Pages

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubharak


Salam buat semua,
Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubharak kepada semua rakan rakan blogger yang beragama islam di mana saja anda berada. Semuga kita dapat melipatgandakan pahala dengan beramal di bulan yang mulia ini, insyaAllah. Kad ucapan ini saya titipkan istimewa buat anda semua.

Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak sempat membuat kunjungan balas rakan rakan semua disebabkan lappy yang mengalami sedikit gangguan selepas beberapa hari berada di kedudukan "safemode" sekaligus meminimakan akses saya. Alhamdulillah, setelah hampir seminggu dihantar untuk dibaikpulih, lappy ini kembali beroperasi seperti sediakala, kalau tak boleh meroyan saya dibuatnya. Mujur juga ada 3 n3 yang telah saya masukkan terlebih awal. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada rakan IT hubby yang sudi meluangkan sedikit masa beliau untuk menjenguk masalah yang dihadapi oleh lappy buruk saya ini. InsyaAllah, selepas ini saya akan membuat kunjungan balas.


Tuesday, July 26, 2011

Ayam Phat Phet

Salam semua,



Resepi dari Widad MYR. Terimakasih ya.

Ayam Phat Phet
Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara
1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...


Sunday, July 24, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Salam semua,
Nasi ayam lagiiiiiii. Jom layan...


Resepi ni dah lama cp dari rumah KZai. Resepi asal dari Quinnie MYR. Terimakasih semuanya ya.


NASI AYAM IPOH
Bahan-bahan ( sekeluarga )

*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN HIASAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Friday, July 22, 2011

Sambal Udang Tahi Minyak

Salam semua,
Satu lagi resepi udang yang mesti dicuba.


Untuk resepi asal boleh lihat kat SINI

Sambal_udang_tahi_minyak
kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 0rang )

500 g udang hidup - bersihkan
santan pekat drpd 1/2 biji kelapa - utk tahi minyak
1 mangkuk lauk cili kering kisar
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
sedikit kunyit hidup*
1 batang serai - dititik
minyak masak - untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
Untuk tahi minyak,santan pekat dimasak dlm kuali hingga menjadi pekat dan mengeluarkan minyak dan menjadi kechoklatan dan asingkan tahi minyak dari minyaknya.
Dalam kuali yang sama,tambah sedikit minyak masak,panaskan dan tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan hirisan bawang besar dan kacau rata.Masukkan tahi minyak dan kacau hingga sebati dan udang masak.
**Jika suka, dalam sambal udang boleh juga di tambah petai.

Thursday, July 21, 2011

Sotong Lada Hitam

Salam semua,

Satu lagi resepi derhaka yang sedap sehingga menjilat jari. Kalau teringin mencuba, klik kat SINI ya. Cuma gantikan ayam ngan sotong, jadila dia.


SINI

Tuesday, July 19, 2011

Stylish Blogger Award


Salam dan selamat tengahari semua,
Nampaknya gayanya demam award ni tak kebah kebah lagi. Baru aja beberapa hari lepas buat karangan panjang berjela, ala ala cerpen la pulak heheheh....syahdu syahdan kita dibuatnya tau. Tetiba hari ni Nuwairani lak bagi award kat ataih tu, memula tu huwaaaaa......ingatkan ada tugasan. Fuhhh.....lega rasa hati bila tengok kali ni tak payah buat assignment, cuma perlu berikan pula kepada 8 blogger yang lain pula. Jadi kita pun laju aja nak gantung award ni, maklumla dapat award, mestilah bangga kan, award stylish blogger lak tu kik kik kik, kat manala yang stylish tu ya....orangnya ka, blognya ka, hahaha perasa'angla pulak. Anyway, terimakasih bebanyak diucapkan buat Nuwairani kerana sudi bagi award ni kat akak.

Lagi satu lak...., bila mai tang nak tag orang lain, kita pun tinjau2la rumah orang lain plak, laaaa ramai dah dapat award ni, habih tu kita nak tag sapa??? Walaubagaimanapun kejadiannya, saya teringin sangat nak bagi stylish blogger award ni kat mereka2 yang vogue dan hebat2 kat bawah ni.

Dan pemenang pemenangnya adalah........jeng, jeng, jeng. Jangan lupa bawa kertas ucapannya sekali ya....

Nieza @ Nurniezza
Ayu @ Curlybabesatisfaction
Mamasya @ Dapur Mamasya
Nuridah @ Fiqah99
Kasihredha @ Kasihredha
Amie @ Salamisimon
Azatie @ Azatiesayang
Quinnie @ Qasehququinnie
Chik Mimi @ Qasehmu Abadi

Harap harap sudikanlah diri menggantungkannya kat rumah kalian pula ya. Kalau dah dapat pun tak pa, gantung banyak2, lagi cantik kan, dan itu tandanya anda sememangnya STYLISH dan HEBATTTTT......


Monday, July 18, 2011

Ayam Ros Pandan

Salam dan selamat tengahari semua,
Sebagaimana yang dijanjikan semalam, maka hari ni saya tayangkan menu yang digandingkan bersama Nasi Minyak Hujan Panas yang saya buat tempohari.


Sebenarnya dan 2 kali buat ayam ni. Kali ni letak bawang goreng hasil gorengan sendiri, lebih harum, lebih rangup dan paling penting lebih sedap rasanya. Selalunya bila beli bawang goreng readymade kat kedai, terkadang tu ada yg dah lembik, ada juga yg dah lama, pernah juga terkena yang keras semacam, mungkin disebabkan campuran bendasing lain yg dimasukkan sekali. Jadi, bila dah buat sendiri ni, terjamin mutunya dan dijamin selamat.

Resepi ni saya cp dari rumah Nur. Terimakasih semuanya ya.

Ayam Ros Pandan
Resepi Asal : CMG - Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Nor - Secubit Garam

Bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Ayam-Ros-Pandan

Bahan Kisar Halus :

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah - Nur gunakan cili kering kisar
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Ayam Ros Pandan

Cara Membuatnya :
Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Ayam ni memang saya jamin sungguh sedap, kalau tak percaya cuba buat sendiri dan rasai keenakkannya.

Sunday, July 17, 2011

Nasi Minyak Hujan Panas


Salam dan selamat sejahtera semua,
Dua, tiga hari ni panas terik sangat, ditambah pula dengan cuaca yang berjerebu. Kering sangat tekak ni dibuatnya, kepala pun berdenyut denyut, badan tak berapa sihatla pulak jadinya. Hubby dan anak yang kecil pun ikut tak sihat. Kesian pulak kita melihatnya. Tapi bila mai tang bab main, elok la pulak, asyik nak ke taman permainan aja, tp bila tiba waktu malam, jadi balik. Saya ni kalau anak kecil ni jadi cam ni selalu fobia, mesti dada ni berdebar debar sebab masa kecil dulu dia pernah masuk wad beberapa kali sebab febrile fits (sawan demam). Kata doktor penyakit ni mungkin boleh datang lagi hingga usianya 6 tahun. Saya takut sangat bila jadi cam tu, macam macam bermain di kepala ni. Kalau nak diceritakan pengalaman menghadapi saat anak kecemasan macam tu, memang menakutkan dan menyerikkan.

Anak saya pernah fits masa saya memandu dari taska pulang ke rumah. Bayangkan bagaimana bila tiba tiba mata anak tetiba jadi meliar, mulut kumat kamit dan tetiba ada cecair yg keluar dari mulutnya, dan tiba tiba juga, dia tak sedarkan diri. Saya sangat2 panik dibuatnya. Terus berhenti kereta dan telefon hubby, menjerit kat hubby di dalam telefon minta pertolongan sbb saya tak tau nak buat apa dan tak pernah pun ada pengalaman yang sebegitu sebelumnya. Lepas tu saya memandu juga hingga ke rumah. Sejurus selepas itu, kawan hubby beserta isteri dtg ke rumah, mungkin hubby minta pertolongan mereka utk tengokkan sebentar. Lagipun mereka ada pengalaman menghadapi situasi sebegitu dgn anak mereka. Katanya miringkan anak ke sebelah kanan dan mandikan dia. Dengan beruniform lagi sy terus ke bilik air, isteri kawan hubby tolong jiruskan air ke badan anak, masa ni tak kira dah baju nak basah lencun ke tak. Selepas itu baru kelihatan anak tersedar dan menangis, syukur alhamdulillah, pada waktu itu Tuhan saja yg tahu perasaan saya, saya menyangka anak saya sudah tiada lagi di dunia ini. Opppsss....dah terkeluar tajuk dah ni nampaknya, sudahla sikit ya mengenai pengalaman tu, kang jadi cerpen pulak. Kalau nak diikutkan byk sgt yg nak diceritakan.

Apa apapun kepada yang ada anak anak kecil, berikanlah perhatian yg sewajarnya terhadap kesihatan anak anak. Sekiranya anak anak demam, jangan sambil lewa saja, ambillah langkah mengawal demam anak seberapa yg boleh. Fit boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak secara mendadak dan ia kerap berlaku pada kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun.

Oklah, jom kita tengok apa projek saya beberapa hari lepas. Nasi yang sempoi sangat ni saya gandingkan dengan lauk ayam. Tapi, untuk hari ni jom kita tengok tayangan perdana nasinya dulu ya.


NASI MINYAK HUJAN PANAS
Makyong@myresipi.com - terima kasih ya.

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati - (sy guna beras biasa aja)
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara

Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka


Kalau nak tengok lauk yang saya gandingkan dengan nasi kaler maler ni, esok singgah lagi sekali ya, pasti tidak akan mengecewakan.

Wednesday, July 13, 2011

Karipap Pusing Rangup / Spiral Curry Puff


Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ni? Harap semua diberikan Allah kesihatan yang baik ya. Nampak serius aja tu dok mengadap pc, senyum la sikit, kan ker senyum tu satu sedekah, murah rezeki tau.... Terdengar dengar lagu Senyum yang kian kerap diputarkan di stesen stesen TV. Senyum....tak perlu kata apa apa, senyum..... Kalau saya senyum, awak pun mesti senyum sekali, sama sama kita senyum, dunia tiada penyakit.. Haaaa...kan ke manis bila dipandang cam tu.

Alahai, melalut pulak ni. Jangan buang masa, jom kita tengok apa projek yang saya buat semalam.



Taraaaa..... karipap pusing keluaran WHM. Hari ni saya mengaripap la pulak. Rakan rakan blog yang lain banyak yang meroti, jadi bila tukar channel ke WHM, tak ler jemu sangatkan sebab kat sini saya mengaripap. Mai tengok hasil karipap saya. Kejadian karipap saya tak berapa elok sebab saya tak pandai mengelim, selalu buat pakai acuan plastik aja. Teringat dulu dulu pernah buat, bila dicanai tak jadi pulak jalur gemilangnya, semuanya bercampur sekali, jadila karipap biasa aja padahal kita nak buat karipap pusing. Alhamdulillah, kali ni agak menjadi.

Sebenarnya buat karipap ni sebagai memenuhi tuntutan anak kecil saya Zaheen. Beberapa hari yang lepas, kat tadika ada celebrate birthday party rakan sekelas dan ada karipap yang disajikan. Wahh.....apalagi, Zaheen suka sangat makan karipap. Bila balik, masuk aja dalam kereta terus dia bercerita panjang pasal party tu dan juadah yang disajikan. Spontan juga dia berkata nanti mama buat karipap ya. Sebab kerap sangat si kecil tu mengingatkan, maka saya pun uli la karipap ni.


Resepinya boleh juga dilihat di SINI. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada empunya resepi.

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.


Tekstur karipap ni sangat gebu, rangup dan rapuh, thumbs up gak!!! jangan jealous hehehe.. Untuk intinya saya guna ubi kentang, rasanya sedap sangat.

Tuesday, July 12, 2011

Award dan Tags


Salam dan selamat petang semua,
Nampaknya demam award dan tag mentag dah melanda blog balik. Sebenarnya dua hari lepas dah ternampak kat chat box, Amie suruh bawak bakul angkut hadiah istimewa daripadanya....hmmmm dah sah sah la ni seperti yang bermain di kotak ingatanku, buat buat tak nampak sat hehehe, jangan mare. Alih alih semalam ternampak pulak Ayuyg vogue dr S'pore nun dan Yana yang cute dekat Kepala Batas dok lambai lambai suruh amik award yang sama. Hari ni pula, nampak Nieza yang glamer dok nun di Finland pos mai award tu jugak. Huwaaaa.....mana gua mau lari......terpaksala buat juga assignment yang dah diberikan.

Sebenarnya, saya ni tak la pandai sangat mengarang cerita dan berbahasa indah, sebab tu bila dapat tag cam ni, rasa cam ragu ragu aja bila nak menulis. Walaubagaimanapun, saya cuba buat yang sebaiknya buat tatapan teman teman bloggers semua. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada semua yang masih sudi meletakkan diri saya di dalam ruang ingatan kalian semua. Semuga dengan adanya award dan tag mentag sebegini dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim kita sesama insan.

Award ni didatangkan khas bersama tag2nya sekali, jadi sebelum gantung award tu, kenalah buat tugasan kat bawah ni dulu. Jom kita tengok apa tugasannya...

7 PERKARA YANG ORANG BELUM TAHU TENTANG DIRI SAYA :

1. Saya dilahirkan dalam bulan April tahun 1966 di sebuah kampung kecil bernama Kampung Jawa, Butterworth, Pulau Pinang. Saya anak ke 7 dari 8 orang adik beradik, 4 lelaki dan 4 perempuan. Rasanya ramai yang masih menyangka saya ini muda belia, hehehe, dah nak separuh abad dah sebenarnya saya ni. Kepada sesiapa yang saya terpanggil kakak atau yang sewaktu dengannya padahal mereka tu adik, minta maaflah ya, kesilapan tak disengajakan, sila betulkan saya.

2. Saya mendapat pendidikkan awal dari Sek Ren Convent, Jln Sg Nyior, Butterworth. Kemudian menyambung ke peringkat menengah di Sek Men Convent, Jln Chain Ferry, Butterworth. Selepas gagal menyambung penggajian di ITM, hanya sempat hadiri sesi temuduga untuk Dip in Accountancy, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan V1 di Sek Men St Mark, Butterworth. Tetapi disebabkan dahulu saya bersekolah di sekolah yang "fully girls school", saya menjadi seperti tidak dapat menyesuaikan diri bila ditempatkan disekolah yang bercampur lelaki dan prempuan. Mujur juga, bila kahwin tak jadi cam tu, heheheh. Akhirnya, saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti sekolah. Walaupun ayah memujuk dan mengadakan perjumpaan dengan pengetua, namun saya tetap dengan keputusan saya. Akhirnya, ayah akur dengan keputusan tersebut. Mungkin juga ayah faham situasi saya ketika itu. Kakak dan abang agak marah dengan keputusan saya. Maka, berakhirlah episod alam persekolahan saya setakat itu sahaja. Saya tidak lagi memohon ke mana mana institusi penggajian tinggi utk melanjutkan penggajian, sebaliknya saya memulakan karier saya dari situ. Kalau orang lain boleh berbangga dengan diploma, degree, master dan sebagainya, saya terpaksa mengaku bahawa pencapaian saya hanya setakat itu. Itulah realiti kehidupan saya, malu jugak rasanya nak menceritakan mengenai pelajaran saya yang terbengkalai di tengah jalan. Namun, bila difikirkan kembali, apalah yang nak dimalukan, itulah saya dan saya mahu dikenali dengan cerita sebenar peribadi saya. Dan ini adalah cerita yang lahir dari hati kecil saya.

3. Saya dari sebuah keluarga yang agak miskin. Hidup menumpang di sebelah rumah ibu saudara. Seingat saya, rumah saya sekeluarga dulu hanyalah sebuah rumah papan kecil menepek bersebelahan rumah ibu saudara. Rumah kami tiada bilik, bayangkan kami 8 beradik tinggal di sebuah rumah yang sangat kecil. Dapur pulak dapur kayu, setiap hari ibu akan menghembus api untuk memasak, walaupun begitu, berbagai juadah lauk pauk dan kueh mueh dapat ibu sajikan untuk kami sekeluarga. Mandi dan mencuci pula menggunakan air telaga. Untuk air minuman pula, kami terpaksa mengangkut air dari pasar awam yang berhampiran dengan berbekalkan 2, 3 buah timba. Ada satu ketika tu, ayah buatkan kereta sorong kecil dari kayu2 terpakai bagi memudahkan kami mengangkut air. Seingat saya, sayalah anak yang paling rajin menemani ibu mengangkut air, terkadang tu terserempak dengan orang sedang mandi manda di sana, jadi terpaksalah menunggu giliran. Sambil sambil tu saya akan mengutip dan memilih sayur2an terbuang yg masih elok ditinggalkan oleh peniaga pasar untuk dibawa pulang dan diberikan kepada itik di reban sbb waktu tu ibu rajin membela itik dan telurnya ibu jualkan kepada orang di pasar awam tersebut.

4. Walaupun terpaksa melalui kehidupan yang agak sukar ketika itu namun pengalaman waktu kecil saya amat menyeronokkan. Rumah saya dikelilingi deretan rumah sewa jiran jiran dari berbagai bangsa seperti Cina, India, Sikh dan Kristian. Rumah kayu kami letaknya di tengah tengah. Jiran melayu saya agak jauh sedikit tempat tinggalnya. Semua jiran sangat baik terhadap kami sekeluarga, mungkin juga disebabkan sikap ibu yang agak peramah dan begitu baik dengan jiran jiran tetangga tanpa mengira kaum. Yang paling seronok ialah bila tiba musim perayaan, saya selalu dijemput ke rumah mereka bagi sama sama meraikan perayaan memasing. Iyalah waktu tu kecil lagi, tiada apa yang ada di dalam ingatan hanyalah keseronokan. Saya akan pergi bersama adik beradik yg lain dan mereka akan melayan kami dengan begitu mesra sekali dan alhamdulillah jiran2 juga tahu makanan apa yang boleh kami makan dan sebaliknya. Kalau kami tidak pergi, berbagai bagai juadah akan dihantar ke rumah dengan banyaknya, pakai talam dan bakul segala lagi...mungkin juga disebabkan famili saya yang agak besar, jadi kuantitinya pun besar juga. Kawan2 zaman kanak kanak saya byk yg berbangsa India dan Cina. Sebab itulah sehingga kini saya masih lagi dipengaruhi oleh makanan2 India dan Cina selain masakan Melayu sendiri. Jangan tak tahu, sehingga kini saya masih suka makan makanan seperti capati dhal, tosai massala, puri sayuran, kuih bakul, olundai dsbnya. Bila ayah bersara, kami sekeluarga berpindah ke kampung di sebelah ibu dimana ayah mendirikan sebuah rumah disana. Kehidupan di sana sangat jauh berbeza kerana di sini saya dikelilingi dengan saudara mara dan jiran tetangga yang 100% melayu. Maka, disinilah bermulanya episod baru kehidupan saya sehinggalah saya mendirikan rumahtangga.

5. Saya berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan 5 orang cahayamata, semuanya lelaki....huhuhu... Yang menjadikan anak saya ramai adalah kerana saya masih menantikan kehadiran seorang anak perempuan sehinggalah sekarang, namun belum dimakbulkan olehNYA, alhamdulillah saya redha dengan kehendakNYA, mungkin ada hikmah disebaliknya. Tahun lepas dalam bulan Ogos 2010 saya keguguran selepas 2 bulan mengandung anak ke 6. Mungkin selepas ini, saya akan bersara dari mengandung memandangkan banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Hubby pun seolah olah terasa malu dengan jiran dan rakan2 bila saya mengandungkan anak yang terakhir Zaheen, iyalah orang dah bercucu kita masih nak beranak lagi....hehehe, maunya dia tak malu, kik,kik, kik. Anak sulung saya Asyraf telahpun berusia 20 tahun, kedua Ammar 18 tahun, ketiga Aiman 14 tahun, keempat AminFayyadh 11 tahun dan yang kecil, Zaheen 6 tahun. Kesemua anak saya, saya susukan sendiri selama 2 tahun lebih, walaupun di waktu itu saya masih bekerja. Saya terpaksa menghadapi berbagai2 kepayahan seperti bengkak susu, keletihan bertugas, terpaksa menguruskan kerjarumah selain melayan kerenah anak2 yang lain, tidak cukup tidur dsbnya kerana saya tiada pembantu. Mungkin disebabkan ini juga, berat badan saya selalu susut.

6. Saya memperolehi lesen memandu pada tahun 1997 tetapi mulai memandu sepenuhnya pada tahun 2000 bila berjaya memiliki kereta sendiri, kereta kecik aja. Pengalaman hari pertama memandu, seluruh tubuh saya seram sejuk jadinya, menggigil ketakutan, namun saya pandu juga, detik dihati kalau tidak dimulai takkan ada penyudahnya. Bila tiba di tempat bertugas dan selesai parking, tetiba saya terbau hangit yang kuat. Seluruh tubuh saya mengeletar lagi, ingatkan kereta terbakar. Puas saya meninjau kesana kesini mencari puncanya. Depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah habis saya belek, tapi nampak macam ok aja, tak da apa apa yang tak kena. Terus saya telefon hubby bertanyakan kenapa. Hubby pun suruh saya buat itu dan ini, terakhir hubby suruh saya tengok pada meter kalau kalau ada apa2 signal. Ternampak bulatan bertanda merah dan tanda seruan kat dalamnya. Hahhhhh, dah sah hand brake tak dilepaskan.....huwaaaaaa....saya memandu di jalanraya dari rumah sehingga ke tempat kerja tanpa melepaskan handbrake, patutlah slow aja jalannya, walaupun kita tekan minyak. Syukur alhamdulillah, tak ada apa2 yang berlaku di waktu itu, kalau tak, tak taula apa dah jadi kat saya. Oppsss...panjang pulak cerita ni kan...

7. Fuhhhhh...lega sikit dah nak habih dah ni. Saya adalah seorang yang sangat pendiam sedari kecil lagi. Sifat pendiam saya ini masih ada lagi sehingga kini, mungkin kurang sedikit selepas berkahwin. Disebabkan itu, saya tidak punyai ramai kawan. Saya hanya mempunyai seorang sahaja kawan rapat pada satu satu masa. Saya juga seorang yang agak sensitif dan kuat merajuk, macam Nieza juga. Tapi, selalunya merajuk saya sekejap saja, lepas tu saya yang akan memulai balik, sampai hubby pun dah tahu peel saya. Macam Ayu juga, saya pun suka pendamkan di dalam hati bila saya tidak suka pada sesuatu keadaan. Pernah sekali tu, masa tu saya kerja lagi, bila saya tension sangat dengan kerja, saya hantar email kat boss kata saya nak berhenti, lepas tu saya terus tinggalkan semua tugas dan cabut balik rumah. Masa tu pulak time nak bayar gaji (sy bertugas di bhg payroll) dan untuk pembayaran gaji hanya saya seorang yang tahu bagaimana prosesnya, jadi kita pun tarik hargala sikit. Kelam kelibut mereka dibuatnya. Berhari jugaklah saya tak ke tempat kerja. Staff semua pulak mogok sebab gaji lambat bayar. Jenuh boss saya kena berbincang dengan pihak union untuk meredakan suasana, kalau tak production down, output tak dicapai dan order tak dapat dipenuhi. Rugi besar tu....tapi yang hairannya, saya tak pernah rasa takut diatas apa yang saya lakukan, sedikit pun tidak. Mungkin saya tahu di mana kekuatan saya ketika itu dan tahu saya di pihak yang benar. Akhirnya, boss pujuk pujuk juga, hati orang perempuan ni ibarat kerak nasikan bila disirami air, lembut balikla jadinya. Last last, tak jadi berhenti jugak hehehe.....gempaq aja lebih.

Ni nak sambung sikit lagi. Tu dia, memula tak tau nak tulih apa, bila dah tulih payah pulak nak berhenti. Seperti yang anda semua tahu, kegemaran saya ialah memasak dan mencuba pelbagai resepi baru, jadi semestinyalah saya juga sangat suka makan. Tapi, alhamdulillah walaupun banyak makan, berat badan saya tidaklah begitu ketara. Mungkin itu satu kelebihan yang Tuhan berikan kepada saya. Saya makan bila terasa nak makan walaupun di tengah malam tetapi akan berhenti sebelum terasa kenyang. Suami dan anak anak juga begitu. Sebab itulah anda semua dapat lihat berbagai bagai resepi yang sering saya cuba supaya famili tidak jemu. Saya suka masakan yang pedas pedas, lagi pedas lagi bagus. Mungkin sebab tu kot saya ni agak panas baran. Saya tidak berapa suka makanan/minuman yang terlalu manis. Juga menggemari makanan yang berasaskan roti. Minuman saya sehari hari hanyalah air suam. Kewajipan saya setiap pagi dan sebelum tidur adalah meneguk segelas air suam. Kalau makan di luar selain air suam, kadang kadang saya suka minum karrot susu, teh o ais limau ataupun barli suam. Cukup dah kot nooooo......kang ada yang terlena depan pc lak....wakakaka.

Oklah, selesai sudah saya menunaikan tugasan yang diamanahkan. Sekarang tiba pula giliran saya untuk mewasiatkan amanah ini kepada mereka2 yang terpilih. Harap dapat kiranya diluangkan sedikit masa agar kita dapat mengenali rakan rakan maya ini dengan lebih mendalam. Jangan mare yer......

Anna Qawina
Kaz
Zaliedana
Iza Akma

Opsss....sorang lagi tak cukup....nanti kita tinjau lagi yer...

Sunday, July 10, 2011

Ayam Kashmir


Salam semua,
Ada sesiapa yang teringin tak bila tengok ayam kashmir saya yang kat atas tu? Kalau teringin, kenala turun ke dapur mulakan projek ayam ni. Ayam kat dapur saya dah selesai dah, periuk belanga pun dah siap telungkup kat dalam sinki.

Seperti komen blogger blogger lain, ayam ni memang sedap sesangat, lebih sedap kalau dibuat mencicah bersama sama roti.

Resepi yang dimulai dari rumah DJ ni, saya copy paste dari rumah Rabiatun. Yang paling awal mencuba, macam biasalah, adik Mas Duniaku, rajin sungguh Mas, tiap tiap hari ada saja yang disajikan, bertuahlah famili Mas. Terimakasih semuanya ya.

Ayam Kashmir

bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.




Thursday, July 7, 2011

Ikan Bakar Portugis


Salam dan selamat sejahtera semua,
Hari ni saya buat ikan bakar sekali lagi. Juga edisi ulangtayang. Resepi Chef Wan ni walaupun ringkas tetapi sedap sangat. Selalunya kalau saya buat ikan bakar, tak perlu masak lauk lain dah, satu ni pun dah cukup membangkitkan selera.

Saya balut ikan bakar ni menggunakan daun kunyit sebab daun pisang takder. Baunya pun lebih harum

Dua, tiga hari ni tak der apa cerita menarik yang nak dikongsikan, kecuali resepi ni ha.

Kalau ada yang rasa teringin nak makan ikan bakar, resepi ni amat molek untuk dicuba. Kalau nak resepinya cuba klik kat SINI. Terimakasih Chef Wan ya.

Wednesday, July 6, 2011

Sambal Tumis Telur

Salam dan selamat tengahari semua,
Terlambat pulak bersiaran hari ni. Sekali sekala lappy ni pun mogok jugak, nak load gambar pun bukan main susah lagi, sampai kita pun naik boring menunggunya.

Macam yang dapat anda semua lihat kat atas tu, hari ni saya masak sambal tumis telur. Resepi istimewa ni saya dapat dari internet sewaktu tercari cari resepi telur yang ingin dicuba.

Taraaaaa......cuba anda lihat hasilannya, terliur takkkk??? Tak terliur???, ish macam tak percaya pulak, tipula tu....heheheh..

Apa apa pun, nak cerita jugakla sikit kat sini. Al kisahnya, bila sambal tumis ni dah siap dimasak, sayalah orang pertama yang nak menjamahnya, terliur sungguh saya pabila menengok hasilan sambal tumis ni, tak sabar sabar nak makan. Seingat saya, dalam banyak banyak resepi yang pernah saya cuba, inilah resepi sambal tumis telur terhebat pernah saya buat, sungguh sedap, walaupun resepinya saya perolehi dari blog bukan melayu. Resepinya pun lain sikit sebab diletakkan tomato bersamanya.

Kepada yang ingin mencuba, di bawah ini saya perpanjangkan resepinya yang dijumpai kat SINI. Terimakasih diucapkan kepada tuanpunya resepi.

Sambal Tumis Telur (sambal eggs)

Ingredients:
6 - 7 shelled hard boiled eggs
1 medium-large onion
2 medium tomatoes, cut into quarters
5 tbsp sambal tumis**
1 tbsp tomato paste
salt (if required)
a little sugar

about 1/2 - 1 cup oil for frying eggs*

*You don't have to fry the eggs if you don't want to. Fried egg tastes better and will coat the sauce much better.

Method:
Wipe the eggs with paper towel to remove excess surface water. Water will make oil spit. Heat oil till hot fry eggs at medium high heat, turning and browning evenly. Egg surface will blister a bit and light golden brown. Don't fry too long or the egg white will become tough. if you don't want to fry the eggs leave this step out.

Tip the sambal into a clean wok or pan. There is enough oil in the sambal no need to add extra oil to cook onion. Add tomato paste and onion and fry at medium heat till onion is softened. Don't let sambal burn, if heat too hot turn heat down or add a touch of water.
Add eggs and stir to coat with sauce evenly and warming the eggs. Add some water if sauce is too thick.
Add tomato pieces cook till slightly softened.
Taste to see if you need some sugar and a touch of salt to season.

Serve sambal tumis telur with rice, soft bread or flat bread.

**If you don't have a jar of sambal tumis you can make the spice paste with:
about 5 dried large chillies, de-seeded and soaked then cut into small pieces
3 walnut size shallots, cut into small pieces
1 large clove of garlic
1 tsp shrimp paste
l - 2 tbsp of tamarind juice extracted from a very small lump of wet tamrind and few tbsp hot water

Blend or pound the above to a fine paste. Cook with 2 - 3 tbsp of cooking oil till oil turning red and paste is fragrant, then add some salt to taste.

Jangan malu malu ya, semua dijemput makan.....silakan.....



SINI

Sunday, July 3, 2011

Kari Ayam Mamak Style

Salam selembut sutera,
Menu ayam kembali lagiiiii.......Beberapa minggu yang lepas mencuba pula kari ayam mamak style ni. Apa apa masakan mamak mesti menjadi kegemaran famili.

Resepi ni saya ambil dari laman MyResepi sumbangan Iris Samara. Terima kasih Iris ya.

KARI AYAM MAMAK STYLE

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
bahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang
bahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandan
bahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya) dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. se
ubi kentang - ikut suka byk mana
3/4 santan atau susu cair
bahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
garam secukup rasa


Cara-cara
1. tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b) dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.

2. masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebih kurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.

3. masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.

4. tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.

5. bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e). masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jd kena ikut petua la ni.

6. bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuk last. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.

7. ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.

Pekena ngan nasi panas panas..... perghhh... mau bertambah dua tiga pinggan dibuatnya ni. Tapikannn, kalau taknak makan ngan nasi, cicah dengan roti jala pun best jugak......apa apapun resepi sedap ni mesti dicuba, gerenti thumbs up.....maveles gitu.....

Saturday, July 2, 2011

Apam Dot Dot

Salam semua,
Dah lama nampak apam ni ditayangkan. Minat nak mencuba pun dah lama berkobar kobar. Cuma baru kali ni berkesempatan untuk merealisasikannya.


Memula tu memang saya buat dot dot, tapi lama lama rasa cam lambat sangat nak habis. Jadi, saya pun hentam keromo ajala, design ikut gerak tangan ni asalkan cepat. Maka, terhasillah berbagai bagai versi apam yang asalnya adalah apam titik titik ni.

Saya buat dapat lebih kurang 35 ketul aja tapi besar besar sebab saya letak banyak kat dalam setiap mangkuk mangkuknya. Nampak tak??? menimbun aja naiknya.....


Tekstur apam ni memang halus, gebu dan lembut. Saya letakkan strawberry filing kat dalamnya. Sejujurnya, saya tak berapa suka makan apam yang macam ni. Anak anak pula ada yang suka ada yang tidak, hubby pulak langsung tak suka, huwaaaaaaa....... Begitulah kan, lain orang lain pulak citarasanyakan. Apa apapun saya sangat berpuashati dengan hasilan apam tersebut.

Oklah, jom kita tengok pulak resepinya yg saya cp dari rumah Kzai. Kzai pula tergoda nak mencubanya bila tengok hasilan dari rumah Hana. Resepi asal sumbangan LilydvalleyMyR. Terimakasih bebanyak semuanya ya.

APAM DOT DOT @ APAM BLOSSOM

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Friday, July 1, 2011

Happy Birthday Nur Deyana

Salam semua,
Hari ni takder n3 masak masak. Hanya nak tayangkan kek yang saya buat ahad lepas untuk staff adik saya, Nur Deyana namanya.

Happy Birthday diucapkan buat Nur Deyana, semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, amin....



Harap semuanya berpuashati dengan hasilan kek ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.