Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Minggu mencuba resepi resepi tersimpan. Hari ini mencuba resepi donut pula.
DONUT GEBU
Sumber Resepi : AzieJaya (terimakasih ya)
Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu). Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur) Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur.
Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.
Saya gorengkan lebih kurang 10 ketul sahaja. Selebihnya saya goreng separuh masak dan simpan dalam freezer untuk digoreng semua keesokkan harinya sebagai bekal anak ke sekolah.
Saiz yang saya buat adalah saiz kecil. Dapat lebih kurang 55 biji.
Dapat 55 biji ye Tie... kecik2 comel betul nampaknya tu... sedapnya kalau dapat sebiji dua minum sama kopi panas!
ReplyDeletegebunya donat..dah lama ni sya x mendonat..hehe..
ReplyDelete