Sunday, September 8, 2013

Daging Masak Hitam



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya  besiaran kembali dan mengemaskini blog setelah sekian lama ditinggalkan.  Dah penuh dengan sawang nampaknya rumah  ini,  Tapi, tak apalah, saya akan cuba membersihkannya sedikit demi sedikit.    Hampir 4 bulan lamanya saya tidak mengemaskini blog disebabkan perkara perkara yang tidak dapat dielakkan.  Tentu ramai yang tertanya tanya kemanakah gerangan menghilangnya diri ini, ada ker???  Atau mungkin ada yang akan berkata   Ada aku kesah???, hehehe.   Tak kesahlah apa yang anda fikirkan.  Cuma ingin dikhabarkan alhamdullilah, saya masih lagi di sini, masih lagi bernyawa dan masih lagi seperti yang dulu, calm and simple....


Akibat dari blog yang tidak dikemaskini sekian lama, tiba tiba masalah lain pula yang muncul.  Minggu lepas apabila saya ingin membuka blog dan memasukkan entri terbaru,  blog saya tidak dapat diakses.  Setiap kali blog  ingin dibuka, hanya dapat dilihat dalam beberapa saat saja bilamana url blog akan beralih arah ke url  yang bebentuk pengiklanan.  Buntu fikiran saya dibuatnya, maklumlah saya inipun bukanlah orang yang cerdik IT.  Ada juga pengunjung yang menelefon bertanya mengapa blog saya tidak boleh dibuka.

    Syukur alhamdulillah, saya mempunyai satu lagi blog yang masih boleh diakses iaitu blog bisnes saya  dewattiesdelight.  Saya ajukan masalah yang saya hadapi  melalui  group discussion yang  dikendalikan oleh pihak google.com.    Pertanyaan dijawab dengan cepat dan saranan jalan penyelesaian yang agak terperinci diberikan untuk kita cuba mengatasinya.   Syukur, setelah dua kali dicuba, saranan yang diberikan berjaya saya lakukan sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Terimakasih banyak diucapkan kepada pihak google.com, terutamanya Nitecruzr blogger top contributor)   dan KobusNL.


Oklah ya, apa cerita resepi kita untuk hari ini ya, mari kita lihat.   
Masih lagi resepi yang sama pernah saya cuba beberapa kali sebelum ini.   Boleh klik di  SINI.  untuk resepinya.


Cubalah resepi istimewa ini ya, insyaALLAH anda pasti akan menyukainya.


Selamat Mencuba


Dan Selamat Menjamu Selera

Monday, September 2, 2013

Chocolate Moist Cake With Cheese Layer