Pages

Tuesday, July 26, 2011

Ayam Phat Phet

Salam semua,



Resepi dari Widad MYR. Terimakasih ya.

Ayam Phat Phet
Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara
1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...


6 comments:

  1. bila ada letak serai...ada le iras2 rasa rendang kan :)

    ReplyDelete
  2. Wattie,
    bunyi resepi phat phet ni macam masakan ala-ala Thai kan... ada serai, daun limau purut...

    ReplyDelete
  3. Assalam kak, watie,
    baru tadi masak ayam juga..tak teringatkan recipe ni..sedapnya nampak tu kak...

    ReplyDelete
  4. Nampak simple ...ringkas...confirm sedap ni...:)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak watie ,, macam bunyi masakan siam je hehe tapi nampak sedap

    ReplyDelete