Assalamualaikum dan Sawaddi kha (salam sejahtera),
Sabai di Mai? (Apa khabar?). Tu diaaaaa bahasa Siam pulak dahhhhh.
Ni lah dia penangan Nasi Komok aka Khao Mok Ghai ataupun Nasi Beriani Siam. Ramai yang dah mencuba nasi beriani siam ini, hanya saya saja yang selalu ketinggalan. Walaubagaimanapun, paparannya tetap ada, cuma waktu yang membezakannya. Nak buat macamana, untuk menghasilkan sesuatu hidangan, mood mesti baik dan ceria selalu, barulah menjadi.
Resepi ni dah lama benar saya salin. Terimakasih banyak diucapkan pada penyumbang-penyumbangnya iaitu, Azian dan Ayu, Khob khun ka ! Di bawah ini saya paparkan semula untuk rujukan di masa mendatang atau untuk sesiapa yang ingin mencuba.
NASI KOMOK aka KHAO MOK GAI aka NASI BERIANI SIAM
Sources;-From Azian @Aziancollection, via Kongsi Resipi
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction
For the Spice Mix :-
(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander (serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin (serbuk jintan putih)
1/2 tsp fennel (serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder (serbuk kayu manis)
1 tsp salt (garam)
1 tbsp sugar (gula) (Ayu gunakan perasa sedikit)
BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis :- (Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)
CARA MEMASAK :-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* (sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi* (Ayu tambah)
4 ulas bawang merah (Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)
CARA MENYEDIAKAN :-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
Sepinggan nasi, secawan kopi???
Oppsss, jangan tersilap ya. Dalam cawan berpiring itu bukannya kopi atau teh ya, sebaliknya sos yang dihidangkan bersama nasi beriani siam ini. Bekas isi sos yang ada di rumah saya dah hilang, puas dicari tak jumpa. Habis punya pikiaq, saya ambikla cawan ni untuk isi sosnya. Jangan pi hirup pulak, kang berdesing telinga, kik, kik, kik.
Khob Khun Kha (Terima kasih)
Wah..panjang berjela ni, bilalah kakpb nak mencuba. Anak bujang kakpb tu nak mkn nasi kaler2 tapi ibu dia yg malas bebeno.
ReplyDeletesedap nasi nih... sedap sedap
ReplyDelete