Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ini merupakan kali ketiga saya memasak kari ayam yang sangat sedap ini. Sewaktu terpandang resepi ini di laman web myresepi, hati sudah terpikat pada namanya yang agak unik. Bila diteliti pula pada bahan bahannya, tampak macam ada suatu kelainan, harus dicuba untuk mengetahui rasanya.
Alhamdulillah, memang sedap sangat kejadiannya. Sekali makan, anak anak dah kata. Mama, macam kari ayam nasi kandaqla, sedap!
. Untuk kari ayam, kita selalunya menggunakan rempah kari ayam. Berlainan pula dengan resepi ini kerana ianya menggunakan rempah kari ikan untuk memasak kari ayam serta jintan putih.
Di bawah ini saya perpanjangkan resepinya kepada yang ingin mencuba, juga untuk rujukan saya di masa mendatang.
KARI AYAM CETI
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1/2 ekor ayam – dipotong kecil
6 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 sudu besar cili kisar
satu biji bawang besar dihiris kasar
1 1/2 sudu kecil jintan halus
2 sudu besar rempah kari IKAN
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Segenggam daun ketumbar / daun kari 3 tangkai
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara-cara
Lumur ayam dengan garam dan sedikit kunyit,
Goreng sampai masak tapi jangan sampai garing.
Kisar @ tumbuk bahan bahan bertanda * -tumbuk lagi sedap.
Tumis jintan serta bahan yang telah ditumbuk sampai perang
Masukkan cili kisar, rempah kari ikan dan bawang besar sehingga naik minyak
Masukkan daun ketumbar/daun kari, sos tomato dan kicap manis. Kacau rata
Masukkan ayam goreng, gaul rata dan rasakan garamnya
sedapnya ayam tu..lapar la..
ReplyDelete