Tuesday, February 15, 2011

Brokoli Goreng Bawang Putih



Salam sejahtera semua,

Masa dok mencari resepi ayam ungkep, terjumpa juga resepi brokoli goreng bawang putih kat rumah Pn Raidah. Baru teringat yang kat dalam petiais ada brokoli yang belum dimasak, dah banyak hari jugakla saya membelinya. Jadi, elok sangatla terjumpa resepi ni, boleh la dicuba sebelum brokoli tu bertukar kaler jadi kuning ke, hitam ke, etc etc. Tapi terdetik pula dalam hati resepi ni tak der daging, nanti tak berapa jalan la pulak kat rumah kita sebab anak2 ni kalau sayur cam gitu aja, dia orang tolak tepi ler, jenuh lak kita nak menghabihkannya. Jadi, nak memerangkap anak2 dan hubby supaya makan brokoli ni, saya derhaka la sikit kat resepi ni. Saya tambahkan ayam yang dipotong kecil kecil, mesti diaorang suka.



Hmmm, alhamdulillah akhirnya terjerat jugak diorang, habih jugak la brokoli goreng bawang putih berayam tu………… baguih jugak taktik ni kan, kan, nanti leh la praktikkan selalu….keh keh keh….

Memang sedap brokoli ni, saya suka makan meratah begitu saja. Terimakasih diucapkan kepada Pn Raidah.

BROKOLI GORENG BAWANG PUTIH

200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 sudu besar pes bawang(resepi~sila lihat di bawah) - sy tumbuk 1 biji bawang besar dan 1 ulas bawang putih

2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.

Cara penyediaan:
1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.



Resepi Pes Bawang juga dari rumah Raidah

Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Pes ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

1 comment:

  1. suka brokoli..dah pernah try masak macam ni..memang sedappp...

    ReplyDelete