Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Sunday, July 10, 2011
Ayam Kashmir
Salam semua,
Ada sesiapa yang teringin tak bila tengok ayam kashmir saya yang kat atas tu? Kalau teringin, kenala turun ke dapur mulakan projek ayam ni. Ayam kat dapur saya dah selesai dah, periuk belanga pun dah siap telungkup kat dalam sinki.
Seperti komen blogger blogger lain, ayam ni memang sedap sesangat, lebih sedap kalau dibuat mencicah bersama sama roti.
Resepi yang dimulai dari rumah DJ ni, saya copy paste dari rumah Rabiatun. Yang paling awal mencuba, macam biasalah, adik Mas Duniaku, rajin sungguh Mas, tiap tiap hari ada saja yang disajikan, bertuahlah famili Mas. Terimakasih semuanya ya.
Ayam Kashmir
bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari
bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.
salam wattie,
ReplyDeletenampak sedap sungguh ayam tu. Cicah dengan roti mesti jilat jari..
bundo nak salin resepi ye..
akak datang sini nak makan...
ReplyDeletedah habis ke?
Assalam kak wattie,
ReplyDeletesedap nampak ayam akak ni..
kalau kak wattie, tak ada kerja tu..bila2 bolehlah buat tugasan yang kena ambik kat dapur kita tu ya..hehe thanks kak..
Assalam kak, sedapnya tgk ayam tu...terus rasa lapar perut ni la..hehe
ReplyDeletep/s:nanti akak singgah umah ambil award yer..
ermm..sedapnye kat wattie....ni yg rase nak joget2 bangra ni.. eheh
ReplyDeleteIbundo,
ReplyDeleteWsalam. Tkasih sudi singgah dapur saya ya. Salin jerla bundo, takder masalah, kita pun cilok gak hehehe
Kasihredha,
Kenapala lambat sangat datangnya, dah selesai dah ha
Ayu,
Wsalam. Waaaa...muka dah monyok dah ni Ayu..anyway tkasih bebanyak ya kerana masih teringatkan kat Kak Wattie
Nieza,
Wsalam. Waaaaa....Nieza pun nak bagi award gak ka....
Noorsha,
Uwekksss....joget bangra sambil cicah roti capati ngan ayam kashmir ni, perghhhh...