Ok lah, kita beralih pula pada kegemaran kebanyakkan rakan fp, memasak, membaking dan mendeko . Minggu lepas adala seorang rakan hubby,menempah kek dari saya. Alhamdullilah terlepas jugak gian saya nak mendeko. Kek ni dah ditempah seawal dua tiga minggu sebelum tu sempena majlis pertunangan mereka. Chocolate Moist Cake dan Butter Cake. Sepatutnya kek diambil pada hari Ahad, tetiba hubby call dari office kata dia nak ambil pagi sabtu pulak. Alahai kenapala saya selalu berdepan dengan perkara-perkara yang last minute macam gini. Perkara adhoc macam gini selalunya buat saya tension. Saya suka membuat perancangan yang awal supaya tak kelam kabut, tp apa nak buat, sabar aja la, mungkin ini salah satu dari cabang-cabang ujian yang terpaksa dilalui oleh kebanyakkan mereka yang berkecimpung dlm bidang ni. Deko kali ni pun rose juga, kali ni ngan buttercream pulak, saja nak mahirkan tangan lagi. Harap-harap mereka suka. Terima kasih bebanyak la En Shaiful Dan Cik Amy kerana sudi menempah daripada saya, sebarang kekurangan harap dimaafkan.
