Saturday, April 13, 2013

Kek Coklat Indulgance dan Apam Mekar


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Coklat Indulgance ditempah oleh Jafizah,  Balai Bomba Perai sempena hari lahir officematenya Yuziha.



Happy BIrthday Yuziha, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki senantiasa.




Bahagian dalam kek, 4 lapisan kesemuanya.


Jafizah juga menempah apam.  Bila tak disebut apam apa, kita pun buatlah apam mekar berinti blueberry.



Sms daripada Jafizah  :-
Semua cakap kek & apam sedap, tqvm Kak Wattie, bulan depan boleh order lagi, insyaAllah.




Apam ku mekar menguntum......




Terimakasih banyak diucapkan buat Jafizah yang telah beberapa kali menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Thursday, April 11, 2013

TIRAMISU


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tiramisu Cheese Cake tempahan kawan Mr Hubby sempena hari lahirnya baru baru ini.


Lama tak buat tiramisu ni sebenarnya.   Alhamdulillah bila dapat tempahan dapatlah kita menyegarkan kembali ingatan kita kepada kek yang lembut macam aiskrim ini.




Selamat Hari Lahir diucapkan, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.




Inilah rupa kat dalam kek sebelum dihias, tiga lapis kesemuanya.



Mula mula nak deco macam ni aja,  tapi bila anak kecik kita yang pandai berimaginasi tu bagi  macam macam idea, itu yang jadi meriah macam kat atas  nunnnn...


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.