Friday, April 2, 2010

Ayam Masak Tomato Heinz

Salam semua,

Semasa dok belek-belek suratkhabar berita harian, terjumpala resepi ni, ayam masak tomato heinz, nampak menarik jugak, kita pun kerat dan simpan. Baru-baru ni jer buat, buat pun ikut stok yg ada kat dapur, hentam ajala labu...........


AYAM MASAK TOMATO HEINZ

Bahan-bahan
1 ekor ayam yg telah dibersihkan dan dipotong
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 biji bawang besar dipotong empat
2 biji tomato dipotong empat
1 tin Heinz Cream of Tomato Soup
1/2 sb gula
5 cm halia
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
1/2 cawan minyak
1 sb mayonaise - yg ni tak letak pun
2 cawan kacang pis hijau - stok saya cuma ada mix vege (jagung, pis dan karrot, hentam sajala)
3 kuntum bunga cengkih
2 st serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Peram kepingan ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kepingan ayam sehingga rangup
3. Kisar cili kering, bawang putih, halia dan bawang merah dengan Heinz Cream of Tomato Soup sehingga sebati.
4. Panaskan 3 sb minyak dan tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis dan tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan mayonaise, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuah semakin pekat.
5. Masukkan kepingan ayam goreng dan biarkan mendidih selama 5 minit.
6. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang pis hijau.
7. Gaul dengan rapi sehingga kepingan ayam dan kuah sebati.
8. Hidangkan panas dengan nasi tomato.
9. Hidangan untuk 6 orang.

No comments:

Post a Comment