Tuesday, January 13, 2015

Chocolate Oat & Raisin Bar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini kudapan untuk anak anak  semasa cuti sekolah Disember yang lalu.  Boleh dikatakan hari hari saya sediakan sesuatu buat anak anak sepanjang cuti tersebut.  Maklumlah Disember yang lalu cuaca asyik mendung sahaja, jadi anak anak sering mengadu perut berkeroncong minta diisi, jadi nak tak nak kenalah buat sesuatu.
  In sha Allah saya akan paparkan beberapa lagi hidangan yang telah saya sediakan di sini satu persatu walaupun ianya merupakan n3 yang dah lama




Kudapan ini sungguh enak dimakan.  Ranggup dan penuh rasa coklat.  Saya buat mengikut anggaran sendiri sahaja dan bahan bahan mengikut apa yang terdapat di dapur saya.  Jom kita tengok bahan bahannya.

CHOCOLATE,  OAT & RAISIN BAR
Bahan bahannya
150gm oat
150gm nestum
1/2 cawan kismis hitam (cincang kasar)
350gm coklat masakan
(boleh jg ditambahkan kekacang yg telah disangai dan dicincang kasar jika suka)


Cara caranya
Masukkan oat ke dalam kuali dan sangai sebentar.
Campurkan bersama nestum dan gaul rata.
Masukkan juga kismis hitam dan gaul rata.  Ketepikan sebentar.
Cairkan coklat masakan secara double boil.
Perlahan lahan tuangkan ke dalam campuran oat, nestum dan kismis hitam tadi.
Gaul kesemuanya hingga sebati.


Alaskan bekas/loyang dgn plastik.
Tuang adunan tadi ke dalamnya dan ratakan.
Gunakan belakang sudu untuk menekan dan meratakan adunan biar padat.  
Ambil pisau tajam dan potong mengikut saiz kesukaan.  Jangan keluarkan dari loyang lagi.


Masukkan ke dalam petisejuk dan biarkan adunan tadi mengeras lebih kurang 20 hingga 30 minit.
Keluarkan dari peti sejuk.  Patah patahkan mengikut potongan tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Jika tidak dimakan segera, boleh juga disimpan di dalam bekas kedap udara.


Ranggup dan penuh rasa coklat !





No comments:

Post a Comment