Friday, November 20, 2015

Ayam Goreng Pedas Korea / Korean Spicy Fried Chicken


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Sampai ke Korea dah saya hari ni.  Jom pekena ayam goreng Korea!
 KOREAN SPICY FRIED CHI
s
AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA
Sumber  :  KongsiResepi

 Bahan A
1 ekor ayam - di potong
1/2 cawan tepung kentang - boleh ganti ngan tepung jagung
1/4 cawan tepung  gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur 
1 sudu besar bijan (sangai tanpa minyak)
Bahan Sos
1 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih
1/4 cawan hot pepper paste (sy pakai cili kisar jer)
1/3 cawan corn syrup 
1/3 cawan sos tomato 
1 sudu besar cuka 
Cara-caranya
Ayam digaul bersama garam dan lada hitam, perap selama 30 minit.
Kemudian masukkan bahan2 lain dari Bahan A dan gaul rata bersama ayam hingga ayam bersalut rata
Panaskan minyak, dan goreng ayam secara deep fried selama 10 minit.
Keluarkan ayam, rehatkan selama 10 minit, dan kemudian, goreng sekali lagi selama 10 minit.  (sy goreng sekali jer)
Dalam bekas yang lain, bolehlah sediakan sos.
Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bersama bawang putih yang dicincang.
Kemudian masukkan hot pepper paste, madu, sos tomato dan cuka.
Biarkan sehingga sos agak pekat dan sebati.
Masukkan ayam yang digoreng tadi kedalam kuali sos dan gaul rata.
Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!! :-)


Ada masa nanti saya nak cuba versi yang dibawah ini pula.   Jadi, saya salin siap siap.

AYAM GORENG KOREA
Sumber  :  MyResepi

Bahan-bahan
setengah ekor ayam dibersihkan dan dipotong
garam
Blackpapper
1/2 cwn potato starch (tepung kentang)
1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1 sk baking soda
1 biji telur

Bahan Bahan Untuk Sos Manis Pedas
4 ulas bawang putih
1/3 cen sos tomato
1/3 madu @ 1 sb gula
1/4 cili paste *** guna serbuk cili babas.bancuh dengan air.jangan terlalu cair***
1 sb cuka
1 sb bijan *** goreng tanpa minyak***

Cara-cara
Perasakan ayam dengan garam dan blackpapper.gaul rata dan perap dalam 30 minit
Satukan potato starch,tepung gandum,tepung beras,baking soda dan telur kedalam mangkuk berisi ayam yang telah diperap. Gaul sampai tepung menyaluti semua ayam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.ketepikan

UNTUK SOS MANIS PEDAS
Bawang putih dicincang dan tumis dalam kuali non stik dengan sedikit minyak
Campurkan semua bahan bahan sos didalam kuali.dan masak seketika dengan api perlahan.jangan guna api kuat.nanti sos hangus.
Ambil ayam yang dah digoreng tadi,tuang kedalam sos dan masak seketika,hingga sos menyaluti semua ayam.
Akhir sekali hidangkan ayam bersama taburan bijan






No comments:

Post a Comment