Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Sunday, March 28, 2010
Cucur Jagung Berkarot
Ini pula resepi untuk dikongsi bersama kali ini, cucur jagung berkarrot. Buat cucur ni kerana ia tidak pedas dan sesuai untuk anak kecil saya yang tidak sukakan pedas. Ilham membuat cucur ni datang setelah anak saya yang dulu saya letak kat transit menyuruh saya buat cucur ni sebab cikgu dekat transit selalu buat dan sedap katanya. Maka, saya pun setelah mengolah sedikit sebanyak dari resepi cucur cucur yang pernah saya buat maka terhasillah cucur sebagaimana yang dikehendaki oleh anak saya. Cucur ni sedap dimakan panas2 kerana rangup apatah lagi dicicah dengan sos. Kalau makan begitu saja pun sedap. Dan saya namakan ia Cucur Jagung Berkarrot bersempena dengan bahan2 yang terdapat di dalamnya.
CUCUR JAGUNG BERKARROT
Bahan2
450gm tepung gandum
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu/batang mancis
1 mangkuk isi jagung
300gm isi udang hidup
1 1/2 cawan air suam
1/2 st soda bicarbonate
1 sudu makan yeast
1 st garam
1 st serbuk lada sulah
Cara-caranya
1. Masukkan tepung dan soda bicarbonate ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan yeast yang telah dikembangkan terlebih dulu beserta air. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain seperti bawang besar, karrot, jagung, udang, garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.
3. Perapkan adunan in selama lebih kurang 1-2 jam.
4. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak panas yang penuh.
5. Goreng hingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyaknya.
7. Siap untuk dihidangkan bersama sos.
No comments:
Post a Comment