak, ishhh rasa cam tak kena pulak. Last last, letak Trifle Muhibbah senang cerita, ok la tu agaknya kan.

Dah pernah cuba buat trifle ni tak lama dulu. Buat trifle ni pun kerana ada lebihan kek oren yang dibuat beberapa hari lepas. Saya letakkan 3 sb strawberry filling ke dalam adunan kastad sebagai menggantikan coklat. Hiasannya pula saya letakkan apa yang ada di dapur saya. Kombinasi yang tak kurang enaknya.


Resepinya boleh di lihat di SINI ya. Terimakasih kepada tuanpunya resepi.

Thursday, March 24, 2011

Red Velvet Trifle



Salam semua,
Kek Red Velvet yang saya buat semalam saya ambil separuh dan triflekan ia. Sebabnya, nampak macam anak anak tak berapa suka makan kek yang kosong begitu sahaja. Jadi, saya pun terfikirla cara untuk menghabihkannya. Alhamdulillah, memang berbaloi percubaan saya ini. Masa tengah menghias kek ini dengan frostingnya, anak anak dah bertanya bila boleh dimakannya kek ini. Lepas seorang, seorang bertanya, maklumlah kat rumah kita ni rakyatnya ramai...hehehehe.


Bila tiba bab merasa red velvet trifle ni.......aduhaiiiiii tak dapatlah nak digambarkan camana, memang tersangatla sedapnya, nyaman jer masuk ke tekak, lembut, lemak, sedap sangat, berulang2 anak2 memakannya, mak nya pun tak terkecualilah....

Saya tak berapa pasti darimana saya dapat resepi ni, terlupa la pulak nak salin link. Anyway, terimakasih bebanyak kepada sesiapa yang berkenaan.

LAPISAN PERTAMA
Red Velvet Cake
Potong dan susunkan di dalam bekas.

LAPISAN KEDUA
Bahan-bahan
2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula castor
21/2 cawan susu segar
200g dark chocolate
Cara-cara

Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.

LAPISAN KETIGA
Bahan-bahan
250g cream cheese
1/4 cawan gula
150ml thickened cream
1 sk parutan kulit lemon@oren

Cara-cara
Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.
Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.
Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate.



Malangnya, hanya beberapa keping gambar sahaja yang tinggal kerana yang lain lainnya telah terdelete tanpa disengajakan sewaktu saya memadam gambar gambar lain yang telah diuploadkan ke dalam lappy, huhuhuhu.... Rasa cam nak nangis sebab saya posing sakan trifle tu kat dalam cawan dan lain lain. Tiba tiba terdelete, tak ke naya jadinya, habihla usaha titik peluhku untuk hari ni......huwaaaaaaa, Mujur jugak ada seketul dua yang tinggal buat diambil gambar lagi sekali.