Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
SAYUR SAWI GORENG SOS TIRAM
Bahan bahan
2 pokok sayur sawi ( cuci bersih dan potomg 1 in)
2 ketul isi ayam dipotong kecil kecil
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji cili merah
3 sudubesar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan lada sulah secukupnya
Cara cara
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga keemasan. Masukkan air dan sos tiram. Biar mendidih, kemudian masukkan isi ayam dan gaul rata. Bila ayam dah agak masak, masukkan kesemua sayuran dan goreng sebentar sahaja. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Siap.
No comments:
Post a Comment