Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek ini saya buatkan untuk anak bongsu saya Zaheen Zaidany sempena hari lahirnya yang ke 8 tahun. Hari lahir Zaheen jatuh pada 26hb Disember yang lepas sebenarnya. Tapi disebabkan mamanya asyik memenuhi tempahan pada musim cuti persekolahan, maka kek Zaheen terpaksa ditunda pada bulan ini. Bagi menggantikan kek, mama dan abah dah bawa Zaheen pergi makan makan di Puncak Kristal, Kg Pelet, Sbg Perai bagi meraikannya pada hari istimewa itu.
Ini pertama kali saya cuba menghasilkan figurine berbentuk doraemon (atas permintaan Zaheen sendiri yang memang peminat tegar siri kartun doraemon) dan kanak kanak lelaki menggunakan readymade fondant. Dah lama sangat teringin nak buat figurine, jadi rasanya ini peluang terbaik untuk saya mencubanya, manalah tau kot kot ada bakat terpendam yang boleh dicungkil keluar, heheheh. Begitulah hasilnya setelah diulit berjam jam lamanya, amaturlah katakan.
Lepas tengok hasilannya, anak keempat saya Amin Fayyadh bersuara, "Mama, mana misai dan loceng doraemon??". "Hmmm, mama tak ada pensil khusus untuk melukis di atas fondant, tak beli lagi, jadi tak dapatlah nak melukis misai doraemon, loceng pulak memang mama terlupa langsung nak buatkan."
Zaheen pula tersenyum malu bila melihatkan hasilan kek hari lahirnya. Sambil menyorok di belakang saya, Zaheen bersuara perlahan, "Mama, mulut doraemon bukan macam tu". Hahaha, mama baru first time mencubanya sayang, mestilah ada banyak kekurangannya, nanti lain kali mama perbaiki agar nampak lebih sama.
Kedua duanya mendongak memandang bentuk bentuk hati yang berdiri kukuh mengelilingi mereka. Mama buatkan sebagai lambang kasih dan sayang mama serta abah yang akan senantiasa mengiringi kehidupan Zaheen, in sha ALLAH.
Selamat hari lahir anakku sayang, semuga hidupmu senantiasa diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Mama akan senantiasa mendoakanmu. Amin.
Yang ni masa proses membentuk figurine, terpaksa meletak jarum peniti bagi mengelakkan sesetengah bahagian tertanggal semasa mengeringkannya.
Beginilah hasilnya setelah dipotong.
salam..
ReplyDeletecantik dan menarik hasil pertama figurine tu..nampaknya ada bakat terpendam ni..boleh asah lagi tu..^_^
Cantiknya kek-kek tu. Kalau dekat saya nak tempah atau belajar je dengan puan.
ReplyDeletehttp://kidsandmumapparel.com/blog/
http://kidsandmumapparel.com