Showing posts with label Egg. Show all posts
Showing posts with label Egg. Show all posts

Sunday, November 18, 2018

Telur Masak Kicap Black Pepper

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


 TELUR MASAK KICAP BLACKPEPPER

Bahan-Bahan
8 biji telur - digoreng mata kerbau
5 sb Kicap lemak manis/secukup
3 sb sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan kisar
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Bahan Pelengkap
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji cili merah (dihiris serong)
2 biji cili hijau (dihiris serong)
1 biji tomato (dipotong baji)
5 biji cili padi (optional)
1 in halia
1 cawan air
Sedikit serbuk perasa



Cara-cara

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar dan serbuk lada hitam.
Masukkan kicap, sos tiram serta air. 
Bila mendidih masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, cili padi, tomato dan halia sambil dikacau rata. Tambahkan serbuk perasa.
Perlahankan api, masukkan telur satu persatu sambil di salut dengan kuah. Tutup api dan sedia utk dihidangkan. 

Wednesday, February 7, 2018

Murtabak Lapis Cream Cracker




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Anda suka makan murtabak? Hmm Saya? suka saja, rasanya semua orang suka makan murtabak,  kecil, besar, tua muda semua suka.  Paling digemari terutamanya bila menjelang bulan ramadhan, murtabak antara yang menjadi pilihan popular untuk hidangan berbuka puasa.  Selain sedap ianya juga mengenyangkan.  Murtabak terdiri dari selapis @  dua lapisan kulit seperti adunan doh roti canai berinti daging @ ayam.  Lazimnya dihidangkan bersama jeruk bawang ataupun kuah kari.  


Telah sekian lama saya sajikan hidangan murtabak kraker ini,  beberapa tahun yg lepas, dah tak mampu saya ingat lagi.   Murtabak ini pernah menjadi viral satu ketika dahulu.  Adunan intinya lebih kurang sama dengan murtabak asli cuma bezanya adunan doh lapisan digantikan dengan biskut krim kraker.  Kesedapannya memang tidak dapat disangkal lagi.

Mari kita lihat resepinya
MURTAB
MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER
Sumber  :  Bro Rozzan
Bahan-Bahan
600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.


45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)


Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.
KRIM KRAKER

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang


Untuk hiasan saya juraikan dengan sos cili dan mayonaise serta sedikit taburan cili dan dedaun hijau.


sesi fotografi dengan berbagai gaya

Murtabak ini  sangat lembut dan mudah dipotong. 
Berbagai bagai bentuk potongan dapat digayakan  mengikut citarasa sendiri.


Sesuai dihidangkan bagi semua  majlis  keraian.  Dengan sedikit sentuhan kreativiti ianya boleh juga dijadikan sebagai  hantaran.  


Atau  dibawa pulang sebagai cenderahati  buat insan tersayang.


Kepada penggemar penggemar murtabak, apakata cuba rasai kelainan murtabak kraker dalam gaya yang lebih moden dan eksklusif.



Tuesday, January 19, 2016

Cara Membuat Telur Separuh Masak

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Mengimbau kembali kenangan di masa kecil,  selalu juga saya makan telur separuh masak yang dibuat oleh arwah ibu.  tapi dicampurkan dengan sedikit kicap, dikacau manja, kemudian dicicah bersama roti.  Masa berlalu begitu pantas sehinggakan  saya terlupa pada makanan ini.  Rasanya dah berpuluh tahun jugaklah saya tak menjamah hidangan ini.  
 Hidangan telur seperti ini selalu boleh kita dapati di kedai kopitiam ataupun restoren.  Ianya dihidangkan  sebagai menu sarapan pagi.  Lazimnya dihidangkan bersama roti bakar. Boleh dikatakan ini adalah sarapan pagi yang sangat menyelerakan.  Memang sedap sangat!

Mari saya kongsikan cara saya membuat telur separuh masak.  Gambar ini merupakan hasil dari 2 percubaan yang telah saya lakukan.   Rupanya bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan walaupun nampak mudah.  Jika tersilap langkah, telur boleh menjadi  tidak masak ataupun kalau terlebih waktu boleh menjadi telur masak sepenuhnya.  
Percubaan pertama kali gagal kerana telur yang terhasil seperti belum masak.  Warna putih telurnya masih jernih dan kuning telurnya pun tidak berubah. Tak tertelan rasanya tekstur telur yang seperti itu.  Langsung saya masukkan ke dalam microwave bersama roti untuk memasakkan sedikit telur tersebut.  Hmmm, barulah boleh dijamah.
Mari kita lihat cara saya ya, semuga bermanfaaat.


1.  Masukkan air anggaran melepasi paras telur kedalam periuk kecil yang bersesuaian.
2.  Rebus air sehingga mendidih.


3.  Perlahankan api kepada suhu yang paling kecil dan masukkan telur perlahan lahan.  Berhati hati agar telur tidak pecah.
4.  Biarkan anggaran  1 minit, kemudian matikan api.
5.  Biarkan telur terendam di dalam air panas tersebut selama 10 minit. 

(Percubaan pertama saya gagal bila saya merebus air sehingga mendidih kemudian dimatikan api.   Selepas itu saya alihkan telur ke dalam bekas kaca dan biarkan selama 10 minit di dalam air biasa,  hasilnya telur seperti masih belum masak)

6.  Angkat periuk dari atas dapur.

7.  Alihkan telur ke dalam mangkuk yang berseuaian.

8.  Tuangkan air biasa ke dalamnya agar suhu menurun dan telur sejuk.


9.  Perlahan lahan pecahkan hujung sebelah atas telur dengan sudu dan kopek keluar kulitnya.
10.  Bolehlah dicedok dan  dimakan begitu sahaja ataupun diletakkan di atas sekeping roti bakar dan taburkan sedikit lada sulah.  Nyumm.


Wednesday, August 5, 2015

Sup kentang bersama karrot beserta telur






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


SUP KENTANG DAN KARROT
Bahan bahannya

 2 biji kentang dipotong kecil
1/2 batang karrot dipotong kecil
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
seketul isi ayam dipotong kecil
2 biji telur
sedikit suhun
sedikit daun bawang
garam dan lada sulah secukupnya

Cara caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.  Masukkan air, ayam, ubi kentang dan karrot.  Rebus hingga semuanya lembut.  Pecahkan telur dan biar telur masak tanpa dikacau.   Masukkan suhun dan biarkan sebentar.  Perasakan dengan garam dan lada sulah.  Akhirnya tabuirkan dengan hirisan daun bawang.

Saturday, October 11, 2014

The Making Of Wrapped Eggs / Telur Bungkus Ala Thai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lamanya saya tak share resepi.  Sebenarnya banyak sangat resepi resepi yang telah saya cuba setiap hari, gambar pun banyak diambil sampai dah nak penuh memori.   Tetapi disebabkan kesuntukkan waktu  (saja buat buat sibuk sebenarnya, hehehe,) maka lambat sikitlah resepi masakan dipaparkan.

Oleh sebab hari ini ada sedikit kelapangan, mari kita lihat apa juadah yang telah saya sediakan.  Hari ni resepi ringkas saja, mudah sangat nak membuatnya, selalu boleh jumpa kat restoren masakan Thai.

Ini resepi telur bungkus cara saya ya.

TELUR BUNGKUS

Bahan bahannya untuk 2 telur bungkus

5 biji telur - dipukul sedikit
2 ketul isi ayam bahagian dada  - didadu kecil 
1 biji bawang besar dimayang kasar
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 cawan sayur campur
2 sb cili kisar
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat manis
sedikit lada sulah
garam dan gula secukup rasa

Cara caranya  :-
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak.  
Tambahkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan gula, gaul rata.
Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam empuk.  Tambah sedikit saja air jika perlu.
Kemudian masukkan sayur campur, gaul rata.
Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.  Biar dah agak kering sedikit bolehlah diangkat dan ketepikan sebentar.


Panaskan kuali lain yang bersih dan sapu sedikit minyak ke serata kuali (agak agaklah besar mana telur bungkus ingin didadar).  
  Bila kuali telah benar benar panas, tuangkan bancuhan telur, angkat dan lenggangkan biar mengena ke serata kuali.  Letak semula kuali di atas dapur dan kecilkan api biar permukaan telur sedikit kering tapi jangan garing ya, nanti sukar nak membungkus telur.
Kemudian masukkan ayam yang telah dimasak awal tadi di tengah tengah telur dan lipat masuk perlahan lahan dari tepi ke tengah.  Lipat biar terhasil bentuk segiempat dan  telur tertutup kemas dan rapi.
Perlahan lahan, terbalikkan telur tersebut ke dalam pinggan yang bersesuaian.
Kalau nak tengok isi di dalamnya, potong sedikit  di bahagian tengah dan  buka.  Hiaskan dengan salad dan tomato.  Nak lagi sedap, tuangkan sedikit sos cili di atas telur.  Siap.  Dah boleh ngap!



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tuesday, December 6, 2011

Gulai Kurma Telur


Salam buat semua,
Hari Ahad lepas, sy pulang ke kg menjenguk rumah lama yang disewakan dan buat kerja2 mengemas dan menebas sikit. Sampai hari ni masih lagi terasa sengal2 dan letihnya, maklum dah lama juga saya tak buat kerja2 macam tu. Entah di mana silapnya, saya terpijak dawai penyangkut baju yang diletakkan di atas lantai, dalam jugak lukanya, macam tercucuk paku, banyak jugaklah darah yang mengalir keluar. Serta merta saya teringat kat arwah ibu. Arwah ibu dulu menghidap diabetes, ibu jari kaki dan jari tengahnya terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman. Cepat2 saya cari tisu ataupun kain untuk membalut, hmmm tak bawak pula, satu apa pun tak ada, maklum rumah kosong. Hanya yg kelihatan pada mata saya ialah, suratkhabar hubby beli yang dibawa bersama, tanpa berfikir panjang, saya ambil dan lipat suratkhabar tersebut biar tebal untuk menahan darah dari terus mengalir keluar. Kemudian saya terus sambung buat kerja menebas. Saya ni jenis orang yang tak berapa kisah kalau luka2 macam ni, maklum kita dah terbiasa dengan suasana susah dahulu. Malam bila dah pulang ke rumah, baru saya mandi dan cuci bersih2, tak ke klinik pun sebab saya memang tak suka ke klinik.

Oklah dah terkeluar topik la pulak. Hari ni nak tayangkan pula menu hujung bulan. Ni la menu bila mai hujung bulan kat rumah saya. Buat kurma telur ni penghujung bulan November hari tu. Selalunya bila stok bahan bahan basah dalam petiais dah makin berkurangan atau dah habis, ditambah pula kemalasan untuk ke pasar, menu ni ajala yang mampu terhasil. Stok telur memang sentiasa ada kat rumah, selalunya saya beli dua papan sekaligus, tahanla buat seminggu dua.

Sebenarnya anak anak dan hubby tak berapa suka kurma telur ni, tapi saya buat jugak sebab dah kering idea tak tau nak masak apa, google dlm internet pun selalu jumpa resepi yang lebih kurang sama ngan sambal telur aja. Resepi ni saya ambil dari rumah Kak Liza, terimakasih ya kak.

GULAI KURMA TELUR

BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur. Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.



Kurma telur yang cukup pekat dan sedap.....

Tuesday, November 29, 2011

Fritata Telur


Salam semua,
Hari ini saya nak paparkan projek menghabiskan putih telur tak berapa lama dulu. Banyak juga lebihan putih telur yang tersimpan di dalam petisejuk lebihan dari membuat biskut raya baru baru ini. Tak tau pulak nak dibuat apa. Semasa tengah mencari resepi telur, terjumpa resepi ni di dapur Kak Liza. Dari bahan bahannya nampak macam menarik. Jadi, kita pun cubala.



Maka, terhasillah Fritata Telur ini. Cuba anda lihat tekstur telur ini, sungguh lembut, sedikit lembab dan rasanya sungguh sedap. Warnanya pula keoren orenan hasil dari campuran cili yang telah diblend sekali. Mungkin saya akan menggunapakai resepi ini untuk gorengan telur yang seterusnya sebab cara penyediaannya begitu mudah sekali.


FRITATA TELUR

Bahan A [blend ]
1 mangkuk putih telur
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan B
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 batang kacang buncis atau kacang panjang [potong kecil]
1/2 batang carrot [sagat]
sedikit kobis [racik]
3 s/b minyak


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga layu.
2. Masukkan bahan B yg telah dimasakkan dalam adunan bahan A. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dalam pan dan masukkan adunan yg telah digaulkan rata.
4. Masakkan dengn api perlahan sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan.
5. Hidangkan dengan salad.


Wednesday, July 6, 2011

Sambal Tumis Telur

Salam dan selamat tengahari semua,
Terlambat pulak bersiaran hari ni. Sekali sekala lappy ni pun mogok jugak, nak load gambar pun bukan main susah lagi, sampai kita pun naik boring menunggunya.

Macam yang dapat anda semua lihat kat atas tu, hari ni saya masak sambal tumis telur. Resepi istimewa ni saya dapat dari internet sewaktu tercari cari resepi telur yang ingin dicuba.

Taraaaaa......cuba anda lihat hasilannya, terliur takkkk??? Tak terliur???, ish macam tak percaya pulak, tipula tu....heheheh..

Apa apa pun, nak cerita jugakla sikit kat sini. Al kisahnya, bila sambal tumis ni dah siap dimasak, sayalah orang pertama yang nak menjamahnya, terliur sungguh saya pabila menengok hasilan sambal tumis ni, tak sabar sabar nak makan. Seingat saya, dalam banyak banyak resepi yang pernah saya cuba, inilah resepi sambal tumis telur terhebat pernah saya buat, sungguh sedap, walaupun resepinya saya perolehi dari blog bukan melayu. Resepinya pun lain sikit sebab diletakkan tomato bersamanya.

Kepada yang ingin mencuba, di bawah ini saya perpanjangkan resepinya yang dijumpai kat SINI. Terimakasih diucapkan kepada tuanpunya resepi.

Sambal Tumis Telur (sambal eggs)

Ingredients:
6 - 7 shelled hard boiled eggs
1 medium-large onion
2 medium tomatoes, cut into quarters
5 tbsp sambal tumis**
1 tbsp tomato paste
salt (if required)
a little sugar

about 1/2 - 1 cup oil for frying eggs*

*You don't have to fry the eggs if you don't want to. Fried egg tastes better and will coat the sauce much better.

Method:
Wipe the eggs with paper towel to remove excess surface water. Water will make oil spit. Heat oil till hot fry eggs at medium high heat, turning and browning evenly. Egg surface will blister a bit and light golden brown. Don't fry too long or the egg white will become tough. if you don't want to fry the eggs leave this step out.

Tip the sambal into a clean wok or pan. There is enough oil in the sambal no need to add extra oil to cook onion. Add tomato paste and onion and fry at medium heat till onion is softened. Don't let sambal burn, if heat too hot turn heat down or add a touch of water.
Add eggs and stir to coat with sauce evenly and warming the eggs. Add some water if sauce is too thick.
Add tomato pieces cook till slightly softened.
Taste to see if you need some sugar and a touch of salt to season.

Serve sambal tumis telur with rice, soft bread or flat bread.

**If you don't have a jar of sambal tumis you can make the spice paste with:
about 5 dried large chillies, de-seeded and soaked then cut into small pieces
3 walnut size shallots, cut into small pieces
1 large clove of garlic
1 tsp shrimp paste
l - 2 tbsp of tamarind juice extracted from a very small lump of wet tamrind and few tbsp hot water

Blend or pound the above to a fine paste. Cook with 2 - 3 tbsp of cooking oil till oil turning red and paste is fragrant, then add some salt to taste.

Jangan malu malu ya, semua dijemput makan.....silakan.....



SINI

Tuesday, May 3, 2011

Mini Vegetable Omeletes



Salam semua,
Hari ni tak berapa ada idea nak masak apa. Dalam dok memikir apa nak masak, terbayang lak kat mini vegetable omeletes yang dibuat oleh AlongRoz tak berapa lama dulu. Jadi, hari ni itulah menu saya sekeluarg di samping satu lagi juadah lain.
Saya gantikan santan denga susu rendah lemak. Masak gunakan api yang paling perlahan sebab saya dadukan kentang dan karrot. Jika masak sekejap, takut nanti tak masak pula intinya.



Omelette ini sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama sos cili, macam murtabak telur lak. Tapi, saya makan bersama nasi panas panas. Sedap!!! Ada rasa lemak2 pedas.

Resepi ni saya ambil dari rumah AlongRoz, HomeKreation Terimakasih bebanyak ya Roz.

Mini Vegetable Omeletes
Makes two mini 4" diameter omelet

INGREDIENTS:
2 large Eggs
1/4 cup Coconut Milk
1/2 Potato*
1/4 Carrot* (* grate into matchstick shape)
1/4 Big Onion**
1 Green Chili** (** sliced)
Salt & Pepper

METHOD:
1. Beat eggs lightly & add the rest of the ingredients.
2. Heat a tbsp oil in a small 4" diameter pan.
Pour half of the batter & cook until one side is golden color.
Flip & cook the other side briefly. Dish out.
Repeat with the other half of the batter.
3. Slice & serve with rice along other dishes.
****************************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION

BAHAN2:
2 bj Telur
1/4 cwn Santan
1/2 bj Kentang*
1/4 btg Karot* (* sagat kasar spt mancis)
1/4 bj Bwg Besar**
1 bj Cili Hijau** (** hiris)
Garam & Lada Sulah

CARA2:
1. Pukul telur & campurkan kesemua bahan2.
2. Panaskan 1 sb minyak di dlm kuali kecil selebar 4".
Tuangkan separuh bancuhan telur & masak sehingga bhgn bwh masak.
Terbalikkan, masak sebentar & angkat.
Ulangi dgn adunan yg separuh lagi.
3. Potong & hidangkan dgn nasi & lauk sampingan yg lain.

Monday, April 25, 2011

Telur Masak Kicap Lada Hitam

Salam semua,


Semalam masak ayam, hari ni giliran telur pulak. Kat rumah saya ni, kalau nak menu telur tu laku cepat, samada dibuat telur masak kicap atau telur bersambal, jalanla.

Resepi yang saya ambil dari rumah Ummi Kuantan ini ringkas dan senang saja cara buatnya. Resepi ni lebih kurang macam telur masak kicap biasa, cuma kelebihannya ada tambahan lada hitam dan capsicum. Itulah yang menjadikannya istimewa.


Nampak pun cantikkan sebab kepelbagaian warna, ada merah, ada hijau, ada oren dan juga hitam. Rasanya pula apatah lagilah, maveles gitu. Terimakasih buat Ummi untuk resepi istimewa ini. Di bawah ini saya perpanjangkan resepinya kepada yang ingin mencuba.

TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
3 biji telor
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus btg mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili

1 - 2 sudu besar kicap masin

1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang
1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang
1 biji tomato - dibelah 6

sedikit garam (jka perlu)

sedikit air
minyak utk menumis

Cara-Cara:-

Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.

Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.

Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)

Tutup api dan hidangkan