Tuesday, December 10, 2013

KITCHEN FUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini gajet terbaru saya.  2 bilah pisau daripada Mr Hubby.  Cantiknya rupa paras pisau ini, siap bersarung lagi.   Terasa sayang pula nak menggunakannya.


Kata hubby ini pisau chef, pemberian daripada rakannya.  Hohoho.....(dalam hati berkata kata, tak sangka pula dalam diam kita ni diiktiraf  macam chef,   hebat jugalah ya, hehehe chef tak bertauliah, masuk bakul angkat sendiri).     


Pisau keluli tahan karat berkualiti tinggi.  Yang ini saiznya kecil.


Yang ini pula saiznya lebih besar.


Antara bahan bahan yang dipotong menggunakan pisau chef.


Antibakteria dan  tidak melekat.


Malunya nak tunjuk pisau pisau yang saya gunakan sehari hari di dapur kecil saya,  tapikan, nak tunjuk jugak untuk tatapan semua,    Inilah  2 bilah pisau  yang saya gunakan bagi menghasilkan hidangan yang selalu saya paparkan di sini.  Dah kehausan nampaknya akibat selalu diasah, alah membeli, menang memakai hehehe.   Pisau yang sangat murah dan senang didapati di kedai kedai kecil, pasar malam, pasar pagi dsbnya. sesuailah dengan standard tuanpunya blog.     Jika dibandingkan rupa pisau ini dengan  pisau chef pemberian hubby, memang sangat ketara perbezaannya.  Sungguhpun begitu,  hasilnya tetap membanggakan saya.   Yang penting, rupa bukanlah menjadi ukuran.


Nampak gayanya selepas ini kenalah lebih rancak beraksi di dapur.





2 comments:

  1. Salam Wattie, cantik kan pisau ni...
    kak rose pun ade bli pisau ni... masa tu ada offer terus la sambar 2 set, merah n hijau... memula tu mmg sayang nak guna sbb cantik sangat kan...

    ReplyDelete
  2. Nak beli kat mana yer? Nak hadiahkan utk suami

    ReplyDelete