Tuesday, December 16, 2014

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Dah makan ke belum? Menu apa untuk minum petang hari ini? Sebenarnya nak cerita juadah petang saya sekeluarga semalam ialah pisang goreng cheese. Merata rata nampaknya yg telah mencuba snek enak ini, saya sahaja yg agak ketinggalan. Dekat taman perumahan saya sahaja ada beberapa stall yang didirikan khusus untuk menjual pisang goreng ini.  Ada juga anak saya belikan untuk saya sekali. Tapi saya kurang gemarkan rasanya yang  sepertinya kekurangan sesuatu.  Mungkin juga kerana jenis pisang yang digunakan.


Haaa, yang di atas ni, in sha Allah sedap. Maunya tak sedap, serba serbi kita letak. Pisang pula saya gunakan pisang tanduk pemberian jiran. Memang sedap sangatla jadinya.   Kombinasi rasa pisang tanduk yang masam manis, keju parut yang lemak masin, susu pekat yang berkrim dan taburan coklat urai, siapakah yg dapat menafikan keenakkannya.











Resepi Pisang Goreng Rangup

Bahan-bahan 
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sb Marjerin cair
Sedikit garam dan gula

Cara-cara
Di dlm bekas,satukan tepung bersama garam dan gula.  Tuangkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Tambah marjerin dan gaul rata
Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan pisang didalam adunan tepung dan goreng hingga keperangan.  Toskan minyaknya.


Pisang Goreng Cheese

Susu pekat manis 
Keju Cheddar
Coklat urai

Susun pisang goreng dalam pinggan. 
Juraikan dengan susu pekat, parutkan keju cheddar dan taburkan coklat urai secukupnya.
Siap!!!



2 comments:

  1. Parut lagi banyak chez pasti rasa lebih heaven..hee :)

    ReplyDelete
  2. Rasa nak jer capai 2-3ketul.. lama dah tak makan ni :)

    ReplyDelete