Showing posts with label Masakan Nasi Kandar. Show all posts
Showing posts with label Masakan Nasi Kandar. Show all posts

Monday, November 26, 2018

Sup Bebola Ayam Ala Mamak

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sup yg gerenti sedap.


Sup  Bebola Ayam Ala Mamak

800gm bebola ayam ramly 
Bahan2 dihiris
1 bj bwg besar
3 ulas bwg putih
1 in halia

7 bj cili padi diketuk

Bahan2 ditumis
1 btg kulit kayu manis
3 bj buah pelaga


 Bahan2 dibancuh
3 sb rempah sup ayam 
Sedikit serbuk kunyit

Bahan2 dipotong
1 btg karrot
3 bj ubi kentang
2 btg saderi
2 bj bwg besar
2 bj tomato

2 sb tpg gandum
3sb kicap manis
2 kiub ayam knorr
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa


 Cara cara
Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis diikuti dgn bhn hiris.  Tumis hingga naik bau.

Masukkan bhn bancuh dan gaul rata.  Bila telah pecah minyak masukkan tpg gandum dan goreng rata.  Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hga bhn tdk bergentel.  Tambahkan air secukupnya utk kuah dan biar mendidih.



Masukkan bebola ayam.  Bila semua bebola ayam timbul di permukaan, taburkan garam, lada hitam dan tuang kicap manis.  .
Taburkan daun ketumbar. Siap!  


Wednesday, February 21, 2018

Ayam Goreng Bawang


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua 

Dahulu, jika tak silap saya sekitar tahun 2011 bilamana saya mula menemui laman yg penuh dgn info2 tentang masakan nasi kandar, saya sangat teruja dan selalu mencuba dan seterusnya memperpanjangkan resepi resepi dari website tersebut iaitu website Mamakhaji.  Kerana resepinya begitu terperinci dan  seringkali juga menepati citarasa saya,  citarasa orang Tanjong!.  Entri saya yang pertama dari resepi Mamakhaji boleh dilihat di  SINI

 Masa berlalu begitu pantas hingga tanpa saya sedar tahun 2018 telahpun menjengah tiba.  Anak anak membesar 
begitu cepat sekali,  besar bagai johan, besar bagai johan, teringat pulak iklan susu popular dumex  dulu2 hahaha.    Usiapun kian menginjak senja,  dah masuk bersiri siri jadinya,  alhamdulillah diberikan nikmat yg begitu banyak hingga terkadang saya terleka.  Astaghfirullahhaladzhim...... Maafkan aku Ya Allah!  diatas segala kelemahan dan kelalaian hambaMU selama ini....sesungguhnya aku tidak sempurna....semuga Engkau dapat terus membantuku untuk sentiasa mengingatiMU, mensyukuri nikmat2MU dan memperbaiki amalku, amin Ya Rabb

Opsss bila usia kian bertambah, n3 pun kian berubah, sesekali tersasul ke lain.
  Namun saya masih mempunyai satu lagi resepi tertunggak Mamak yg belum dipaparkan.
Dah lama sebenarnya saya masak hidangan ayam ini.  Nampak sedapkan?

Jika anda juga menggemari masakan nasi kandar seperti saya, apakata anda jengah sebentar ke link berikut untuk melihat resepi resepi yang telah saya cuba.  Manalah tau anda mungkin terpikat untuk mencubanya.  In sha Allah sedap!  


Oklah kita injak ke resepinya ya,

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Sumber  :  Mamakhaji

BAHAN-BAHAN:
– 1 ekor ayam dibersihkan dipotong 12 bahagian.
– 5 Bawang Merah labu dihiris dan digoreng.
– 2 sudu besar serbuk Cili.
– 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis.
– 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
– 2 sudu besar Rempah Kari (daging).
– 1 sudu kecil serbuk kas-kas – tidak kemestian.
– 2 sudu besar Sos Tiram.
– 2 sudu besar Sos Cili.
– 1 sudu besar sos Tomato.
– 2 sudu besar pes bawang putih-halia.
– 1 sudu kecil serbuk garam masala.
– 2 btg kayu manis, 7 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 3 bunga lawang.
– 1 helai daun pandan dipotong 4 inci panjang.
– 1 sudu besar gula.
– 2-3 tangkai daun kari.
– Garam secukup rasa.
– Cili merah dan pudina / daun ketumbar (hiasan).


CARA-CARA MEMASAK:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran kah rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas (tidak termasuk sos tiram, sos cili dan tomato) dan juga daun kari. Tentukan rempah tidak hangus. Goreng selama 1-2 minit sudah memadai. Bila rempah mula mengeluarkan aromanya, masukan sedikit air/stok ayam (ikut kuah yang anda perlukan). Bila air bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
4. Masih api dapur keadaan kecil, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi ke dalam adunan rempah. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang yang telah goreng dan sebatikan pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Masakan ini dlm keadaan reneh (simmering).
5. Keluarkan dan hidangkan dengan taburkan cili merah yang dihiris dan juga bawang goreng di atas hidangan anda.


Selamat mencuba

Thursday, February 15, 2018

Resepi Ayam Varuval

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hidangan yang pernah viral di facebook tak berapa lama dulu.




Ayam Varuval

Sumber : Kalaivani Vj
Olahan semula : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong kecil & dibersihkan)
1 sb kunyit serbuk
1 sb rempah kari Babas
1 sk garam
1 inci halia (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
-gaul rata semua bahan di atas, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing. Ketepikan.


Bahan A (goreng sekejap)
4 sb jintan manis
10 tangkai cili kering (di potong 3)
5 tangkai daun kari
1 labu bawang putih dihiris
Minyak secukupnya

-panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
-dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari hingga wangi. Angkat dan ketepikan.



Bahan B (untuk tumis)
2 - 3 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji)
1/2 inci halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sb serbuk cili Babas
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang tumbuk halus dan buah tomato hingga layu.
2. Masukkan cili serbuk (pesan dari tuan punya resepi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang). Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan A iaitu bahan yang kita goreng sekejap tadi. Masukkan ayam dan kacau rata hingga sebati. Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar.
Ayam varuval rasanya seimbang pedas, manis dan masam.



Tuesday, October 13, 2015

Resepi Puri @ Poori & Poori Masala / Poori Masala Recipe

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Minggu lepas sebelum shopping barang barang dapur, saya dan keluarga singgah di Restoren Kapitan, Bandar Perda, Seberang Perai untuk bersarapan.  Cadang tu nak pekena Roti Naan,  sayangnya Roti Naan belum siap lagi, tengahari baru ada kata petugas di situ.   Macam biasalah, untuk option lain kalau ke restoren mamak, anak anak dan hubby mesti akan memilih samada roti canai ataupun roti telur.   Saya pula mesti tosai masala ataupun chapati.  Tapi kali ini saya nak tukar selera sikit bila terpandang ada menu roti puri disana.  Jadi saya tempahlah Roti Puri dan Tosai Masala.  Cadang tu nak buat hidangan tambahan di samping tosai masala.  Jadi, bolehlah hubby dan anak anak merasa roti puri yang mungkin agak janggal bagi mereka kerana belum pernah menikmatinya.

Alih alih bila pesanan sampai, tiba tiba mamak terlupa nak buat roti telur untuk anak saya.  Hmmm, disebabkan saya dan hubby bukan orang yang suka bertekak dan malas menunggu lama, maka saya menyuruh anak makan saja roti puri yang telah ditempah.  Mujur juga anak saya tak banyak kerenah.  Dan yang kelakarnya tu, belum sempat habis tosai masala saya jamah,  roti puri telah licin dibelasah dek anak saya, hahaha, tudia penangannya,  sedaplah tu gamaknya kan.   
  Teringat pula masa zaman kerja dulu,  tiap tiap minggu mesti order 2  keping roti puri masala dari rakan setugas berbangsa India yang kebetulan keluarganya ada menjalankan perniagaan ini.  Selalunya roti puri yang saya tempah itu akan dikempiskan dan diletak inti di tengah tengah lalu dibalut menjadi bentuk segiempat tepat.  Jadi senanglah bila nak makan.
Keinginan untuk membuat roti puri ini memang ada,  jadi saya google resepi di internet dan terjumpa resepi yang agak mudah dan menarik bagi saya.  Jadi,  saya letakkan resepinya di sini untuk rujukan di masa mendatang.  Terimakasih banyak diucapkan kepada Raks yang telah sudi berkongsi resepi ini.


Puri (poori) Recipe

Source  :  Rakskitchen


Ingredients



Wheat flour - 1 cup
Water - 1/4 cup + as needed
Sugar - 1/4 tsp
Salt - As needed

  

Method

  1. Take flour,sugar and salt in a bowl and mix well.
  2. Add 1/4 cup water little by little while you mix the flour to resemble a crumbly mix. Then carefully sprinkle water 1 or 2 tblsp water to gather to a dough.
  3. Keep a side covered for 10 – 15 minutes and then again need to make it smooth with out any cracks.
  4. Divide into equal sized balls (6 – 8).Roll out into circles. Not too thick, not too thin.
  5. Heat oil in kadai,until fume just starts to come. Then keep it in medium flame and drop the rolled puri in the oil carefully. Oil should be enough to immerse the puri.  Gently press the puri with the laddle when it tries to float on the top. This will make it puff well. Turn over and cook for another 30 sec or until golden spots appear on the puri.
Notes
  • Adding sugar helps in turning the puri to a nice golden colour. Also enhances the taste.
  • I have heard from my MIL that adding a tblsp pf rava/ semolina/ sooji gives crispier puri.
  • Keep oil in kadai enough. It is important in puffing puri.
  • Keep oil always hot. Then only puri will puff. So manage your oil temperature accordingly high/low/medium
  • Adding a tsp of ghee while making dough also gives a nice flavour.





Poori Masala Recipe

Source  :  Rakskitchen

Ingredients


Potato - 4
Onion - 3
Green chilli - 4
Chopped ginger - 1 tblsp
Carrot - 1/2 chopped finely
Turmeric - 1/4 tsp
Salt - As needed
Sugar - 1/4 tsp
Water - 3 cups + as needed
Corn flour (optional) - 1 tsp

To temper
Oil - 1 tblsp
Mustard - 3/4 tsp
Urad dal - 1 tsp
Channa dal - 1 tblsp
Curry leaves - 1 srig





Method

  1. Wash and cut potatoes into 4 and pressure cook for 3 whistles with little water. Cool down, peel and keep it roughly mashed. Dont mash completely, just break into pieces roughly. Heat kadai with oil and temper with the items given under ‘To temper’ table.
  2. Add green chillies, ginger, thinly sliced onion (lengthwise) and fry until transparent. Take care not to burn it or change its colour. Just let it turn transparent. Add carrots and fry for a minute in medium flame.
  3. Add 3 cups water, turmeric, salt and sugar. Bring to boil. Add the mashed potatoes. You can mash one or two pieces completely to make the masala thick as it boils.
  4. Continue to boil for 10 minutes in medium flame or until the masala gets thick in consistency. You can add corn flour dissolved in 2 tblsp of water towards end to make the masala look homogenously thick.


Notes

    • While boiling the masala wont be that yellow, but after cools down, it slowly gets more yellow, but add 1/4 tsp as mentioned, otherwise it looks dull yellow. 
    • You can add a tsp of coconut oil for extra flavour. 
    • Other variations you can do:
      *Add crushed garlic in place of ginger.
      *Temper with cinnamon stick and use ginger garlic paste while frying onion and add ground coconut and cashews towards end to make it thick and rich.
      * Add more vegetables like peas and beans along with carrot.
      *Grind ginger and green chilli and add to the boiling masala.
Yang ni saya punya, heheheh, alhamdulillah habih saya kerjakan.  Tosainya lembut dan sedap. Inti masalanya pun ok. Tapi kalau nak tosai yang teksturnya sedikit nipis dan rangup,  bolehlah cuba di Hussain Nasi Kandar, Carrefour Seberang Jaya, Seberang Perai,  memang mabelesssss.......dan saya perhatikan kebersihannya pun terjamin..  Apalagi......jom ramai ramai kita terjahhhhh......

Friday, September 21, 2012

Ayam Masak Lemon Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Menu ulangtayang dari dapur MamakHaji. Terimakasih sekali lagi Mamak.
Aroma tumisan pertama dari campuran daun pandan, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan pelaga sungguh harum mewangi. Terbuka selera kita dibuatnya.
Boleh juga lihat resepinya di SINI dan gambar gambar dari hasilan terdahulu dari dapur saya.
Kali ini ada hirisan lemon sebagai hiasan. Hidangan terdahulu tak ada sebab saya terlupa nak letak.
Dan sedikit taburan bijan yang telah disangai terlebih dahulu.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini dan selamat mencuba resepi resepi dari dapur Wattieshomemade.

Sunday, May 20, 2012

Mamak Style Chicken Curry


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, 
Diwaktu n3 ini dimulakan, hujan renyai renyai membasahi bumi. Terasa sejuk dan nyaman sekali. Suasana di kamarku sedikit suram dan kelam, hanya yang terasa, angin dingin menerjah masuk melalui ruang tingkap rumah kecilku. Inginku coretkan bait bait puisi nan indah, namun mindaku yang kian berkarat ini tak bisa menghasilkan apa apa, hanya yang ku tahu bahasa masakan cuma, yang kian hari kian sebati dengan jiwaku hehehe.....itulah kekurangan diriku.....
Namun....aku masih boleh berbangga kerana aku punyai satu kelebihan kecil menghasilkan sesuatu dengan jari jemari kasarku buat santapan suami dan anak anak tercinta, Alhamdulillah...syukur ke hadratNYA....



Hehehe.....opening yang entah apa apa........kik kik kik. Jom, kita tengok apa yang saya masak hari ni......



Masakan yg tak pernah lekang dari diari masakanku, semestinya resepi ayam menjadi pilihan utama. Resepi dah pernah dicuba tak berapa lama dulu. Boleh lihat resepinya di SINI ya.



Perasan tak apa kelainan pada gambar hari ini??? Tak perasan??? Hmmm....mai saya khabarkan. Gambar kari ayam ni masih dalam periuk lagi, baru lepas masak....itulah dia.... Ini kes malazzzzzz......snap ajala.....sekali sekala tukar cara ambil gambar hehehe...

Ini adalah n3 autopublish ya, harap maklum.

Monday, April 2, 2012

Heavenly Lemonade Honey Chicken


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Dah nampak title n3 saya untuk hari ni kat atas tu??? hehehe, title tu kita saja memandai pi tukar nak bagi glamer sikit hehehe, jangan mare ya Mamak, lagipun Mamak dah bagi greenlightkan... Title tu sebenarnya nak menggambarkan betapa enaknya resepi ayam lemon madu Mamak.

Resepi ayam ni memang ssngat sedap, cuma saya tak letak pati oren sunkist sebab takder stok, kalau diletakkan mesti rasanya lagi sedap. Pewarna pula saya gunakan pewarna oren cecair biskut/kek, tak taula jadi ker tidak, tapi begitulah kejadiannya. Baru saya tahu rupanya resepi ayam nasi kandar meletakkan pewarna, patutla warna ayamnya nampak cantik dan berseri seri.

Seperti biasa, resepi ini saya skodeng dari dapur nasi kandar MamakHaji. Banyak resepi Mamak yang telah saya cuba dan alhamdulillah, hasilnya belum pernah mengecewakan saya sekeluarga. Terimakasih banyak ya Mamak, jasamu dikenang.

RESEPI AYAM MASAK LEMON BERMADU

BAHAN-BAHAN:
8-10 ketul ayam. (kalau nasi kandar jangan lupa saiz ketul ayam. Berat ayam perlu 1.6-1.8kg dan dipotong 10 bahagian. Ini bermakna, 2 peha, 2 atas peha, 2 dada, 2 dari belakang dan 2 kepak. Kalau saiz ketul ayam kecil, ia bukan masakan nasi kandar tapi masakan tom yam. Bila anda membeli ayam di pasar beritahu peniaga ayam, potong sepuluh nasi kandar sekiranya di Pulau Pinang. Di negeri lain beritahu potong sepuluh peniaga akan faham. Masa dulu potong 12 boleh tapi sekarang ini berat ayam dikira kepala, kaki dan isi perut, maka tak jadi kalau potong 12. Bersihkan. Peramkan dengan serbuk kunyit dan garam untuk digoreng.
2 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam.
3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air).
2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang. (hiris bawang ada 3 jenis: 1. Melintang 2. Memanjang 3. potong dadu. Masakan nasi kandar biasanya dihiris memanjang dari atas kebawah supaya bila digoreng ia tidak berpisah dari kelopak).
2 sudu besar pes halia bawang putih.
3 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 5 biji cengkih dan 2 keping kayu manis 1 inci.
1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada).
3 sudu besar pati oren atau sunkist.
1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan).
daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai).
1/4 sudu kecil pewarna “merah oren”.
6 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Madu untuk glazing (mengilatkan).


CARA MEMASAK:
1. Daging Ayam yang telah peram (selama 15 minit) digoreng dengan minyak masak dengan 3/4 masak. Jangan garingkan sangat, nanti isi ayam terlalu liat. Di tepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.
3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila haruman menusuk hidung, masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Besrakan api dapur. Biar bawang kisaran masak bersama dengan rempah-rempah. Sekiranya air bawang ini tidak masak secukup, bila hidangan yang siap masak dihidangkan kuah anda akan berbuih seperti basi. Ia sama seperti anda masak lain-lain hidangan nasi kandar menggunakan air bawang sebagai kuah, air bawang perlu masak secukup. Inilah rahsia masakan nasi kandar yang menggunakan air bawang sebagai kuah. Masakan Cina gunakan tepung jagung sebagai pemekat kuah tetapi nasi kandar gunakan air bawang sebagai pemekat kuah pekat dan masakan Indonesia pula menggunakan buah keras sebagai pemekat kuah. Masakan Melayu pula gunakan kerisik sebagai pemekat kuah. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..hahaha!.
4. Bila kuah sedang mendidih masukkan ketulan ayam yang telah goreng masak 3/4. Masukkan gula. Kecilkan api bila kuah mula pekat.


5. Masukan pewarna merah oren (Orange Red) bukan pewarna kuning telur. Masakan Nasi kandar gunakan pewarna ini. Ia berbentuk serbuk dan sebotol cuma harganya RM2.00. Goreng ayam berempah mamak atau nasi tomato, atau kuah rojak, kuah passembur, inilah pewarnanya. Masak ayam sehingga masak keseluruhannya. Bagaimana anda tentukan ayam anda telah masak sempurna. Bahagian ayam yang lamabat masak ialah peha ayam. Bila peha ayam masak, setkin kakinya nak atas atau berlubang pada urat bahagian bawah menunjukan ayam anda telah masak sempurna. Matikan api dapur. Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi.
6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba. e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com.


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...

Wednesday, December 28, 2011

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alahaiiii.......sunyinya suasana dapur dua tiga hari ni kan. Mungkin ramai yang masih bercuti cuti Malaysia, menghahiskan saki baki cuti yang masih tertinggal tak berapa hari lagi. Ataupun mungkin juga sibuk membuat persiapan terakhir untuk anak2 ke sekolah. Saya pun malas jugak sebenarnya ni, tapi menggagahkan diri juga untuk mengupdate blog yang kian suram ni.


Ni menu dua tiga hari lepas, masakan MamakHaji lagikkkssssss.........jangan jemu ya, tapi kali ni saya mencuba pula resepi mee goreng mamak. Kita baru aja cuba mee goreng mamak, Mamakhaji dah bok keluaq mee rebuih pulak dahhhhhh.....huwaaaaa....tak tahan dah jiwa ni nak mencuba mee rebus pulak, sebab mee rebus memang favourite family semua. Oklah jom kita semak bahan bahannya ya, manala tau, kalau kalau ada sesapa yang ingin mencuba. Macam biasalah resepi MamakHaji memang panjang berjela jela sebab keterangannya amat terperinci, kalau tak reti buat jugak, tak taula nak kata apa. Pes mee goreng ni macam kuah cucur udangla, kelainannya ialah pada campuran kacang dhal yang dimasak bersama. Ooooo ni rupanya rahasianya ya......hehehe

RESEPI MEE GORENG MAMAK:
Sumber : Mamakhaji tks Mamak.

Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:
Bahan-bahan untuk goreng dengan minyak masak.

1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 gengam kacang dhal (paruppu)

1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee longgok.

1 cekak mee kuning.
1cekak tuageh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1?.
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair.
air garam yang dilarutkan dalam botol.

Untuk hidangan Kacang goreng yang telah dikisar kasar, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).



CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis…hahaha).


Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

Makan sepinggan mee goreng ni memang sungguh mengenyangkan, terduduk saya dibuatnya. Maunya tak kenyang, kat dalamnya ada bermacam macam campuran seperti cucur udang, tauhu goreng, kentang rebus selain mee itu sendiri. Rasanya kalau sepiring pun dah cukup.

Psssttt...MamakHaji, kalau la cheq ketuk kuali kuat kuat buat memanggil pelanggan dalam rumah cheq (macam yang mamak sarankan buat mengambil perhatian pelanggan yang berada 1 km jauhnya), macamanala agaknya ya hahahaha. Silap haribulan habis satu taman yang terkejut beruk dan terpa mai rumah cheq, ape ke halnya mak budak ni dok buat bising2 tengahari nih.....kuang kuang kuang........

Thursday, December 1, 2011

Ayam Masak Madu Nasi Kandar


Salam jumaat buat semua,

Masakan nasi kandar lagiiiiii........ jangan mare ye, kita nak bagi Mamak Haji glamer sikit hari ni. Resepi ni pun dah lama dibuat sebenarnya. Kelainan resepi ni ialah pada kurma yang ditambahkan ke dalamnya.


AYAM MASAK MADU.
Source : Mamak Haji

Bahan-Bahan:

1. 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
2. 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
3. 100gm buah kismis.
4. 50gm buah jagus.
5. 2 sudu besar gula pasir.
6. 1 sudu besar serbuk cili.
7. 1 susu besar Jintan putih.
8. 1 sudu besar Jintan manis.
9. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
10. Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
11. Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
12. Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
13. Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
14. Hirisan bawang besar i biji (besar).
15. Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.


1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan..

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkanbau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana.

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata.

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.


Ayam Masak Madu ni agak manis, mungkin disebabkan kuantiti buah kurma yg agak banyak, ditambah pula dengan campuran gula pasir. Mungkin saya patut kurangkan di masa hadapan.

Saturday, November 12, 2011

Daging Masak Hitam Nasi Kandar Pulau Pinang


Salam untuk semua,
Satu lagi resepi nasi kandar dari Pulau Pinang. Dah lama sangat sebenarnya buat daging ni, cuma baru hari ni dapat diletakkan. Terimakasih Mamak Haji.


Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Source : Mamak Haji


Bahan-bahan :

1.Daging Lembu 1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).

2.Bawang besar 2 biji dipotong hiris memanjang.

3.Rempah kari Daging 5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.

4.Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil

5.Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil

6.Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil ( Tidak kemestian)

9.*Cili Giling (sedia) 2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.

10.Santan pekat 250 gm jika kehendaki.

Bahan untuk kisar / Tumis:

Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
Daun pandan di potong 3? sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
Minyak masak dua senduk besar.



CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.

2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari, dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.

3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.

4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.

5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.

6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

7. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Hidangan untuk : 10 orang

Kos :RM20.00

*NOTA:

Penyediaan Cili Kisar:

Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil dengan gunting mengikut 45 darjah.Rebuskan sehingga cili lembut.secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahgian cili di balang pengisar dan 1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar.Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisat.Elakan menggunakan bahan panas dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis pengisan bersihkan balang pengisar dengan betul.Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahgian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.



Sunday, October 23, 2011

Kari Ayam Nasi Kandar

Salam semua,
Masih lagi di dalam mood masakan nasi kandar. Beberapa hari yang lepas saya mencuba satu lagi resepi istimewa dari resepi Mamak Haji, kari ayam nasi kandar. Rasanya tersangatlah sedapnya. Seingat saya, saya tak pernah masukkan daun pandan ke dalam kari ayam yang pernah saya buat sebelum ini, tetapi setelah mencuba dua tiga resepi yang menggunakan daun pandan, ternyata baunya sungguh harum memikat. Jadi, sekarang ni bila masak kari ayam tak letak daun pandan rasa macam kekurangan sesuatu bahan pulak.

Resepi Mamak Haji ni kaya dengan rempah ratus termasuk la kas kas. Pernah suatu ketika dulu isu penggunaan kas kas untuk menyedapkan makanan agak panas kerana boleh mengakibatkan khayal dan ketagih. Kadangkala saya kecualikan bahan ini di dalam masakan saya, kalau dimasukkan pun dalam kuantiti yang terlalu sedikit seperti penggunaan ajinomoto. Jadi, terpulangla kepada selera memasing. Pada pendapat saya, sekalipun tiada kas kas di dalam masakan ini rasanya tetap sedap kerana terdapat banyak bahan bahan lain yang dimasukkan utk memekat dan melazatkannya.



Resepi ni masih dari blog Mamak Haji. Terimakasih diucapkan buat Mamak kerana sudi berkongsi resepi sedap ini.

KARI AYAM NASI KANDAR

Bahan:

1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.

2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk umis)

2 Biji Tomato (dibelah dua)

2 biji cili hijau di belah dua.

2 biji cili merah dibelah dua

2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.

250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.

4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Garam secukup di rasa.

Perencah untuk ditumis.

25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.

2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)

125gm rempah akri baba’s

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

Bahan-Bahan untuk dikisar

2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)

4 biji cili hijau.

2 biji bawang sederhana besar.

1 biji tomato

10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.

Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan masukan dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan (dipotong 4?- 3 helai))daun kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah.Masukan air 500ml.Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak (boleh dipereksa dengan menekan senduk keats ubi).Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.Masukan santan,tomato,cili hijau,cili merah dan garam.kecilkan api.Kacau rata supaya tak pecah minyak.Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan apai dan sedia untuk hidangkan.