Sunday, November 11, 2012

Kek Dalam Balang/Botol Red Velvet sempena pertunangan Aini


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Kek Baldu Merah dalam balang/botol tempahan Aini, Guar Perahu, Seberang Perai sempena majlis pertunangannya pada hari Sabtu 3hb Nov 2012 yang lepas









Selamat Bertunang Aini, semuga kalian berdua bahagia hingga ke hujung nyawa.


Akhirnya terjumpa juga balang yang kita cari cari ini, alhamdulillah....



Mai kita tengok dekat sikit, zooooooommmmmmm





Macam biasalah, Aini order 10 balang aja, tapi gambar yang melebih lebih.  Tak dapat nak buang tabiat kita yang suka snap dan tengok gambar banyak banyak.




Harap Aini menyukainya.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan

Untuk sebarang tempahan sila lawati  :  dewattiesdelight.blogspot.com

Friday, November 9, 2012

Pasta Spirale Dengan Sos Casonara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, 

 Menu omputeh pulak ya. Resepi dari Majalah Mingguan Wanita tahun 2007.

 PASTA SPIRALE DENGAN SOS CASONARA 

 Bahan bahannya 
200gm pasta spirale 
60 gm cili benggala merah 
60 gm cili benggala hijau 
70 gm turkey ham (saya ganti daging ayam) 
1 sb bawang merah - didadukan 
1 st bawang putih - dicincang 
100ml krim 
1 st putih telur 
1 st keju parmesan 
1 helai daun bay 
garam secukup rasa 
minyak jagung secukupnya 
ladaputih secukup rasa



Cara Membuatnya 

1. Rebus pasta sehingga lembut. Angkat dan tos. 
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah sehingga kekuningan dan kemudian masukkan turkey ham, lada benggala merah, dan hijau dan gaulkan sebati. 
3. Masukkan krim dan pasta, kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan putih telur, keju parmesan, garam dan lada putih secukup rasa. Dan biarkan sehingga pasta berkenaan melekit. 
4. Siap untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba.