Sunday, April 13, 2014

Puding Cinta Dasar Lautan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Dua, tiga minggu ini saya masih lagi dalam mood masak memasak.  Kerajinan mencuba resepi resepi yang dalam senarai menunggu menjadi jadi nampaknya.  Jadi, jangan jemu menatap paparan terbaru dari dapur kecil saya, hanya menu untuk hidangan sekeluarga sahaja.



  Lanjutan daripada Puding Kasih Bertaut yang telah saya buat baru baru ini, timbul  idea untuk menghasilkannya dalam corak yang berlainan pula.  


Kebetulan di dalam kabinet kecil saya memang ada acuan acuan jelly/coklat yang telah lama saya beli, namun  masih belum digunakan.   Jadi,  beginilah hasilannya.


Biar saya jelaskan satu persatu corak corak yang terhasil ya.  Gabungan warna merah dan pink  berbentuk hati.  Lain lain warna merangkumi hidupan air di lautan.  Antaranya  ikan lumba lumba dan beberapa jenis ikan2 yg saya kurang arif namanya serta siput (biru).  Kuda laut (hijau), Udang dan beberapa jenis  siput (oren).  
Nampak tak ???.  Kalau tak jelas,  mai kita tengok kat bawah dengan lebih jelas lagi......


Zoommmmm.......    Inilah dia, sepasang ikan lumba lumba dan hidupan lain serta bentuk bentuk cinta yang memenuhi dasar jelly ini.  Sebab itulah saya namakan puding ini Puding Cinta Dasar Lautan, hehehe.  Jangan marah ya tuanpunya resepi, tukar nama jap, sekadar ingin menyesuaikanya dengan tema yang dihasilkan.








Thursday, April 10, 2014

Goreng Pisang Rangup


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Lamanya tak buat goreng pisang.   Selalunya beli aja kat gerai gerai kecil di tepi jalan.  Kali ini nak cuba buat sendiri goreng pisang rangup.  Saya gunakan pisang tanduk pemberian kakak yang dibawa pulang dari Johor.


TEPUNG GORENG PISANG 
Sumber  :   Hairul.Com.    (terimakasih ya)

Bahan bahannya  :-
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5sb santan pekat (santan kotak)
1/2 sb baking powder
1/2 st serbuk kunyit (optional)
1 biji telur
Air secukupnya
2 sb majerin yang dicairkan.



Cara caranya  :-

1.  Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil.  Sejukkan.

2.  Masukkan semua bahan bahan kecuali marjerin cair dan air.  Bahan bahan tersebut ialah, tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat.  Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum.  Batter perlu pekat, lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak.  

3.  Kemudian, masukkan marjerin cair.  Pastikan marjerin tidak lagi panas.  Kacau sehingga semuanya sebati.

4.  Celup pisang dengan batter tersebut dan goreng di dalam minyak yang panas.  Batter ini boleh digunakan untuk cendawan goreng, cempedak goreng, tempe goreng, keledek goreng dsbnya.



Memang rangup sangat kejadiannya.  



Pekena dengan secawan kopi atau teh panas.