Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Sunday, March 28, 2010
Mee Soto
Salam,
Hari Ahad yang lepas terasa nak tukar selera pula. Setiap hari makan nasi jemu juga, kali ni tukar selerea masak mee soto pulak. Resepi mee soto ni adalah daripada kakak kpd kakak ipar saya, Kak Nab. Kakak ipar saya orang Johor. Sewaktu berkunjung ke rumahnya sempena hari raya tak berapa lama dahulu, saya sekeluarga dihidangkan dengan mee soto ni..........siap pesan beberapa kali suruh datang, klu tak datang jugak nak disimbahnya kami dengan kuah soto ni, heheheh.... ganaih jugak depa ni
Saya ni pulak bila makan terasa sangatlah sedapnya, maka mulut ni pun terkeluar secara spontan bertanya mee ni buat camana, letak apa kat dalamnya. Masa tu arwah ibu kakak ipar saya masih ada lagi, dialah yang meminta kak Nab tolong khabarkan kat saya resepi ni. Bahan-bahan kat dalam resepi ni diberitahu secara lisan aja kat saya semasa sembang2 tanpa sukatan. Balik kerumah saya mengingat2 kembali apa bahan2nya dan saya tulis kat kertas. Selepas tu saya cuba buat dengan anggaran saya sendiri. Dan setelah beberapa kali cubaan, alhamdulillah beginilah hasilnya. Kebanyakkan yang merasa mee soto saya menggemarinya, siap minta resepi lagi........
MEE SOTO
2 bungkus mee kuning - dicelur dan toskan airnya.
Untuk kuahnya
1 ekor ayam dipotong 16 ketul - rebus dan siat klu suka
2 bungkus perencah sup berempah Adabi - dicampurkan dgn sedikit air
1 st kaskas - saya tak letak
1 bungkus sup bunjut adabi (keluarkan bahan2nya dan tumbuk halus)
2 ketul kiub ayam knorr - optional
8 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 mangkuk kacang goreng tanah
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukupnya
Cara2
1. Ayam yang telah dibersihkan direbus hingga masak. Keluarkan ayam dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan bahan2 sup yang ditumbuk. Sentiasa mengacau supaya bawang masak sekata. Goreng hingga garing.
3. Masukkan rempah sup adabi yang telah digaul dengan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan ayam tadi dan gaul rata supaya rempah sup tidak bergentel.
5. Masukkan juga kacang goreng tanah, kiub ayam knorr, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul rata dan biarkan kuah mendidih dan agak pekat.
7. Siap untuk dituang ke atas mee soto.
Bahan2 hiasan
1 bungkus fish ball - dicelur dan dipotong kecil
5 keping fish cake - dicelur dan dipotong kecil
Taugeh - dicelur
Daun bawang - dipotong halus
Daun saderi - dipotong halus
Bawang goreng
Cili padi - ditumbuk dan dicampurkan kicap pekat
Cara2 menghidang
1. Masukkan mee ke dalam pinggan
2. Letakkan bahan2 tabur spt, ayam rebus siat, fish ball, fish cake, taugeh
3. Tuangkan kuahnya.
4. Taburkan pula bahan2 hiasan seperti, daun bawang, daun sadri, bawang goreng.
5. Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment