Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Sayur sawi goreng sos tiram

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,



SAYUR SAWI GORENG SOS TIRAM

Bahan bahan
2 pokok sayur sawi ( cuci bersih dan potomg 1 in)
2 ketul isi ayam dipotong kecil kecil
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji cili merah
3 sudubesar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan lada sulah secukupnya

 Cara cara
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga keemasan.  Masukkan air dan sos tiram.  Biar mendidih, kemudian masukkan isi ayam dan gaul rata.  Bila ayam dah agak masak, masukkan kesemua sayuran dan goreng sebentar sahaja.  Perasakan dengan garam dan lada sulah.  Siap.



Wednesday, August 5, 2015

Sup kentang bersama karrot beserta telur






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


SUP KENTANG DAN KARROT
Bahan bahannya

 2 biji kentang dipotong kecil
1/2 batang karrot dipotong kecil
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
seketul isi ayam dipotong kecil
2 biji telur
sedikit suhun
sedikit daun bawang
garam dan lada sulah secukupnya

Cara caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.  Masukkan air, ayam, ubi kentang dan karrot.  Rebus hingga semuanya lembut.  Pecahkan telur dan biar telur masak tanpa dikacau.   Masukkan suhun dan biarkan sebentar.  Perasakan dengan garam dan lada sulah.  Akhirnya tabuirkan dengan hirisan daun bawang.

Friday, November 7, 2014

Sup Sayur Kuchai dan Fucuk Besama Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni hidangan campak campak aja, ikut apa yang ada didapur.  Sup ini enak dimakan begitu sahaja ataupun bersama nasi putih.


Sup Sayur Kuchai dan Fucuk Bersama telur

Bahan bahannya  :-
3 keping tauhu kering/fucuk (patah patahkan dan rendam hingga kembang)
1 cekak daun kuchai - potong 1inci
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - mayang kasar
1 biji cili merah - dihiris
2 biji telur
sedikit suhun
3 cawan air
1 ketul kiub pati ayam
garam dan lada sulah secukupnya

Cara caranya  :-
1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga layu.
2.  Tuangkan air, masukkan kiub ayam dan  biarkan mendidih.
3.  Pecahkan telur, jangan dikacau.  Biarkan masak.
4.  Masukkan semua bahan bahan lain dan biarkan mendidih sebentar saja.
5.  Perasakan dengan garam dan lada sulah jika perlu.
6.  Siap!  Bolehlah dihidangkan.


Nota  :  Boleh juga ditambahkan dengan ayam atau udang.

Tuesday, November 4, 2014

Ayam & Sayuran Masak Paprik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Menu yang ringkas tapi sedap sangat.  Sungguh mudah untuk menyediakannya.


Ayam & Sayuran Masak Paprik  
 Kiriman: Riena Ariena @ Mesra.Net   

Bahan-Bahan: 
500 gm ayam dipotong kecil
 Sedikit sotong, udang, daging 
 4 biji tomato 
 1 batang carrot 
 1 peket jagung muda 
 100 gm bunga kobis 
 100 gm brocolli 
 2 helai daun limau purut


2 biji bawang merah 
 2 ulas bawang putih 
 2 inci halia 
 2 sudu besar cili kisar
 5 sudu besar sos tiram 
 1 sudu besar kicap manis 
 2 sudu besar sos cili 
 Garam secukup rasa 


Cara: 
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.


Wednesday, June 25, 2014

Siew Pak Choy Bersos Tiram


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.



SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
 Sumber Resepi : Kak Rose@SeriPayaKu 

 Bahan-bahan 
seikat sayur siew pak choy 
4-5 sudu mkn sos tiram 
3 ulas bawang putih- cincang 
seinci halia - cincang 
sebiji telur - ni saya tambah
air 
sedikit serbuk perisa@gula - jika suka 
tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah 
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan 

Cara-cara 
Sayur jgn dipotong dulu,  Panaskan air. celur dengan btg2nya  sekali.  Angkat dan toskan. Potong bahagian  hujung sayur susun dalam pinggan dan ketepikan. 


Panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.  
Masukkan sos tiram dan juga air sedikit,  kacau.  
Masukkan perisa jika suka. tak perlu letak garam sbb sos tiram sudah masin.  
Kalau nakkan kuah yang pekat, bancuhkan tpg jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam.  Biar mendidih.  
Tutup api, tuang kuah atas sayur tadi dan hiaskan dengan bawang putih goreng. 







Thursday, May 8, 2014

Padprik Sotong


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu untuk hari ini.  Yang jarang jarang, yang kadang kadang.  Saya menggantikan resepi paprik ayam ini dengan sotong.


Paprik 
Makyong@myresipi.com 
Sesuai dimakan dengan nasi putih 

Bahan-bahan 
( 4 ) ½ ekor ayam - dipotong kecil2 
4 ulas bwg merah - ditumbuk 
2 ulas bwg putih - ditumbuk 
1 labu bwg besar - dimayang 
2 btg serai - dititik 
2 biji buah tomato - dipotong 
4 5 biji cili padi - ditumbuk 
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda 
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis 
bahan2 perasa 










Cara-cara 
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi. 

Wednesday, February 15, 2012

Gulai Nangka Muda Tumis Darat


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Menu di atas adalah salah satu menu yang sempat saya sediakan minggu lepas. Nangka muda pemberian jiran sebelah rumah, siap direbus, terimakasih ya Ida. Agak lama juga saya tak makan gulai nangka. Seingat saya ini mungkin kali kedua sejak berkahwin saya menyediakan gulai nangka seperti ini. Alasannya mudah, sebab hubby tak berapa suka. Kata hubby nangka ni angin, kalau dimakan takut lenguh satu badan. Tak tau pulak saya sejauh mana kebenarannya. Apa yang saya tahu, nangka mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Namun, penggunaannya perlulah mendapat mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Ðikenali juga dengan nama ‘jackfruit’ dalam bahasa Inggeris, buah nangka mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B9 (folat), vitamin C, protein, kalsium, besi, magnesium, fosforus, kalium (potassium), zink, tembaga, magan, selenium, lemak asli, asid lemak omega 3, asid lemak omega 6, serat pemakanan, karbohidrat dan kalori.


Terdapat pelbagai kebaikan buah nangka. Ðikatakan isi buah yang mudah dihadam mengandungi gula mudah seperti fruktosa dan sukrosa yang apabila dimakan, mampu menambah tenaga dan menyihatkan tubuh dengan segera.

Buah nangka kaya dengan serat pemakanan sekaligus menjadikannya sebagai penjulap baik. Kandungan serat ini dikatakan mampu membantu untuk melindungi membran mukus usus besar (kolon) melalui cara mengurangkan masa pendedahan dan juga sebagai pengikat kimia penyebab kanser dalam usus besar.

Buah nangka segar adalah sumber terbaik vitamin. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah nangka ini amat baik untuk penglihatan. Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan keutuhan membran mukus dan kulit dan untuk merangsang kekebalan tubuh.
Sumber : Pertubuhan Peladang



Inilah hasil airtangan saya, menggunakan resepi sumbangan Kak Liza kerana ianya ada persamaan dengan resepi arwah ibu. Terimakasih ya kak.

NANGKA BEREMPAH atau GULAI NANGKA TUMIS DARAT

Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil
200 gm ikan talang kering (sy ganti ikan bilis)
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan
1 labu bawang besar
garam


Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba
1/2 s/k jintan manis


Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak


Saya terkurang letak santan sebab stok kehabisan dan ikan pula saya gantikan ikan bilis, hanya itu aja yang ada. Jadi, begitulah kejadiannya. Walaupun begitu, dua mangkuk jugalah saya kerjakan, meratah begitu sahaja....hehehe, tudia penangan gulai nangka. Anak anak pun suka....cuma bapa anak aja tak makan, jadi kita sediakan maggi special untuk si hubby.

Saturday, December 10, 2011

Kari Udang dan Buncis

Salam semua,

Menu yang agak kerap dibuat. Simple tetapi sedap dan menjadi kegemaran famili

KARI UDANG DENGAN BUNCIS

300 gm udang segar
7 sb rempah kari udang campuran (saya guna rempah baba)
6 - 7 batang kacang buncis dipotong serong
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa
2 tangkai daun kari

Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 cm halia

Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris

garam dan lada sulah secukupnya


Cara-caranya:
1. Udang dibuang misainya dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari dan cili mesin, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan daun kari hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kacang buncis dan udang.
7. Masukkan pula garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.

Nota : Selepas dimasukkan udang dan kacang buncis, jgn biarkan terlalu lama atau udang akan mengecut.

Thursday, November 17, 2011

Nasi Daging


Assalamualaikum semua,
Ada ke sapa sapa yang masih simpan daging korban kat dalam petiais? Kalau ada, bolehla cuba resepi nasi daging ni. Tapi yang saya buat ni bukan daging korban ye, tapi daging yang hubby beli tempohari, dah lama sgt daging tu terperuk dalam petisejuk, jadi hari ni merajinkan diri menghasilkan nasi daging yang agak lama juga saya tak buat ni.

Nasi daging ni favourite hubby dan anak anak, tapi wajib ada gandingannya, apalagi kalau tak Air Asam kan. Anak anak saya kalau ada air asam, tak payah kari lain dah, tp saya buat juga sedikit kari daging. Tak letak gambarnya kat sini sbb dah selalu sangat buat kari yang sama.

Resepi nasi daging ni saya skodeng dari dapur Kak Liza yang memang dah terkenal seantero blogs.....Terimakasih ya kak.

NASI DAGING

Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan - sy guna beras biasa aja
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
1 sb rempah kari - ni saya tambah
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa
1 btg serai - ni saya tambah
2 tangkai daun kari - ni saya tambah

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]


Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Rupa air asam jawa yang saya gandingkan bersama nasi di atas. Bahan-bahan pakai agak agak aja.

AIR ASAM JAWA

Bahan A
2 biji cili merah
1 in belacan
1 sb kerisek - nak lagi sedap letak lebih
1 mangkuk air asam jawa

Bahan B
1 biji bawang besar
2 biji tomato
3 biji cili merah
5 biji cili padi

Bahan C
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Blend bahan bahan A hingga hancur. Ketepikan.
2. Hiris nipis bahan bahan B.
3. Tuangkan bahan2 A ke dalam bahan2 B, tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4. Sebaiknya dihidangkan segera bersama nasi daging, nasi tomato dll.


Selamat menjamu selera.

Saturday, May 28, 2011

Sup Ayam Sayur Campur


Salam semua,
Ni menu semalam. Sebenarnya selalu buat sup ayam untuk anak kecil saya. Resepinya sama macam kat kotak kiub ayam Knorr, tapi saya cuma letak ubi kentang saja dan taburkan dengan daun bawang dan daun sup. Tak pernah pun terfikir nak letak sayur sayuran campur yang lain. Tetiba bila terpandang resepi ni di rumah seorang blogger, jadi teringin la pulak nak mencuba. Masa tu saya tak salin pun resepi ni, tak ingat pulak kat mana saya tengok. Jadi, untuk sup hari ni saya tambahkan sedikit sayur sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, ubi kentang dan batang saderi. Hasilnya, memang sedap sangat.

Resepi ni saya salin semula dari kotak kiub ayam Knorr

SUP AYAM SAYUR CAMPUR

Bahan bahan
2 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
300gm isi ayam - dibuang kulit dan potong 4 bahagian
175 liter air
1 kiub pati ayam Knorr
1/2 st garam
1/4 st serbuk lada sulah
3 cawan sayur-sayuran pilihan (kentang, lobak merah, saderi, bunga kobis, cendawan, kobis dll) potong dadu
2 st minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis halia dan bawang putih hingga perang keemasan. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit. Tambah air, kiub ayam Knorr dan bahan perasa. Biarkan mendidih, renih selama 10 minit hingga ayam empok.

2. Tambah sayur-sayuran. Mula mula masukkan lobak merah dan kentang. Selepas 10 minit, masukkan pula sayur sayuran yang lain. Masak lagi 5 minit. Alihkan dari api dan hidangkan panas panas.


Thursday, May 12, 2011

Buncis Goreng Fish Ball



Salam semua,
Menu yang paling ringkas. Resepi campak campak dan goreng. Selalunya untuk anak kecil, saya buatkan samada sup ayam atau sup telur ataupun sup sayur campur. Boring jugakkan kalau selalu dihidangkan menu yang sama. Jadi, hari ni buat yang lain sikit, pakai goreng gorengan pula.

Walaupun resepi ni ringkas, tapi memang sedap dimakan bersama sama nasi panas. Bertambah jugaklah anak kecil saya makan. Maknya apatah lagila. Jika anda ada terasa malas malas sikit, tapi still kena masak, resepi ni memang sesuai untuk anda, hehehe.


Buncis Goreng Fish Ball

Bahan Bahan
1 batang karrot - disagat / dihiris batang mancis
10 batang kacang buncis - dihiris halus
20 biji fishball - dibelah 2
1st serbuk kunyit
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit air
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara cara
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Masukkan fish ball, serbuk kunyit dan sedikit air sekadar untuk memasakkan fish ball. Gaul rata. Bila air telah kering, masukkan karrot dan kacang buncis, gaul rata. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Siap.



Saturday, March 26, 2011

Sambal Tumis Petai Dgn Udang


Salam semua,

Hari ni saya masak sambal tumis udang dengan petai. Selalu jugak buat sambal tumis ni sebab famili semua suka, lebih lebih lagi kalau buat dengan ikan bilis. Kalau tak habis disimpan dalam petiais, esok tu panaskan, lagi sedap.....



Resepi yang sedap ni macam biasala saya cilok dari blog Cik Mat Gebu
Terima kasih ya Cik Mat.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 ekor udang besar
1/2 cawan isi petai segar
1/2 inci lengkuas, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, dibelah 6
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dikupas, kulit, tinggalkan sedikit dibahagian ekor, belah belakang udang untuk membuaang uratnya, buat hingga siap, cuci dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan jus asam jawa, petai, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat sedikit.
Masukkan udang dan bawang besar belah, kacau rata dan biar hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran



Tuesday, February 15, 2011

Brokoli Goreng Bawang Putih



Salam sejahtera semua,

Masa dok mencari resepi ayam ungkep, terjumpa juga resepi brokoli goreng bawang putih kat rumah Pn Raidah. Baru teringat yang kat dalam petiais ada brokoli yang belum dimasak, dah banyak hari jugakla saya membelinya. Jadi, elok sangatla terjumpa resepi ni, boleh la dicuba sebelum brokoli tu bertukar kaler jadi kuning ke, hitam ke, etc etc. Tapi terdetik pula dalam hati resepi ni tak der daging, nanti tak berapa jalan la pulak kat rumah kita sebab anak2 ni kalau sayur cam gitu aja, dia orang tolak tepi ler, jenuh lak kita nak menghabihkannya. Jadi, nak memerangkap anak2 dan hubby supaya makan brokoli ni, saya derhaka la sikit kat resepi ni. Saya tambahkan ayam yang dipotong kecil kecil, mesti diaorang suka.



Hmmm, alhamdulillah akhirnya terjerat jugak diorang, habih jugak la brokoli goreng bawang putih berayam tu………… baguih jugak taktik ni kan, kan, nanti leh la praktikkan selalu….keh keh keh….

Memang sedap brokoli ni, saya suka makan meratah begitu saja. Terimakasih diucapkan kepada Pn Raidah.

BROKOLI GORENG BAWANG PUTIH

200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 sudu besar pes bawang(resepi~sila lihat di bawah) - sy tumbuk 1 biji bawang besar dan 1 ulas bawang putih

2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.

Cara penyediaan:
1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.



Resepi Pes Bawang juga dari rumah Raidah

Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Pes ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.