Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

KITCHEN FUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini gajet terbaru saya.  2 bilah pisau daripada Mr Hubby.  Cantiknya rupa paras pisau ini, siap bersarung lagi.   Terasa sayang pula nak menggunakannya.


Kata hubby ini pisau chef, pemberian daripada rakannya.  Hohoho.....(dalam hati berkata kata, tak sangka pula dalam diam kita ni diiktiraf  macam chef,   hebat jugalah ya, hehehe chef tak bertauliah, masuk bakul angkat sendiri).     


Pisau keluli tahan karat berkualiti tinggi.  Yang ini saiznya kecil.


Yang ini pula saiznya lebih besar.


Antara bahan bahan yang dipotong menggunakan pisau chef.


Antibakteria dan  tidak melekat.


Malunya nak tunjuk pisau pisau yang saya gunakan sehari hari di dapur kecil saya,  tapikan, nak tunjuk jugak untuk tatapan semua,    Inilah  2 bilah pisau  yang saya gunakan bagi menghasilkan hidangan yang selalu saya paparkan di sini.  Dah kehausan nampaknya akibat selalu diasah, alah membeli, menang memakai hehehe.   Pisau yang sangat murah dan senang didapati di kedai kedai kecil, pasar malam, pasar pagi dsbnya. sesuailah dengan standard tuanpunya blog.     Jika dibandingkan rupa pisau ini dengan  pisau chef pemberian hubby, memang sangat ketara perbezaannya.  Sungguhpun begitu,  hasilnya tetap membanggakan saya.   Yang penting, rupa bukanlah menjadi ukuran.


Nampak gayanya selepas ini kenalah lebih rancak beraksi di dapur.





Tuesday, July 10, 2012

EURO 2012 Chicken Burger


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Hari ni kena tayangkan juga gambar chicken burger yang dibuat oleh AminFayyadh, anak keempat saya. Dah berhari hari Fayyadh bertanya, Mama dah load gambar burger ker ??? Untuk tidak menghampakan, marilah kita sama sama lihat burger hasil kerastangan AminFayyadh.


Disebabkan burger ini dibuat didalam bulan Euro 2012, maka saya namakan ia Euro 2012 Chicken Burger. Mula mula Fayyadh buat satu jer. Tapi macam biasalah si adik merengek nak juga. Jadi saya minta Fayyadh tolong buatkan sekali.
Burger ni ringkas jer, guna roti burger readymade, chicken burger jenama Ramly, bawang, mayonaise dan sos. Tomato anak anak tak mau. Salad pula terlupa beli, jadi kita belasah dengan sawi hehehe...
Zaheen dengan chicken burgernya.
Sat nak tengok!!! Agak agak siapa punya lagi besar dan sedap.......
Abang Fayyadh join sekali bergambar. 
Senyum semua....
Yang ni Zaheen punya.......
Close up, angkat tinggi sikit ya, mama nak ambil gambar lagi sekali...
Auuwwww.......  yang ni pula Fayyadh punya........
Fayyadh tersenyum lebar sebab projek burgernya dah berjaya....yahoooo..... Lain kali nak buat lagi.......

Tuesday, February 14, 2012

Kisah Si Comel Tuah - Bahagian II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sedikit sambungan dari Kisah Si Comel Tuah tempohari.

Keesokkan harinya tanggal 25 Jan 2012,
Saya bercadang meletakkan kembali Tuah di tempat asalnya, bagi memberi peluang kepada Tuah untuk bertemu dengan ibubapanya. Mana tahu mungkin ibu dan bapanya akan datang mencari. Atas alasan itu, maka saya pun mengangkat kotak berisi kucing comel Tuah dan membawanya ke belakang rumah. Tuah saya letakkan kembali di tempat dimana ianya mula mula diketemukan.

Saya kembali ke dalam rumah membereskan kerja kerja dapur serta aktiviti seharian, Kasut anak anak saya ambil untuk dicuci. Selesai mencuci, saya ke belakang semula untuk menjemur kasut, sambil mata ini tak henti henti menjeling ke arah kucing Tuah . Tuah masih tidur lagi, kelihatan seekor kucing jantan berbaring berhampiran kotak Tuah. Nampaknya kucing itu sekadar berehat rehat di samping Tuah. Saya mengandaikan, mungkin itu bapa Tuah, maka saya pun membiarkannya lalu berlalu pergi.

Beberapa minit berlalu, saya keluar kembali melihat kucing Tuah. Alangkah terkejutnya saya, suatu kejadian di luar jangkaan telah berlaku. Saya jadi kaget dan tergamam seketika. Tuah berlumuran darah, ada kesan gigitan di leher dan bahu Tuah, darah mebasahi kain dan kotak. Saya meluru masuk ke dalam rumah serta memanggil manggil AminFayyadh untuk sama sama melihat situasi Tuah. Kami bersama sama mengangkat kotak masuk ke dalam rumah. Saya lihat keadaan Tuah tenat, Tuah tidak bergerak lagi, badannya kaku. Pantas saja fikiran ini memikirkan dimana letaknya kotak kecemasan. Ubat disapukan di leher dan badan Tuah perlahan lahan, seraya membalutnya sebaik mungkin, sambil di dalam hati kecil ini berdoa agar Tuah tidak apa apa. Saat ini hati saya sudah sebak, beribu penyesalan bersarang di hati, mengapa harus aku biarkan kucing Tuah tadi, tak sepatutnya Tuah ku biarkan sendirian di luar. Penyesalan sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur. Niat suciku untuk menemukan Tuah dan ibubapanya berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Maafkan ibu Tuah, ibu tidak menjangkakan perkara sebegini akan menimpa Tuah. Saya terus berdoa di dalam hati dan berharap agar keajaiban akan terjadi dan Tuah kembali seperti sediakala . Berkali kali saya mengusap kepala Tuah, sambil di dalam hati berdoa, Ya Allah, selamatkanlah Tuah. Saat ini airmata sudah tidak dapat dibendung lagi. Saya menangis kesedihan yang amat sangat. Saya lihat AminFayyadh sudah sebak, ada airmata yang tergenang di kelopak matanya. Berkali kali dimintanya saya membawa Tuah ke klinik. Malangnya, saya tidak tahu dimana letaknya klinik haiwan yang berhampiran. Dan lagi, saya dapat rasakan yang Tuah sudah tiada lagi. Hanya yang mampu saya lalukan ialah memujuk Fayyadh serta minta dia berdoa agar Tuah tidak apa apa.


Beginilah keadaan Tuah beberapa minit selepas kejadian. Keadaan Tuah sungguh menghibakan saya.
Berkali kali saya memegang dan mengusap Tuah, malangnya tiada sebarang tindakbalas. Tuah tidak bergerak langsung. Tuah seperti sedang tidur dalam lena yang amat panjang. Tenang saja wajahnya kelihatan, setenang air di kali. Hati saya semakin sayu melihatkannya. Akhirnya anak sulung saya, Asyraf menyakinkan bahawa Tuah sudah tiada lagi. Saya lihat AminFayyadh masuk ke dalam bilik air dan sejurus selepas itu kedengaran suara tangisan teresak esak, Amin Fayyadh menangisssssss. Tidak saya sangka hatinya begitu lembut dan mudah tersentuh, dia menangis semau maunya menahan kesedihan yang amat sangat. Sebenarnya, semasa mula mula diketemukan dengan Tuah, Fayyadhlah yang beria ia ingin menjadikan Tuah sebagai binatang peliharaanya dan berjanji akan menjaganya sebaik mungkin. Malahan beberapa keping gambar Tuah telah diletakkan di dlm facebooknya sebagai kenangan. Tetapi Allah lebih sayangkan Tuah, mungkin ada sebab mengapa semuanya ini terjadi.

Saya membalut Tuah dengan kain putih. AminFayyadh mengorek lubang di belakang rumah untuk mengebumikan Tuah. Bersemadilah Tuah di bawah pohon limau purut, semuga Tuah tenang di pembaringan.

Petang itu, bila hubby pulang dari kerja, spontan saja hubby bertanya mana perginya kucing semalam. Maklum, semalam hubby lihat kami anak beranak amat gembira melayani kucing tersebut. tiba tiba hari ini sudah tidak kelihatan lagi. Bila ku ceritakan kejadian pagi ini, hubby turut terkejut dan bersimpati. Hubby hanya mendiamkan diri bila ku tunjukkan AminFayyadh yang masih dalam kesedihan. Ternyata dia amat menyayangi Tuah walaupun baru sehari bersamanya. Saya hanya mampu memujuk agar tangisannya tidak berpanjangan. Semuanya ketentuan Allah sayang, tak siapa dapat menghalangnya. Sambil menangis teresak esak dengan suara yang perlahan, Fayyadh minta mama dan abah belikan kucing yang baru sebagai ganti............

Bila hari hampir senja, bunyi bising kedengaran. Pertengkaran besar di antara 2 ekor kucing meletus. Aksi kejar mengejar berlarutan hingga ke malam. Kata AminFayyadh, mungkin itu ibu dan bapa Tuah. Dari warna kucing tersebut, saya yakin itu ibu Tuah kerana corak dan warna di badannya kelihatan sama seperti Tuah dan dari keadaan fizikal badannya terdapat tanda tanda baru melahirkan. Maka, sudah pastilah sijantan adalah bapa Tuah. Saya semakin yakin bahawa Tuah telah digigit oleh bapanya sendiri, kerana hanya kucing jantan itu sahaja yang ada berhampiran Tuah sebelum kejadian.

Keesokkan harinya, pertengkaran yang sama berulang kembali. Kucing betina kelihatan sungguh garang. Mungkinkah ini reaksi ibu Tuah setelah mengetahui pelakuan kejam bapa terhadap anaknya???

Sunday, February 12, 2012

Kisah Si Comel Tuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Bertemu kita sekali di hari Isnin. Semuga hari ini lebih baik dari hari hari yang sebelumnya, insyaAllah.

Hari ni nak skip n3 masak masak yer, macam biasalah nak selangseilikan dengan kisah2 keluarga. Mari kita bersama sama menghayati kisah sedih si kucing Tuah.


Tanggal 24hb Januari 2012. Pagi itu, seperti biasa saya ke dapur untuk memulakan aktiviti masak memasak. Tiba tiba sayup kedengaran bunyi anak kucing mengiaw, semakin lama semakin kerap dan semakin kuat bunyi itu kedengaran. Hati ini tertanya tanya kucing siapakah itu? Perasaan ingin tahu membawa saya keluar melalui pintu dapur untuk mencari arah datangnya suara kucing tersebut.


Di belakang rumah, di celah celah rimbunan pokok pandan, di atas lantai simen, seekor anak kucing telah dilahirkan. Anak kucing yang masih bertali pusat dan beruri itu merangkak rangkak kesejukan sambil mengiaw giaw, kelaparan barangkali. Saya memandang ke kiri, lalu ke kanan, mencari cari di manakah ibunya, namun tidak kelihatan. Tiba tiba hati kecil ini terasa kasihan yang amat sangat. Anak kucing comel ini ditinggalkan ibu dan bapanya bersendirian setelah dilahirkan. Hampir hampir saja kucing itu jatuh ke dalam longkang. Saya mencari cari kotak yang sesuai buat meletakkan anak kucing tersebut. Mujur juga ada kotak limau mandarin pemberian kawan hubby sempena Tahun Baru Cina. Jadi, kotak itulah saya ambil dan setelah dialas dengan kain lampin terpakai anak, saya bawa ke belakang untuk meletakkan anak kucing tersebut. Anak anak saya AminFayyadh dan Zaheen tak habis2 mengekori saya ingin ikut serta membantu. Kebetulan hari itu Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.

Setelah kucing diletakkan ke dalam kotak, saya terfikir pula cara untuk menyusukannya. Terlintas di fikiran ini untuk menggunakan plastik aiskrim sebagai botol susu. Saya masukkan susu ke dalamnya, potong sedikit di bucunya dan siap.......Lalu saya cuba menyuap ke dalam mulutnya. Mula mula kucing tersebut menolak, tapi lama kelamaan dia minum sepuas puasnya, gembiranya rasa hati kecil ini. AminFayyah juga cuba menyusu anak kucing tersebut. Alhamdulillah, setelah habis menyusu, dan diletakkan kembali ke dalam kotak, kucing tersebut diam sebentar. Bila ku belek2, rupa2nya dia tidur.

Anak anak siap berebut rebut nak menamakan kucing comel tersebut. AminFayyah nak letak nama Dragon Tuah, hahahah....katanya sebab tahun baru cina tahun ni tahun naga, jadi dia nak letak nama dragon kat depan. Yang si adik pulak, entah apa apa nama siri kartun yang terdapat dalam tv yang disebut2nya, kelakar aja kedengaran bunyinya. Last last sekali nama Tuah Si Comel menjadi pilihan semua.

Selepas beberapa jam tidur, Tuah menangis lagi, kali ni AminFayyadh mengambil giliran menyusukan. Maka, begitulah selanjutnya, setiap 2 jam AminFayyadh akan menyusukan Tuah. Tuah pun nampak semakin selesa dengan suasana baru dan ibubapa baru hehehe...

Suka sangat saya melihat wajah Tuah, comel sangat. Masa ni mata Tuah belum terbuka lagi. Bulunya pun masih basah basah lagi.

Selepas makan Tuah pasti akan tidur nyenyak. Aktiviti ini berlarutan sehingga ke malam. AminFayyadh nampaknya sungguh sayangkan Tuah, sekejap sekejab dibeleknya. Bila malam, Fayyadhlah yang bangun memberi susu kepada Tuah.

Keesokkan harinya..............




Thursday, January 19, 2012

Kenangan Zaheen di Tahun Satu 2012

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar teman teman semua, sihat ker???. Harapan saya semuga semuanya dilindungi dan diberikan Allah kesihatan yang elok hendaknya ya, insyaAllah. Rasa macam dah lama sangat tak berblog walaupun hakikatnya baru seminggu tak besiaran. Rindunya saya pada semua, paling rindu pada resepi2 terbaru yang mungkin saya tertinggal. Tapi takpa, ada masa nanti saya akan jalan pelan2, tinjau rumah geng masak masak, semak kembali mana2 resepi menarik yg mungkin saya tertinggal dan mesti dicuba, walaupun dalam waiting list dah ada senarai yang panjang berjela, hehehe, biasala kan copy paste lepas tu peram buat pekasam, baru sedapkan....hehehe.

Hari ni takder n3 masak masak, cuma nak ceritakan sikit pengalaman anak bongsu saya, Zaheen sewaktu melangkah ke Tahun Satu 2012. Harap semua tak boring ya, blog ni pun dah jadi macam blog rojak, macam macam ada. Bukan sekadar masakan, diselangselikan juga dengan catatan peribadi dan kisah suka duka kehidupan saya sekeluarga untuk kenangan di masa hadapan.


Oklah, jom kita tengok apa ke kisahnya ya :-

Hari Pertama : Zaheen sungguh bersemangat untuk ke sekolah, awal pagi dah bangun. Selepas pakai baju dan minum, pakai kasut, terus ke sekolah. Tiba di sekolah, Zaheen rileks aja, tak ada tanda tanda dia akan menangis sehinggalah masuk ke kelas. Masa kat luar kelas, sempat juga saya snap gambar2 ni buat kenangan. Gambar kat atas tu ialah gambar di hari pertama Zaheen di dalam kelas. Zaheen dimasukkan ke kelas IK, nama guru kelas Zaheen ialah Ms Yeoh, cantik sangat orangnya, simple, tidak bermekap namun terserlah keayuan wajahnya. Masa berbual2 dengan parents kat sekolah, kata mereka, cikgu ni cikgu yang paling garang, hmmmm....... siapla kau Zaheen....

Masa ni, cikgu kelas tengah memberikan penerangan tentang peraturan sekolah, adab pemakaian uniform dsbnya. Diagihkan juga borang insuran untuk dipenuhkan oleh ibubapa, pengutipan bayaran untuk baju sukan dll.


Lepas sessi penerangan, murid murid berjalan keluar sebab cikgu akan membawa mereka melawat keliling sekolah dan menunjukkan di mana kantin, tandas, tempat alat2 sukan, dewan perhimpunan dan sebagainya.

Ibubapa tidak dibenarkan menunggu di luar kelas. Maka, kami pun berjalanlah menuruni anak tangga ke bawah mencari tempat duduk yang sesuai. Ramai juga ibubapa yang menunggu. Kesempatan ini saya ambil untuk berkenal2an dan berbual2 sementara menunggu loceng berbunyi. Jam 930pagi loceng dibunyikan menandakan waktu rehat pertama sudah bermula. Saya belikan Zaheen bihun berlaukkan sosej sebagai sarapan paginya, berselera juga dia makan. Lepas makan, saya hantar Zaheen ke kelas semula, kemudian hubby ajak settlelan beberapa perkara kat luar.

Jam 1145pagi loceng berbunyi sekali lagi menandakan rehat kedua bermula. Saya belikan Zaheen nasi berlaukkan 2 batang sosej semasa singgah dekat gerai makanan yg berhampiran. Kami temankan Zaheen makan, masa ni Zaheen dah nampak tak ceria, makan pun tak berapa nak berselera. Lepas makan kena hantar Zaheen ke kelas semula, kalau tak alamat tak masuk kelasla jawabnya. Lepas Zaheen masuk kelas, kami berdua keluar shopping barang2 sikit. Masa shopping tak sedar masa berlalu begitu pantas, baru teringat yang waktu Zaheen pulang dah hampir, tp kami masih berada di supermarket, alamak macamana ni, takut tak sempat jenguk Zaheen pulak. Hubby pecut kereta, malangnya bila sampai ke sekolah semua murid dah pulang, huwaaaaa kami terlambatttttt sampaiiiii. Terus telefon pengetua transit Zaheen tanyakan khabar. Alhamdulillah, Zaheen dah selamat tiba di sana, kecut perut saya dibuatnya sbb takut Zaheen menangis.

Hari Kedua : Pagi ni Zaheen tak berapa ceria. Masa nak dipakaikan baju dia dah sebak tak nak ke sekolah, perlahan saja suaranya membisikkan sesuatu di telinga saya, puaslah saya memujuknya. Alhamdulillah, akhirnya mau juga dia ke sekolah, tp kena temankan hingga ke kelas. Bila ditinggalkan di dalam kelas, dia dah mula menangis, sungguh erat tangan saya digenggamnya minta jangan dilepaskan, sedihnya hati ni Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya terpaksa juga mama merelakan perpisahan sementara ini sayang. Waktu makan pagi dan tengahari pun begitu juga, tak berapa beselera, minum pun dia tak mahu.

Hari Ketiga : Zaheen masih gementar lagi, setiap hari kena hantar sampai ke kelas dan tiupkan kata kata semangat. Bila tiba masa hendak melepaskan tangan mama, pasti Zaheen menangis teresak esak. Zaheen minta mama jangan tinggalkan dia, dipegangnya pula kaki saya kuat kuat supaya jangan pergi. Walaupun di dalam hati mama sedih yang teramat sangat melihatkan keadaan Zaheen yang sebegitu, tetapi mama terpaksa tinggalkan juga Zaheen di situ. Mujur juga Zaheen tak lari keluar kelas, kalau tak jenuhla mama

Hari Keempat dan Kelima : Kedua dua hari ni hari cuti sebab hari Sabtu dan Ahad. Lega rasa hati mama.

Hari Keenam : Drama airmata berulang kembali. Zaheen masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru alam persekolahan di Tahun Satu. Masa ni fikiran saya dah bercelaru, makan dan minum juga tak berapa berselera bila memikirkan tentang Zaheen, sampai sakit kepala saya dibuatnya. Mujur juga hubby ambil cuti panjang sebab nak menghabiskan saki baki cuti tahun 2011, jadi dapatlah dia temankan saya menjenguk Zaheen setiap hari. Rupanya masih ramai juga ibubapa yang mengalami situasi sama seperti saya.

Yang ni gambar yang diambil seminggu selepasnya. Masa ni kat kantin sekolah, dah nampak ceria sikit sebab dah dapat kawan. Hari kedua dan sebelumnya tak dapat ambil gambar sebab Zaheen asyik menangis.

Ini rakan2 perempuan sekelas Zaheen, masing masing bawa bekal sendiri. Suka saya melihat Natasha yang bertudung tu, begitu betah bercakap, langsung tak takut. Ibunya pun temankan dia setakat 3 hari saja, lepas tu dibiarkan berdikari.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya melihat senyuman di bibir Zaheen. Masa ni dah berselera makan nasi berlaukkan sosej hehehe. Sampai hari ni Zaheen bawa bekal nasi berlaukkan samada sosej atau nugget saja, yang lain dia tak mau.

Juga rakan rakan sekelas Zaheen. Dari kiri, Danish, Aidid, Zaheen dan sorang lagi rakan sekelas.


18hb Januari 2012 : Hari ni hari terakhir ibubapa dibenarkan masuk untuk menjenguk anak anak.

19hb Januari 2012 : Hari ni saya menjenguk Zaheen lagi, security benarkan masuk tetapi kena tulis nama. Agak ramai juga ibubapa yang masih datang menemankan anak makan. Boleh dikatakan yg hadir ini kesemuanya ibu dan bapa kepada anak2 yang manja, termasuklah saya hehehe. Mesti nak lihat wajah ibu baru bersemangat untuk makan ataupun belajar.

20hb Januari 2012 : Bila saya ke sana lagi hari ini, semua ibubapa tidak dibenarkan masuk, pintu pagar siap dikunci. Hanya dibenar menghulurkan bekal buat anak anak melalui pintu pagar. GuruBesar siap tunggu depan pintu lagi. Mujur juga saya dah pesankan pada Zaheen untuk menunggu di situ bila turun dari tangga supaya senang untuk saya menghulurkan bekal untuknya. Apa yang saya perhatikan, setiap hari Gurubesar sekolah ini akan membuat rondaan pagi dan setiap pagi juga dia akan menunggu di pintu masuk sekolah untuk melihat situasi dan perkembangan murid murid. Begitu juga bila waktu makan pagi dan tengahari, pasti akan kelihatan kelibatnya. Sebenarnya saya kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan olehnya.

Alamak....panjangnya cerita saya hari ni..... ada masa kita sambung lagi ya.

Tuesday, December 13, 2011

The BEN 10 boy

Salam dan selamat petang semua,

Apakhabar semua??? Harap sihat sihat ya. Amacam dengan persiapan anak2 untuk kesekolah tak berapa hari lagi? dah siap semuanya? Mungkin ramai yang dah membuat persiapan awal, bagus juga kan, kalau last minute kelam kelibut pulak jadinya.

Hari ni tak der n3 masak masak, cuma nak selitkan sikit kisah shopping barang barang keperluan anak anak ke sekolah. Nampak tak kat atas tu, the ben 10 boy sedang beraksi dengan koleksi ben 10 nya hehehe. Minggu lepas sewaktu shopping barang barang dapur, ternampak byk sangat barang barang keperluan sekolah yang dipamerkan. Ramai juga ibubapa yang membeli. Saya pun mengambil kesempatan itu untuk membeli serta menambah sedikit sebanyak barang barang yang perlu.

Sebelum beli barang barang tu semua, Zaheen dah ternampak satu barang mainan yang disukainya, tak ingat pulak saya nama mainan tu, siap dipegangnya kotak tersebut sambil tangan sebelah lagi menarik narik baju saya, tak berganjak langsung dia dari tempat itu, jenuh kita nak memujuknya. Saya buat buat tak dengar aja dan terus bergerak ke hadapan. Kat rumah dah melambak barang mainan, jenuhla mama nak mengemas hari hari. Bila tengok mama, abah dan abang bergerak ke depan, mulala dia buat perangai, mata dah berair, kejap aja dah keluar suaranya. Sebelum volume semakin kuat kedengaran, cepat cepat saya menghampirinya dan membisikkan sesuatu, barulah dia mahu melepaskan mainan tersebut dan berjalan.


Lepas bergerak sedikit ke depan, singgah dekat kasut sekolah, kasut ben 10 menjadi pilihannya. Ni lah rupa kasut tu, cuma kotak kasut aja ada gambar ben 10, bukan kasutnya, dekat kasut pulak dilekatkan label ben 10. Asal ada aja gambar ben 10, sukala dia. Tak derla beg yg jenama mahal2, biasa biasa aja, tp harga pun leh tahan jugak.


Lepas tu, jalan kat depan sikit lagi, waaaaa....banyaknya beg2 sekolah bergantungan, ada gambar upin ipin, ada gambar lightning mcqueen, ada gambar ben 10 dan macam macam lagi. Tapi takder pulak gambar angry bird macam yang pernah dilihat baru baru ni. Belek punya belek last last sekali, beg ben 10 juga yang dipilihnya. Maka, tak jadilah dia berbeg angry bird ke sekolah tahun depan.


Dekat rumah pulak dah tersusun koleksi jam tangan ben 10. Cuba tengok berapa jam yang dia ada, jam ultraman pun ada, tp barang2 murah aja la, kalau rosak pun, tak ler kita terasa sangat kerugiannya. Alhamdulillah setakat hari ni, jam tu semua masih selamat lagi, tak taulah berapa lama nak leh bertahan, yang satu tu tangkai jam dah hilang.


Set barangan sekolah Zaheen. Saya beli juga 3 pasang baju dan seluar sekolah serta stokin. Mujur juga tu semua takder cap ben 10, kalau tak habis semua barang2 cap ben 10 yang diangkutnya bawa balik. Alatulis tak beli sebab barang barang sediaada masih elok dan boleh digunapakai.

Bila sampai rumah, tak menyempat nyempat nak dicuba semua barang yg dibeli. Apa nak dikata, cubala sayang mama tak marah, siap mama tolong ambilkan gambar lagi buat kenangan.

Haaa.....dah siap sedia nak berangkat ke sekolah la tu. Harap harap bila masuk kelas baru nanti dia tak buat hal, insyaAllah. Untuk abang2 yang lain, cuma beli sehelai dua baju dan stokin sahaja sebagai tambahan sebab barang2 yang lama masih elok lagi, jimat belanja.

Cuma Zaheen aja beli banyak barang sekolah sebab dia akan masuk Tahun Satu tahun depan, jadi semuanya kena beli baru. Semalam dia ingatkan pula yang botol air belum beli lagi, hmmmm nampaknya keperluan si kecil ni tak habis lagi la.

Monday, November 28, 2011

Musim Angry Birds la pulak

Salam semua,

Hari ini jom kita layan sekejap koleksi angrybirds anak kecil saya, Zaheen. Semenjak dua menjak ni koleksi angrybirds memang menjadi pilihan kanak kanakkan.



Sekali singgah supermarket, mesti tarik tangan mama suruh beli benda alah ni. Kalau tak beli, siapla, berlagu sakan la jadinya.


Sekali singgah petrol station atau kedai runcit, mesti pujuk abah beli satu. Mujur satu, tak dua tiga, kalau tak jenuhla si abah. Kalau engkar alamat si abah kena jadi penunggu setia petrol station la jawabnya, hahaha takpun si anak akan duduk di atas lantai buat perangai, hmmmm malu tu, jadi layan jer la.


Sebenarnya ada banyak lagi, tapi dah terkorban sebelum sessi fotographi. Sehingga hari n3 ni dibuat hanya si angry bird bewarna kuning ni aja yang selamat, hehehe....

Baru baru ni dia ternampak beg sekolah angrybirds pulak dah. Mujur juga dapat dipujuk sebab sekolah nak dibuka lambat lagi, jadi tangguh dulu. Nampak gayanya Dec ni kena beli jugakla beg tu sebab dia akan ke tahun satu untuk memulakan sessi persekolahan.