Tuesday, November 18, 2014

Cucur Kentang dan Karot

Assalamualaikum w.b.t.  dan salam sejahtera semua,
Hidangan untuk minum petang.


CUCUR KENTANG DAN KARROT

BAHAN-BAHANNYA :-
4 cawan tepung gandum
3 1.2 cawan air suam
2 st soda bikarbonat
2 st garam atau secukup rasa


1 batang karrot - dipotong dadu
6 biji ubi kentang - dipotong dadu
2  biji bawang besar, dipotong dadu
1 genggam daun kuchai - dipotong 1in
2 biji cili merah - dihiris nipis

Cara caranya  :-
1.  Di dalam sebuah bekas, campurkan kesemua bahan sayuran (karrot, ubi kentang, bawang besar daun kuchai dan cili merah) dan gaul rata.
2.  Tambahkan tepung, baking soda dan garam sambil digaul rata.
3.  Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil digaul sebati sehingga mendapat adunan yang elok.  Adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, yang sedang sedang ajaaaa......
4.  Panaskan minyak dan sudukan atau "jemputkan" adunan ke dalam minyak panas.  Gorenglah  hingga kuning keemasan atau sehingga masak sempurna
5.  Toskan minyaknya.  Siap!
6. Hidangkan bersama sos cili.

Enak dimakan panas panas !

4 comments:

  1. cucur apa2 pun mmg laku kalau kat umah Liza ni, kalau anak2 tak habiskan, mak pun apa lagi, hilang diet...hihihi

    ReplyDelete
  2. alahai lapar pula wana tengok..pos sini kak, nak buat minum petang.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
    Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

    ReplyDelete
  4. ini lah menu ai untuk esok pagi.. wat sambal sikit nanti... cekodok sayur... tengkiuuuu

    ReplyDelete