Saturday, November 14, 2015

Cili Kisar/Mesin Homemade

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Hari ini saya nak letak n3 mengenai  cili kisar/mesin  yang saya buat untuk stok masakan saya sehari hari.  Saya tidak pernah membeli cili boh ataupun cili kisar sebaliknya saya buat sendiri tanpa menggunakan apa apa bahan pengawet.  Alhamdulillah, setakat ini, cili kisar homemade yang saya buat tahan sehingga 3 minggu lamanya.  Bergantung pada pengunaannya juga,  kalau kerap digunakan, cepatlah habis dan saya akan restok semula.

CILI KISAR/MESIN HOMEMADE

Bahan bahannya
250gm Cili kering (sebungkus)
2 ulas bawang putih
2 sb minyak masak
2 cawan air


1. Cili kering digunting dan dibuang bijinya.
2.  Masukkan ke dalam periuk, tuang air hingga melepasi paras cili.
3.  Rebus cili hingga mendidih.
4.  Sejukkan. 
.5.  Toskan dan buang airnya.  Masukkan ke dalam blender.  
6.  Tambah air, minyak dan bawang putih.  Kisar hingga halus.  Buat 2 kali kisaran.
7.  Masukkan ke dalam bekas bertutup yang bersesuaian dan simpan dalam petisejuk bhgn bawah ( chiller)
8.  Tahan sehingga 3minggu lamanya.



1 comment:

  1. Cheq da pun suka bikin sendiri..selalu guna yg lada kering yg besar banding yg kerinting...rasanya tak berapa pedas dan warna pun cantik..

    ReplyDelete