Friday, December 7, 2012

Amukkan Durian Crepe


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

 Durian Crepe yang segar dari deWattiesDelight....



Tempahan kali ini datangnya dari Rosnah dan Azie dari Telekom Seberang Jaya. Azie yang mengandung mengidam nak makan crepe nampaknya. Selepas makan saya dapat sms daripada Azie berbunyi begini :- "Ya rabbi kak, sedapnya, padat, thanks kak, boleh rekomen kat kawan2". Terima kasih Azie.


Repeat order dari Mastura, Eon Credit bagi pihak rakan rakan ofisnya.


Dan yang terakhir, Azieyati dari Pulau Pinang. Sebenarnya Yati sms bertanyakan samada saya ada stok durian crepe atau tak, teringin sangat nak makan katanya. Kebetulan pula hari tu saya ada terlebih buat beberapa pek, kira rezeki Yati la tu. Sian kat hubby Yati dah malam dan hujan pulak tu sampai basah kuyup kata Yati, lepas tu balik rumah ibu tukar baju dan ambil kereta datang ke rumah saya untuk mendapatkan crepe ini. Berbahagialah Yati dapat suami mithali macam ni, hehehe. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan hasrat seorang lagi ibu mengandung yang mengidam untuk merasa crepe durian ini.




Terima kasih banyak kepada semua yang telah sudi menempah, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment