Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menikmati hidangan western food yang sedap, minggu lepas, saya dan hubby meluangkan masa bersama anak anak untuk jalan jalan cari makan. Tempat makan pilihan kami pada kali ini ialah BigBob Cafe Pauh Jaya. hanya beberapa kilometer dari taman perumahan Pauh Jaya, tempat tinggal kami. BigBob Cafe Pauh Jaya agak baru dibuka kira kira 4 bulan yang lepas iaitu pada 6hb Ogos 2015. Ini merupakan cawangan kedua mereka selepas cafe induknya di Kepala Batas Sbg Perai.
Lokasi yang amat stratejik, berhampiran pusat membeli.belah yang baru dibuka, Mydin, Politeknik Sbg Perai, Uitm, pejabat pejabat kerajaan dll. Cafe dua pintu ini terletak di bahagian bawah Bangunan Perniagaan 3 tingkat. Rekabentuk dalamannya berkonsepkan modern english. Melangkah masuk ke dalam cafe ini, anda akan terpandang hasil lukisan yang kreatif pada dinding menambahkan lagi tarikan cafe. Ruang koridor dimanfaatkan sepenuhnya dengan menukarkannnya menjadi open air dining area (medan makan terbuka). Jika memilih untuk duduk di sini, anda akan dapat menyaksikan panorama malam nan indah dengan sinaran lampu serta deruan lalulintas kenderaan.
Sesekali anda akan dihiburkan dengan Live Busking Band, menarik bukan, saya sukakan konsepnya! Anak anak muda pasti sukakan suasana sebegini. Lepaking sambil pekena secawan kopi panas, sambil dihiburkan dengan alunan muzik sentimental rock, ahhhh fikiran ini telah menerawang entah ke mana, berpuluh tahun yg lalu, hahaha jiwang karat pulak dah. Tapi pada hari kami ke sana tiada live band, mungkin disebabkan pengunjungnya yang tidak begitu ramai. Pada yang tercari cari hidangan western food sedap di Seberang Perai, Pulau Pinang, apakata anda cuba di BigBob Cafe. Di bawah ini saya sertakan alamatnya. Dengan bantuan pelbagai teknologi canggih yang hanya terletak di hujung jari anda, in sha Allah lokasi ini mudah untuk anda jejaki.
BIGBOB CAFE
G15 & G16
Medan Perniagaan Pauh Jaya
Jalan Baru, 13700 Perai
Waktu operasi : 11am hingga 11pm
Tutup hari Isnin
Restoren ini telahpun ditutup pada tahun 2017
Menu beserta harganya.
Melihatkan menunya, Cafe ini banyak menyajikan makanan yang ala ala barat merangkumi starter, salad, sup, pasta, main course, burger n sandwich juga tapas. Terdapat juga hidangan melayu tempatan, kalau tak silap saya untuk sesi tengahari namun pilihannya agak terhad. Saya lihat ada juga kek dan cupcake, namun dalam.kuantiti yang sedikit.
Pelbagai jenis minuman yang boleh dipilih dari sejuk, panas, aiskrim, smoothie, jus buah buahan segar, semua ada. Tepuk dada tanya selera!
Bagi yang ingin ke cafe induknya, alamatnya seperti berikut
BIGBOB CAFE
Western Food Restaurant
31 Kiosk Bertam Perdana
Kepala Batas SPU
Waktu operasi : 12pm hingga11pm
Tutup hari Isnin
Ini keluarga hamba yang ingin diraikan.
Lagi 3 orang tersembunyi di balik sanun....
Sayangnya bujang teruna yang baru habis belajar ini tidak dapat ikut serta, sakit belakang katanya.
Semuga cemerlang dunia serta akhirat anak anakku, amin.
Mari kita lihat apa yang menjadi santapan kami sekeluarga di sana
Ini untuk Mr Hubby, Lambretta (kalau di tempat lain dipanggil Lamb Chop) kambing bahhh... Melihatkan namanya, teringat saya pada motor skuter, adik beradik vespa dari.negara pizza heheheh
Komen hubby lepas makan
Black pepper saucenya masin, daging pula liat!
Tapi saya lihat habis juga dimakannya, hahaha
Anak bujangku Asyraf yang punya, Swiss Meatball with black pepper sauce.
Komennya lepas makan
Sedap!
Kenyang hingga tak terhabis. Diagih agihkan sorang satu, mama n abah pun dapat merasa. Ini pula my 2 cents opinion, jika tekstur meatball itu lembut sedikit tentu lebih sedap.
Ini AminFayyadh yang punya, sama macam hubby, Lambretta
Komennya lepas makan : Sedap
Hairan saya, hidangan yang sama tapi komen berbeza. Chef lain lain agaknya, atau mungkin citarasa mr hubby citarasa kelas atasan jadi standard expectationnya agak tinggi manakala citarasa si anak citarasa golongan marhaen, hmmmm begitulah kesahnya.
Pilihan sibongsu Zaheen, Bigbob Chicken Chop
Portion yang agak besar untuk saiz perut anak kecil saya, jadi si abang tolong habiskan.
Komen Zaheen : Ayamnya sedap tapi rasa kulitnya macam rasa fishball.
Mama tak tau nak komen apa sebab mama tak menjamahnya. Apa yang boleh dikatakan komen si anak kecil selalunya jujur.
Pilihan Aiman, BBQ Grilled Chicken.
Komen Aiman : Sedap
Anak yang tak banyak kerenah dari segi pemakanan. Kalau suka dimakannya, jika tak ditinggalkannya
Anak yang tak banyak kerenah dari segi pemakanan. Kalau suka dimakannya, jika tak ditinggalkannya
Inilah pilihan si tukang karut merangkap penulis blog serta photographer, Chicken Parmigiana. Naik tergeliat lidah melayu ni nak menyebutnya.
Ini komen saya, hidangan ini memang sedap, portionnya besar, memang berbaloi dengan nilai ringgit yang dilaburkan. Ayamnya lembut dan juicy, saladnya juga menepati citarasa saya.
Jumlah yang dibayar kali ini, alhamdulillah, within the budget. Harganya boleh tahan. Nak kata mahal pun tak, nak kata murah lagila tak heheheh. Tapi yang paling penting, tiada service charge @ gst yang dikenakan.
Saya ingin memuji layanan yang diberikan di sini. Waiter yang bertugas ramah tamah, dengan senyuman terukir di wajahnya melayani kerenah dan pertanyaan saya sekeluarga. Setiap pertanyaan pasti ada jawapannya. Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Jadi, jika tak tahu kenalah bertanya, jika tak, takut nanti lain yang ditempah, lain pula yang tiba. Nampaknya waiter di sana sangat arif dengan semua menu yang ada dan saya percaya telah dilatih dengan sebaiknya. Tahniah! Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi.
Hidangan juga tidak perlu menunggu lama, lebih kurang 20 ke 25 minit sudah siap sampai ke meja. Alhamdulillah, Inilah yang semua pengunjung harapkan. Tidaklah ternanti nanti, ibarat menanti buah yang tidak gugur. Bukankah penantian itu satu penyiksaan
Saya ingin memuji layanan yang diberikan di sini. Waiter yang bertugas ramah tamah, dengan senyuman terukir di wajahnya melayani kerenah dan pertanyaan saya sekeluarga. Setiap pertanyaan pasti ada jawapannya. Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Jadi, jika tak tahu kenalah bertanya, jika tak, takut nanti lain yang ditempah, lain pula yang tiba. Nampaknya waiter di sana sangat arif dengan semua menu yang ada dan saya percaya telah dilatih dengan sebaiknya. Tahniah! Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi.
Hidangan juga tidak perlu menunggu lama, lebih kurang 20 ke 25 minit sudah siap sampai ke meja. Alhamdulillah, Inilah yang semua pengunjung harapkan. Tidaklah ternanti nanti, ibarat menanti buah yang tidak gugur. Bukankah penantian itu satu penyiksaan
Rata ratanya, famili semua berpuashati dengan hidangan pilihan mereka. Tidak mengecewakan. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Minuman pun sedap belaka, anak anak semua suka termasuk saya, kecuali minuman Mr Hubby, iaitu Pineapple Juice, tak ada rasa nenas katanya.
Kami pulang dengan hati yg gembira dan dalam kekenyangan! In sha Allah, jika ada lebihan rezeki, kami pasti akan ke sana lagi.
BigBob, mu tunggu aku datang lagi!!!
Kami pulang dengan hati yg gembira dan dalam kekenyangan! In sha Allah, jika ada lebihan rezeki, kami pasti akan ke sana lagi.
BigBob, mu tunggu aku datang lagi!!!
No comments:
Post a Comment