Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek yang bertemakan "Save Palestine" ini saya buatkan sebagai memenuhi permintaan Afrohah dari Putrajaya yang pulang ke kampung untuk menziarahi ibu dan bapa mertua di Permatang Pauh, Pulau Pinang sempena cuti tahun baru cina yang lalu.
Alang-alang teringin nak merasa kek buatan Kak Wattie, katanya.
Afrohah membuat tempahan untuk majlis hari jadi kecil-kecilan anak-anak dan suami pada 1 Februari 2014 yang lepas. Anak sulung Afrohah sangat obses dengan Palestine dan setiap kali hari jadi dia mesti request tema yang sama.
Sebenarnya saya ini tidaklah pandai mendeko kek kek yang bertema, amaturlah katakan, tapi keinginan untuk mencuba senantiasa berkobar kobar. Inilah peluang terbaik dan cabaran paling mahal untuk saya mencungkil bakat bakat yang terpendam sekiranya ada. Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang yang pastinya sukar untuk digapai dek tangan nan kerdil, tetapi akan berusaha memberikan yang terbaik sedaya mungkin, in sha Allah,
Opppsss, apahal dok madah berhelah pulak ni heheheh. Jom kita selidik serba sedikit tentang kek ini. Untuk hiasan bendera yang berkibar serta lain lain tulisan saya buatkan dari readymade fondant, manakala krim luarannya adalah italian meringue buttercream. Jadi, beginilah hasilannya.
Terlanjur berbicara tentang kek yang bertemakan Palestin,
marilah kita sama sama menghayati sajak yang menyentuh hati nurani ini.
Sajak untuk PALESTIN
PALESTIN
Tanah mu bergolak lagi
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpercik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah peluru berhantu
Dari puak kejam…..... Zionis durjana
PALESTIN
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari peluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan peluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa
PALESTIN
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah
** Karya asal:-http://www.fazdli.com/lain-lain/sajak-untuk-palestin/
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Ariff dan Akeef. Semuga hidup kalian berdua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, Amin.
Rainbow Cake In The Making!
Ini gambar kek yang baru dikeluarkan dari oven, panas, panasssss.....
Taraaaa, inilah rupanya sebelum didekorasi. Susunan warna warna pelangi.
Di samping kek pelangi, Afrohah juga menempah baked macaroni dan apam ladybird mekar. Sengaja saya asingkan n3 nya disebabkan gambar yang diambil agak banyak.
Jadi, nantikan kemunculannya di n3 yang akan datang ya....
No comments:
Post a Comment