Sunday, September 23, 2012

Langkah demi langkah cara membuat ketupat palas/ketupat pulut



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Apa khabar semua/??  Harap semuanya sihat sihat  ya.  Aidil Fitri telahpun berlalu, aidil adha bakal menjelang. Dah lepas raya, baru keluar gambar ketupat, hehehe, apa nak buat, virus M telah melanda. Jadi, seminggu sekali baru update n3. Untuk n3 kali ini, saya nak kongsikan cara cara menghasilkan ketupat palas/ketupat pulut. Saya yakin ramai yang suka makan ketupat palas tetapi tak ramai pula yang tahu cara membalutnya. 

Gambar gambar ini saya ambil pada hari raya yang lepas. Tergerak rasa hati ingin mengongsikan cara2 membuat ketupat ini bila ada yang bertanya. Sebelah tangan membalut ketupat, kemudian berhenti sebentar sambil sebelah lagi tangan snap gambar, hehehe, berminyak minyak jadinya. Ada berbagai cara membalut ketupat,  lain orang lain caranya bukan, tapi yang pasti hasilnya tetap sama.    Pada yang dah tahu cara cara membuatnya, betulkan saya jika tersilap ya. Dan pada yang bertanya dan ingin mencuba, mungkin sedikit sebanyak panduan di bawah ini dapat membantu anda. Untuk resepi dari dapur saya, di bawah ini saya catatkan bahan bahannya. 

KETUPAT PALAS 

Bahan bahan 
1 kilo beras pulut (4 cawan) (revised : rendam pulut lebih kurang 2jam)
2 1/2 cawan santan pekat (pati santan) 
2 cawan santan cair
1 cb gula 
1 cb garam daun palas secukupnya

Cara-cara 
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan. 
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan. 
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula. 
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk. 
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya. 
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam. 
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
1. Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. Masak bersama santan sehingga 1/2 masak dan pulut tidak lagi melekat di dinding periuk.
2. Beginilah rupa pulut yang telah dimasak. Pulut akan mengeluarkan minyak dengan sendirinya. Nampak tak minyak yg terhasil di bawahnya, ceduk dan buangkan minyak tersebut. Biarkan pulut sejuk.
3. Kemudian, lihat pulat cara membuka dan membalut ketupat. Ambil satu batang daun palas. Gunting sedikit hujung sebelah atasnya agar sama. Kemudian buka dan simpulkan seperti ini. Boleh juga dibuka banyak banyak dan simpulkan sekaligus. Daun palas boleh dibuka awal/sehari sebelumnya bagi memudahkan proses membalut ketupat nanti. Pilihlah daun yang panjang dan sederhana lebar bagi memudahkan proses membalut ketupat.
4. Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan belakang daun sehingga semua habuk2 halus tanggal dan bersih.


5. Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong seperti ini. Lebih kurang macam kelongsong isi kacang putih yang ane india dok jual kat tepi jalan tu.... Biarkan ekor daun palas terjuntai.



6. Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit dengan jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ianya akan menyukarkan anda untuk membalutnya nanti. Seelok eloknya biar sama paras dengan sisi daun.
7. Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut
8. Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul betul ketat balutannya.
9. Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas seperti ini.
10. Kemudian lipat lagi sekali seperti ini.
11. Alihkan kedudukan ketupat biar muncungnya menghala ke atas seperti ini.
12. Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan. Hati hati agar balutan tidak terbuka.
13. Kemaskan/ketatkan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak. Agak agakla ya.
14. Kemudian simpulkan ekornya seperti ini bagi mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.
15. Taraaaaa..... keetupat palas telahpun siap dibalut. Mudah bukan.
16. OOppppssss tak habis lagi ni.....Guntingkan sedikit tangkainya biar pendek supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam periuk.
17. Lepas tuuu, apa lagi, rebus/kukus lerrrr..... Rebus/kukus selama lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam hingga masak. Bila dah masak, buangkan air rebusan/kukusan dan biarkan ketupat sejuk lebih kurang 4 jam sebelum dipotong bagi mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan. 


Nota : Ketupat yang betul2 elok/menjadi, akan tahan 2 hari pada suhu bilik. Ketupat yang telah siap dibalut boleh juga dimasukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan disimpan di bahagian sejukbeku dan direbus/dikukus bila perlu.



Ketupat yang telah siap direbus. SELAMAT MENCUBA....




18 comments:

  1. bagusnye ade cara2..thanks share...fevret ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. akak tak pernah buat sendiri
    tau makan jer

    ReplyDelete
  3. salam kak watie.. kalo bukan musim raya wani pergi cari kat pasar ler kalo craving ketupat neh.. pandai kak watie anyam ketupat.. wani neh reti makan jer ..^^

    ReplyDelete
  4. Aslmkum k.Wattie.ketupat palas....kegemaran sy..antara juadah raya yg dicari tp dah 2 x raya tak dpt merasa. bagus k.Wattie tunjuk cara balut ketupat..

    ReplyDelete
  5. kak wattie cheq tak gheti balut guna daun palaih ,cheq guna daun buluh kak hat cina guna buat bakchang tu ,sedappppnya ketupat puluitkan kak

    ReplyDelete
  6. Wah...sedap ni...makan ngan rendang daging tok...tq share cara membuat ketupat..cantik anyaman ketupat tu..

    ReplyDelete
  7. seru juga nih artikel cara membuat ketupat-nya.. saya jadi ingin mencoba membuatnyat.. makasih yaa..

    ReplyDelete
  8. Dah lama teringin nak blajar. Tq dgn perkongsian ilmunya... :)

    ReplyDelete
  9. paling suka ketupat ni time raya ataupun x raya. terima kasih atas tutorial yg hebat. x sabar nak buat.

    ReplyDelete
  10. ooo..kalau ketupat palas trganu lain ckit cara bungkusnya tu...

    ReplyDelete
  11. sy suka makan ketupat palas goreng....yummm

    ReplyDelete
  12. Saya mmg suka mkn ketupat daun palas ini

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdullillah ada juga cara2 membuatnya. Besar pahala . Allah sahaja yg dapat membalasnya. Saya ingin buat untuk suami tercinta. Tq

    ReplyDelete
  14. Jazakallah...T kasih kongsi ilmu.

    ReplyDelete