Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Sunday, March 28, 2010
Pancake
Pancake ni pula saya buat untuk sarapan pagi anak-anak. Ini adalah kali kedua saya membuatnya. Kali pertama, saya ikut betul-betul resepi dan cara-caranya. Tak banyak yang diperolehi daripada satu adunan lebihkurang 8-10 biji sahaja. Kali kedua saya bancuh lebih sedikit iaitu dua kali adunan dan banyak jugala yang saya dapat. Kali ni saya buat dengan cara saya yang tersendiri (ni cara orang malas dan nak cepat siap ). Saya campurkan kesemua adunan dan blendkan sekali, tak perlu mengacau lama-lama, adunan pun tak bergentel. Lepas tu saya gunakan acuan pembakar roti untuk membakarnya, sungguh mudah, alhamdullilah. Dan rupanya pun boleh tahan, lihatlah hasilnya kat bawah tu. Anak-anak saya semua menggemarinya kerana saya letakkan strawberry jem sekali, siap pesan suruh buat banyak sikit di lain kali.
PANCAKE
Bahan-bahan
115gm tepung gandum
1 st (5ml) soda bicarbonate
1 st (5ml) krim tartar
25gm butter
1 biji telur
150ml susu segar
1 sb gula
secubit garam
Cara-cara
1. Campurkan tepung, soda dan krim tartar.
2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti. Jangan digaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
3. Lubangkan tepung di tengah2nya. Gaulkan telur (dipukul dulu sikit) dan susu.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yang panas dan di lenser dengan sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih2 udara dan tunggu sehingga buih2 itu pecah baru diterbalikkan.
6. Hidangkan panas dengan sirap favourite anda spt maple syrup, honey, butter atau ice cream.
Homemade Pita Bread Pizza
Salam,
Dua, tiga hari lepas tengok rancangan 30 minutes chef bersama Chef Kamarul. Anak-anak dan hubby kalau ada apa-apa rancangan yang berupa masakan, cepat2 panggil saya, terkadang tu tengah mandi, tengah memasak, beria-ia suruh saya datang tengok, takut ketinggalan. Maklumla, nanti mereka jugak yang akan menjadi tetamu kehormat masakan yang akan disediakan, hehehehe . Tambah-tambah yang sikecil tu, siap menangis lagi klu saya tak tengok rancangan masakan yang diberitahunya. Jadi, terpaksala berhenti sekejap apa2 yang tengah dibuat bagi memberi laluan kepada rancangan masakan yang juga menjadi kegemaran saya.
Resepi hari tu ialah Pita Bread Pizza, Fish Goujouns dan One Thousand Island Sauce. Nampak mudah sungguh dia menyediakannya dan lagi hmmmm sungguh menyelerakan, kecur air liur saya bila melihat hidangan bila dah siap. Cepat2 saya menyalin resepinya. Semenjak dua menjak ni apa aja rancangan masakan kat tv, ada resepi yang tak disertakan, main masak sambil cakap gitu aja, selebihnya suruh kita lawati laman web mereka, tu yang maleh tu, terkadang berjam2 nak buka satu laman, silap2 haribulan tutup cam gitu jer . Resepi ni pun saya salin mana yg sempat aja, selebihnya, pandai2 la saya mengolahnya. Saya suka melihat Chef Kamarul beraksi dengan bualannya yang bersahaja sambil jari jemari begitu cekap menyediakan resepi, smart looking pulak tu
Ni la dia pita bread pizza yang saya sediakan, toppingnya saya letak sosej, cili merah, cili hijau, bawang dan cheese (pakai cheesedale yang dicincang jer, janji ada rasa cheese). Agak rangup sikit sebab saya terlebih bakar kot, dan lagi terlebih pedas la pulak sebab pita black pepper yang saya gunakan lepas tu pi tabur pulak dengan black pepper halus kat atas, berdesiu telinga dibuatnya, tapi licin jugak.
Next day, buat lagi sekali sebab pita bread yang dibeli masih ada lagi berbaki 2 keping dan dah nak expired . Kali ni buat topping yang sama cuma ditambah buah tomato dan sos sapuannya saya buat sendiri. Rasanya lebih sedap dan kurang pedas. Kesian anak2 tak sempat berulang makan pizza tu sebab dah licin, semua kata sedap. Takper la lain kali mama buat lagi yer.....
Kalau ada yang teringin nak mencuba resepi mudah sangat ni, boleh ler tengok kat bawah. Toppingnya ikut suka hati.............
PITA BREAD PIZZA
Chef Kamarul
Pita bread - saya guna black pepper pita
cili benggala - merah, hijau, kuning dipotong dadu - saya guna cili merah biasa aja
bawang besar - dipotong dadu
sosej - dihiris nipis / didadu (boleh juga ditukar dgn daging nipis/ayam direbus dan didadu
mozarella cheese
sos tomato
sos cili
minyak zaitun
serbuk lada sulah
Cara-cara
1. Lenser tin pembakar dengan sedikit olive oil dan letak pita bread di atasnya.
2. Sapu sos pada pita bread rata-rata.
3. Susun atur semua bahan2 di atas mengikut kreativiti masing2
4. Taburkan serbuk lada sulah dan mozarella cheese di atasnya.
5. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak.
Ini pula sos sapuan yang saya buat sendiri
1 biji bawang besar di potong dadu
1 camca kecil cili mesin
4 camca besar sos tomato
sedikit garam dan lada sulah
sedikit minyak
Cara2
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili mesin dan sos tomato dan masak hingga naik minyak
3. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah
4. Angkat dan sapukan di atas pita bread pizza sebelum diletakkan bahan2 lain.
Ayam Kicap Pedas Chef Wan
Salam,
Hari ni seperti biasa, bukak petisejuk, ayam jugak yang berkenan, tp tak tau nak masak resepi apa. Tengok stok ada nenas, takut nanti lembik pulak bila disimpan lama2. Jadi, belek2 tengok waiting lis, kot2 ada resepi ayam yang pakai nenas. Maka, terjumpa la Ayam Kicap Pedas Chef Wan ni. Resepi ni dah lama saya print dari Suria mediacorp tv12. Rasanya memang sedap, masam2 manis nenas. Cubala kalau tak percaya.
AYAM KICAP PEDAS
Bahan2
10 keping ayam - digoreng terlebih dahulu
6 batang cili kering
8 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 st serbuk kunyit
1 cawan nenas - yang telah dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - dipotong 2 cm panjang (saya tak letak sebab tak der)
2 biji buah tomato - dibelah empat
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap (saya guna kicap pekat jer)
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi bersama serbuk kunyit.
2. Masukkan stok ayam berkicap, timun dan ayam dan digaul rata.
3. Seterusnya masukkan sedikit air, asam jawa, nenas, tomato, gula dan garam.
4. Setelah masak hidangkan ia dengan hirisan daun bawang
Kek Oren
Petang tu, cuba pulak buat kek oren ni sebab dah lama dok tercari2 resepi kek span yang betul2 enak dan gebus. Pernah juga buat sebelum ni, tp dek kerana tersalah step, kek terbantat la pulak. Susah jugak nak buat kek span ni yer. Kek ni resepinya saya cilok dari blog cik mat gebu. Asalnya adalah Kek Strawberry tp saya tukar perisanya jadikan kek oren sebab tu aja stok yang ada kat rumah. Tekstur kek ini sangatla gebu dan lembut macam nama tuanpunya resepi, terimakasih ya Cik mat sebab sudi berkongsi resepi ini. Buat kek ni kosong aja tak hias mekap apa pun. Di bawah ni saya perpanjangkan resepi tersebut.
STRAWBERRY CAKE
Bahan2
5 biji telur Gred A
125gm tepung gandum
1 ct baking powder - diayak 3 kali
75 ml minyak jagung / sayur
160gm gula halus - saya guna gula castor
15gm ovalette
2 cb susu segar
1 ct strawberry emulco - saya guna oren emulco
Bhn2 Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filing
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice @ badam cincang secukupnya.
Cara2
1. Panaskan oven 175 C. Lenser tin kek berukuran 9" dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak.
2. Tuang gula halus bersama ovalette dalm mixing bowl, putar sehingga ovalette mesra bersama gula halus
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan kental seperti adunan bahulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar lagi hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung, sedikit demi sedikit sehingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin dan bakar 25 - 30 minit atau sehingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.
Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar, letak satu keping atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry filing dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krim putar dan hias ikut kreativiti masing2.
Pajeri Nenas
Ini pula Pajeri Nenas. Pajeri ni saya memang tak pernah buat. Kira yang ni ialah my first pajeri la ni. Selalunya arwah emak saya dulu kalau buat pajeri guna rempah kari daging/ayam tp lain pulak dgn resepi kak liza ni, dia guna rempah kari ikan. Saya cuba resepi ni dan ternyata rasanya memang lebih sedap. Jadi dah masuk dalam list menu harian.
PAJERI NENAS
Sumber : Kak Liza - tks yer
Bhn2
1 biji nenas (potong kecil) - saya belah 2
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1 cm halia
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb udang kering - ditumbuk
1 in kulit kayu manis
6 sb rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
4 sb minyak
2 sb gula merah/putih
2 sb kerisek
garam secukup rasa
Cara2
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari.
2. Masukkan kerisek dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekit pada periuk.
3. Masukkan santan, garam dan gula.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.
Sardine Roll
Dan lagi satu resepi pilihan ialah mini sardine roll. Buat ni untuk minum petang anak beranak, memang kesukaan famili ni. Resepi asal saya ambil dari fp Jasmeen dan telah saya ubahsuai sedikit sebanyak mengikut selera tekak sendiri hehehehe.... Tks yer Meen. Kepada yang ingin mencuba, sila la jenguk kat bawah tu....
MINI SARDINE ROLL
Bahan2
Roti sandwish secukupnya
1 tin kecil sardine
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
1 biji cili merah - dimayang
Serbuk roti secukupnya - klu takder dlm stok, tumbuk jerla apa2 roti kering yang ada kat rumah tu...
garam secukup rasa
sedikit tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air utk dibuat gam)
Cara2
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili.
3. Masukkan sardine dan hancurkan menggunakan sudu sambil digaul rata.
4. Masukkan cili merah dan gaul rata. Masukkan juga garam secukup rasa.
5. Gelek roti sehingga nipis (sebab mini maka sekeping roti dipotong dua)
6. Masukkan inti, gulung dan gam hujungnya dengan tepung gandum
7. Celup roti ke dalam telur, golekkan atas serbuk roti biar tebal.
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
9. Siap dan hidang dengan sos.
Nasi Lemak
Menu untuk hari ini, menu wajib yang mesti diselitkan jugak, nasi lemak. Buat nasi lemak ni atas permintaan anak2 sebab depa kata lama mama tak buat nasi lemak. Jumpa resepi ni kat fp kak liza, tks yer kak.
Jemput makan semua.... Kepada yang ingin mencuba, dibawah ni saya c/p resepinya.
NASI LEMAK
Bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka
Cara
1. Masukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan2
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala dan rendamkan sebentar]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sekikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat
Tomyam Ayam
TOMYAM AYAM
Bahan2
4 gelas air - ikut rasa
2 biji bawang besar - dipotong 4 atau 6
5 biji bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 biji cili padi - diketuk
6 biji limau nipis - perah airnya
6 helai daun limau purut
6 batang serai
1 sendok cili boh/cili mesin - ikut nak pedas
500 gm ayam - dipotong kecil
garam dan gula secukup rasa
apa2 lagi yang nak masuk, spt udang, ketam, lobak merah dll
3 biji tomato - dimesin halus (ini adalah untuk memekatkan kuah)
Cara2
1. Campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali air limau, garam dan gula.
2. Rebus hingga mendidih.
3. Masukkan air limau, garam dan gula.
4. Bila ayam telah empok, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Apam Mekar aka Apam Warna Warni
Salam
Resepi apam warna warni ini saya perpanjangkan di atas permintaan seorang pengunjung fp. Apam ni sebenarnya selalu sangat saya buat kerana memenuhi tempahan, cuma semenjak Daney ke tadika sahaja tergendala sebentar. Resepinya saya perolehi dalam laman my resepi dari dapur kak liza. Tekstur apam ini sangatlah gebu dan lembut dan tidak begitu manis. Sangat sesuai sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.
APAM WARNA WARNI / APAM MEREKAH / APAM MEKAR
Bahan2
250 gm gula - kurangkan kalau tidak suka manis
2 biji telur
1 sk esen vanila
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sk ovalette
pewarna - ikut suka
acuan kertas(papercup) secukupnya
Cara2
1. Panaskan kukusan. Sebaik2nya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kepada 3 bahagian)
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya)
9. Letakkan papercup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam papercup tersebut.
10. Kukus selama 10-15 minit (bergantung kepada saiz papercup)
11. Siap untuk dihidangkan.
Roti Jala dan Kari Ayam
Salam,
Semenjak dua menjak ni demam membuat kueh melanda rumah saya la pulak heheheh. Mungkin disebabkan saya ni terlalu banyak masa terluang atau mungkin juga kerana saya ni orang yang tidak reti duduk diam, maka kepala ni asyik la memikirkan macamana nak menambahkan berat badan jer... Terkadang tu risau jugak bila tengok badan dah makin mengembang. Jiran sebelah pun dah tegur ... mesti buat pemantauan jugak ler ni...
Ok la, kita ke n3 saya yang seterusnya. Kali ni saya buat roti jala. Roti jala ni memang salah satu makanan kegemaran saya sejak kecil lagi. Kalau dah namanya roti jala mestilah digandingkan dengan kari ayam kan........ Jadi di sini saya pertontonkan beberapa post istimewa roti jala saya, lipat dan gulung. Bukannya apa, memula tu saya gulung aja, tp bila diambil gambar nampak macam tak berapa menarik, maka diubahsuai la pulak rupabentuknya, itu lah yang terjadi berbagai2 rupa. Istimewala konon .
Roti jala ni pun ada berbagai bagai versi sebenarnya. Tp boleh dikatakan semuanya hampir2 sama. Dan dibawah ni adalah yang menjadi pilihan saya utk dicuba kali ini.
KARI AYAM
Sumber : Ibu
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong kecil
1 paket rempah kari ayam
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 st lada hitam - ditumbuk lumat
1 inci halia - ditumbuk
3 biji ubi kentang - dibelah 4
1 tangkai daun kari
sedikit kerisek jika suka
garam secukup rasa
Cara2
1. Satukan kesemua bahan2 tumbuk dan rempah kari ayam dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan sedikit hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
3. Bila telah naik bau, masukkan rempah kari ayam yang telah disatukan dgn bhn2 tumbuk tadi.
4. Bila telah pecah minyak, masukkan ubi kentang dan biarkan sebentar.
5. Masukkan pula ayam dan biarkan sebentar.
6. Bila telah naik minyak semula, baru masukkan santan cair dan biarkan ayam dan ubi empuk
7. Bila masakan agak pekat, masukkan pula santan pekat dan biarkan mendidih. Boleh juga dimasukkan kerisek jika suka.
8. Masukkan garam secukup rasa.
9. Siap untuk dihidangkan bersama roti jala
Cucur Jagung Berkarot
Ini pula resepi untuk dikongsi bersama kali ini, cucur jagung berkarrot. Buat cucur ni kerana ia tidak pedas dan sesuai untuk anak kecil saya yang tidak sukakan pedas. Ilham membuat cucur ni datang setelah anak saya yang dulu saya letak kat transit menyuruh saya buat cucur ni sebab cikgu dekat transit selalu buat dan sedap katanya. Maka, saya pun setelah mengolah sedikit sebanyak dari resepi cucur cucur yang pernah saya buat maka terhasillah cucur sebagaimana yang dikehendaki oleh anak saya. Cucur ni sedap dimakan panas2 kerana rangup apatah lagi dicicah dengan sos. Kalau makan begitu saja pun sedap. Dan saya namakan ia Cucur Jagung Berkarrot bersempena dengan bahan2 yang terdapat di dalamnya.
CUCUR JAGUNG BERKARROT
Bahan2
450gm tepung gandum
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu/batang mancis
1 mangkuk isi jagung
300gm isi udang hidup
1 1/2 cawan air suam
1/2 st soda bicarbonate
1 sudu makan yeast
1 st garam
1 st serbuk lada sulah
Cara-caranya
1. Masukkan tepung dan soda bicarbonate ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan yeast yang telah dikembangkan terlebih dulu beserta air. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain seperti bawang besar, karrot, jagung, udang, garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.
3. Perapkan adunan in selama lebih kurang 1-2 jam.
4. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak panas yang penuh.
5. Goreng hingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyaknya.
7. Siap untuk dihidangkan bersama sos.
Karipap Pusing
Ini pulak hasil dari resepi kak liza. Adunannya rangup tetapi tidak berderai kerana ia hanya menggunakan marjerin dan crisco dan tidak menggunakan minyak. Agak mudah dikendalikan semasa menggoreng.
KARIPAP PUSING
Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam
Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut
Cara-cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.
2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.
3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.
5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.
Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis
Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.
Karipap Pusing (Spiral Curry Puff)
Eksperimen membuat karipap pusing ini entah kali yang keberapa saya mencuba tak tau ler. Seingat saya banyak kali juga, malangnya hasilnya selalu menghampakan. Selalunya bila saya buat karipap pusing tak pernah pun kelihatan pusingannya, sebaliknya jadi epok2 atau karipap biasa. Jalur gemilangnya langsung tak kelihatan. Membuat karipap pusing ini tidaklah terlalu rumit sebenarnya, cuma memerlukan sedikit tenaga untuk menguli, lagi lama diuli, lagi lembut dan cantik hasilnya.
Entah bagaimana, tetiba kali ni menjadi pulak, alhamdulillah, mungkin juga berkat kesabaran saya yang tidak pernah berhenti mencuba, maka kali ini terhasillah karipap pusing idaman saya walaupun rupanya tidak seindah karipap yang dibeli atau dibuat pro. Berbaloi jugakla saya menguli. Saya mencuba dua resepi, satu dari kak liza dan satu lagi dari blog bro rozzan (sumber yatt). Lihatlah hasil dari kedua2 eksperimen saya itu. Apa yang penting, melalui ruangan fp ini saya berpeluang mempelajari sedikit sebanyak teknik membuat karipap pusing dengan cara yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan, semuga apa yang anda sumbangkan mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH hendaknya.
Resepi ini banyak menggunakan minyak dan marjerin jadi hasilnya karipap sangat gebu dan rangup. Perlu berhati-hati bila menggoreng kerana adunannya rapuh dan mudah berderai.
[b]KARIPAP PUSING
Sumber : Helikonia (blog bro rozzzan) - tks to both of you
Bahan A - Doh Minyak
600gm tpg gandum
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
2-3 cubit garam
Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil
Bahan B - Doh Marjerin
400 gm tpg gandum
150 gm margerin
Gaul dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekit. Buatkan bebola2 lebih kecil dari doh minyak.
Cara-cara
Ambil setiap bebola dari doh marjerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yang telah dileperkan hingga menjadi satu bebola besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kepada 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kepada kesemua bebola tadi hingga selesai.
Ambil satu gulungan yang telah dihiris/dipotong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dengan kemas. Kelimlah dengan teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dengan api sederhana.
Untuk intinya anda bolehlah menggunakan sebarang inti inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin.
Mee Soto
Salam,
Hari Ahad yang lepas terasa nak tukar selera pula. Setiap hari makan nasi jemu juga, kali ni tukar selerea masak mee soto pulak. Resepi mee soto ni adalah daripada kakak kpd kakak ipar saya, Kak Nab. Kakak ipar saya orang Johor. Sewaktu berkunjung ke rumahnya sempena hari raya tak berapa lama dahulu, saya sekeluarga dihidangkan dengan mee soto ni..........siap pesan beberapa kali suruh datang, klu tak datang jugak nak disimbahnya kami dengan kuah soto ni, heheheh.... ganaih jugak depa ni
Saya ni pulak bila makan terasa sangatlah sedapnya, maka mulut ni pun terkeluar secara spontan bertanya mee ni buat camana, letak apa kat dalamnya. Masa tu arwah ibu kakak ipar saya masih ada lagi, dialah yang meminta kak Nab tolong khabarkan kat saya resepi ni. Bahan-bahan kat dalam resepi ni diberitahu secara lisan aja kat saya semasa sembang2 tanpa sukatan. Balik kerumah saya mengingat2 kembali apa bahan2nya dan saya tulis kat kertas. Selepas tu saya cuba buat dengan anggaran saya sendiri. Dan setelah beberapa kali cubaan, alhamdulillah beginilah hasilnya. Kebanyakkan yang merasa mee soto saya menggemarinya, siap minta resepi lagi........
MEE SOTO
2 bungkus mee kuning - dicelur dan toskan airnya.
Untuk kuahnya
1 ekor ayam dipotong 16 ketul - rebus dan siat klu suka
2 bungkus perencah sup berempah Adabi - dicampurkan dgn sedikit air
1 st kaskas - saya tak letak
1 bungkus sup bunjut adabi (keluarkan bahan2nya dan tumbuk halus)
2 ketul kiub ayam knorr - optional
8 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 mangkuk kacang goreng tanah
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukupnya
Cara2
1. Ayam yang telah dibersihkan direbus hingga masak. Keluarkan ayam dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan bahan2 sup yang ditumbuk. Sentiasa mengacau supaya bawang masak sekata. Goreng hingga garing.
3. Masukkan rempah sup adabi yang telah digaul dengan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan ayam tadi dan gaul rata supaya rempah sup tidak bergentel.
5. Masukkan juga kacang goreng tanah, kiub ayam knorr, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul rata dan biarkan kuah mendidih dan agak pekat.
7. Siap untuk dituang ke atas mee soto.
Bahan2 hiasan
1 bungkus fish ball - dicelur dan dipotong kecil
5 keping fish cake - dicelur dan dipotong kecil
Taugeh - dicelur
Daun bawang - dipotong halus
Daun saderi - dipotong halus
Bawang goreng
Cili padi - ditumbuk dan dicampurkan kicap pekat
Cara2 menghidang
1. Masukkan mee ke dalam pinggan
2. Letakkan bahan2 tabur spt, ayam rebus siat, fish ball, fish cake, taugeh
3. Tuangkan kuahnya.
4. Taburkan pula bahan2 hiasan seperti, daun bawang, daun sadri, bawang goreng.
5. Siap untuk dimakan.
Monday, March 22, 2010
Kelas Birthday Cake - Ben 10
Salam,
Hari Ahad 21hb Mac yang lepas saya berkesempatan menghadiri satu lagi kelas mendeko kek, kali ini kelas mendeko birthday cake. Macam biasalah sifu saya Zana Raman dari Elianas Homemade Cakes. Kelas bermula dari jam 2.30petang membawa ke petang lebih kurang jam 7.00pm. Kelas memang sangat mengasyikkan kerana masing-masing leka dengan deko memasing. Suatu kelainan dari kek-kek yang sebelum ini kerana kali ini menggunakan piping gel untuk menghasilkan design yang diingini. Kelas dihadiri oleh seramai 4 orang dan kesemuanya adalah ex-student Ana termasuklah saya. Antara yang hadir ialah Kak Akma, Kak Ruby dan Yatie. Lihatlah hasil kreativiti kesemua student Ana. Ben 10 adalah my personal request design sebagai memenuhi permintaan anak kecil saya. Mujur juga Ana ada gambar Ben 10, jenuh juga saya nak mendeko, agak rumit tetapi menyeronokkan.
Amacam, ada rupa Ben 10 tak? Nak tau apa reaksi si kecil Daney bila melihat kek ini? Alahai tersangatla seronok, tak habis2 mulut bertanya kek siapa ni...Yang si abang kat sebelah lak cam jeles aja tengok si adik dpt kek ben 10. Kerana nak ambik hati anak2 semua, saya pun katala kek ni kena share sebab mama tak tulis nama, barula abang nampak ceria kembali, mujur jugak si adik faham dan tak buat hal. Lepas dapat kek Si Daney sayangla pulak nak potong, kesana sini diusungnya kotak kek, kejap, kejap tengok Ben 10, kejap2 tengok Ben 10, siap suruh saya buat lagi kek Ben 10 aksi lain pulak ataupun Naruto.....pulak dahhhhh...... Nantila bila dah habih kek ni baru mama pikir nak buat kek apa lak.
Hari Ahad 21hb Mac yang lepas saya berkesempatan menghadiri satu lagi kelas mendeko kek, kali ini kelas mendeko birthday cake. Macam biasalah sifu saya Zana Raman dari Elianas Homemade Cakes. Kelas bermula dari jam 2.30petang membawa ke petang lebih kurang jam 7.00pm. Kelas memang sangat mengasyikkan kerana masing-masing leka dengan deko memasing. Suatu kelainan dari kek-kek yang sebelum ini kerana kali ini menggunakan piping gel untuk menghasilkan design yang diingini. Kelas dihadiri oleh seramai 4 orang dan kesemuanya adalah ex-student Ana termasuklah saya. Antara yang hadir ialah Kak Akma, Kak Ruby dan Yatie. Lihatlah hasil kreativiti kesemua student Ana. Ben 10 adalah my personal request design sebagai memenuhi permintaan anak kecil saya. Mujur juga Ana ada gambar Ben 10, jenuh juga saya nak mendeko, agak rumit tetapi menyeronokkan.
Amacam, ada rupa Ben 10 tak? Nak tau apa reaksi si kecil Daney bila melihat kek ini? Alahai tersangatla seronok, tak habis2 mulut bertanya kek siapa ni...Yang si abang kat sebelah lak cam jeles aja tengok si adik dpt kek ben 10. Kerana nak ambik hati anak2 semua, saya pun katala kek ni kena share sebab mama tak tulis nama, barula abang nampak ceria kembali, mujur jugak si adik faham dan tak buat hal. Lepas dapat kek Si Daney sayangla pulak nak potong, kesana sini diusungnya kotak kek, kejap, kejap tengok Ben 10, kejap2 tengok Ben 10, siap suruh saya buat lagi kek Ben 10 aksi lain pulak ataupun Naruto.....pulak dahhhhh...... Nantila bila dah habih kek ni baru mama pikir nak buat kek apa lak.
Thursday, March 18, 2010
Fondant Cuppies untuk dik Norzie
Salam,
Macam biasalah bila musim cuti sekolah bermula, maka musim kenduri kahwin pun menyusul tiba. Boleh dikatakan tiap2 minggu ada kenduri. Cuppies kat bawah ini ku buat untuk adik Norzie, jiran setaman yang melangsungkan perkahwinannya pada 14hb Mac yang lepas. Ini adalah cuppies fondant ku yang pertama, sebagai mempraktikkan apa yang telah dipelajari tak lama dulu. Lihatlah hasil pertama ku.
Macam biasalah bila musim cuti sekolah bermula, maka musim kenduri kahwin pun menyusul tiba. Boleh dikatakan tiap2 minggu ada kenduri. Cuppies kat bawah ini ku buat untuk adik Norzie, jiran setaman yang melangsungkan perkahwinannya pada 14hb Mac yang lepas. Ini adalah cuppies fondant ku yang pertama, sebagai mempraktikkan apa yang telah dipelajari tak lama dulu. Lihatlah hasil pertama ku.