Friday, December 11, 2015

Resepi Ikan Bakar Portugis Sedap

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Resepi yang telah lama diperkenalkan namun masih popular sehingga kini. Asal resepi adalah daripada Chef Wan.
  Saya juga telah mencuba beberapa siri resepi ikan bakar yang berlainan.  Jika ingin melihat hasilannya bolehlah klik di SINI, SINI dan SINI

Resepi asal dari  SINI.


IKAN BAKAR PORTUGIS


Bahan bahannya

1/4 cawan minyak masak

Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan 
Daun pisang - sy guna daun kunyit

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara caranya
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.





Tuesday, December 8, 2015

Resepi Nasi Ayam Paling Best dan Simple



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Menu yang dicadangkan anak anak sempena musim cuti sekolah,
Resepi dari SINI ya.



NASI AYAM CHEF WAN 



Bahan-Bahan Untuk Nasi: 
1/2 cawan marjerin 
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang 
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus 
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus 
1 cm kulit kayu manis 
4 kuntum bunga cengkih 
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul 
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan 
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam 

Cara-Cara:- 
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya. 
Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api. 
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)


Cara menyediakan ayam:- 

1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak. 
Garam 
Lada hitam yang baru dikisar 
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk 
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk 
2 sudu besar kicap manis 
3 sudu besar marjerin 

Cara-Cara:- 
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin. 
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak. 
Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi. 





Bahan Sos Lada (My Style):-


5 - 6 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
2 inci halia - diketuk

Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam. 


Boleh juga dicuba resepi dari MYResepi seperti di bawah ini.

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan buat ayam:
– 1 ekor ayam dipotong 8
– 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
– 2 cm halia, ditumbuk halus
– sos tiram
– kicap cair
– kicap manis
– madu
– minyak bijan

Bahan untuk nasi:
– 3 cawan beras
– 4 cawan air rebusan ayam
– 2 sudu besar mentega
– 1 cm halia ditumbuk halus
– 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
– garam
– 2 bunga lawang
– 4 buah pelaga
– 1 kayu manis
– 2 helai daun pandan
– 1 helai daun salam
– susu full cream
– garam
– serbuk ayam
– gula
– bawang goreng

Bahan untuk sos:
– 5 biji cili merah
– 5 ulas bawang putih
– 2 cm halia
– 1 sudu teh cuka
– 1 sudu teh garam
– 1 sudu teh gula
– 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
– air rebusan ayam
– jeruk kubis
– serbuk ayam
– garam
– bawang goreng
– irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:
– Kuah kicap perapan ayam di atas
– Kicap manis cap kipas udang
– Sedikit garam
– Air rebusan ayam


Cara buat nasi ayam:
  1. Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  2. Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  3. Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu wadah.
  4. Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  5. Dinginkan ayam kurang lebih 1 jam.
  6. Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  7. Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  8. Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.

Cara buat nasi ayam:
  1. Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  2. Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam seketika.
  3. Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  4. Tutup api dan biarkan mendidih, jika sudah tuang ke dalam beras tadi.
  5. Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  6. Nasi ayam siap disantap.
Cara buat sup nasi ayam:
  1. Air rebusan ayam yang semula di masak lagi dan campurkan jeruk kubis, garam, dan serbuk ayam.
  2. Bubuh dengan irisan daun sop dan bawang goreng saat dihidangkan.
Cara buat sos nasi ayam:
  1. Campurkan cili merah, halia dan bawang putih, masak di dalam kuali.
  2. Tambahkan air rebusan ayam, lalu masukkan gula, garam dan cuka secukupnya.
  3. Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  1. Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak lagi di dalam kuali hingga mendidih.
  2. Angkat dan letakkan di mangkuk.
Selamat mencuba resepi nasi ayam paling sedap dan simple tersebut. Sebagai tips terakhir, pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti bisa buat ayam hancur ketika menggoreng.