Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Mengimbau kembali kenangan di masa kecil, selalu juga saya makan telur separuh masak yang dibuat oleh arwah ibu. tapi dicampurkan dengan sedikit kicap, dikacau manja, kemudian dicicah bersama roti. Masa berlalu begitu pantas sehinggakan saya terlupa pada makanan ini. Rasanya dah berpuluh tahun jugaklah saya tak menjamah hidangan ini.
Hidangan telur seperti ini selalu boleh kita dapati di kedai kopitiam ataupun restoren. Ianya dihidangkan sebagai menu sarapan pagi. Lazimnya dihidangkan bersama roti bakar. Boleh dikatakan ini adalah sarapan pagi yang sangat menyelerakan. Memang sedap sangat!
Mari saya kongsikan cara saya membuat telur separuh masak. Gambar ini merupakan hasil dari 2 percubaan yang telah saya lakukan. Rupanya bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan walaupun nampak mudah. Jika tersilap langkah, telur boleh menjadi tidak masak ataupun kalau terlebih waktu boleh menjadi telur masak sepenuhnya.
Percubaan pertama kali gagal kerana telur yang terhasil seperti belum masak. Warna putih telurnya masih jernih dan kuning telurnya pun tidak berubah. Tak tertelan rasanya tekstur telur yang seperti itu. Langsung saya masukkan ke dalam microwave bersama roti untuk memasakkan sedikit telur tersebut. Hmmm, barulah boleh dijamah.
Percubaan pertama kali gagal kerana telur yang terhasil seperti belum masak. Warna putih telurnya masih jernih dan kuning telurnya pun tidak berubah. Tak tertelan rasanya tekstur telur yang seperti itu. Langsung saya masukkan ke dalam microwave bersama roti untuk memasakkan sedikit telur tersebut. Hmmm, barulah boleh dijamah.
Mari kita lihat cara saya ya, semuga bermanfaaat.
1. Masukkan air anggaran melepasi paras telur kedalam periuk kecil yang bersesuaian.
2. Rebus air sehingga mendidih.
3. Perlahankan api kepada suhu yang paling kecil dan masukkan telur perlahan lahan. Berhati hati agar telur tidak pecah.
4. Biarkan anggaran 1 minit, kemudian matikan api.
5. Biarkan telur terendam di dalam air panas tersebut selama 10 minit.
(Percubaan pertama saya gagal bila saya merebus air sehingga mendidih kemudian dimatikan api. Selepas itu saya alihkan telur ke dalam bekas kaca dan biarkan selama 10 minit di dalam air biasa, hasilnya telur seperti masih belum masak)
6. Angkat periuk dari atas dapur.
7. Alihkan telur ke dalam mangkuk yang berseuaian.
8. Tuangkan air biasa ke dalamnya agar suhu menurun dan telur sejuk.
9. Perlahan lahan pecahkan hujung sebelah atas telur dengan sudu dan kopek keluar kulitnya.
10. Bolehlah dicedok dan dimakan begitu sahaja ataupun diletakkan di atas sekeping roti bakar dan taburkan sedikit lada sulah. Nyumm.
No comments:
Post a Comment