Pages

Friday, October 30, 2015

Ayam Vietnam Dgn Pudina Chef Wan



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.



AYAM VIETNAM DENGAN PUDINA
Asal  :  Buku Masakan ChefWan Simply Sedap
Sumber  :  KimberlyCun

Bahan-bahan pemerap, dikisar halus:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar nam pla (sos ikan Thai)
1 sudu teh lada putih

Bahan-bahan pes rempah, dikisar halus:
10 besar cili merah
1 sudu besar belacan (belacan)
4 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan-bahan lain:
500 gram dada ayam, dipotong menjadi jalur nipis
3 serai, dihiris nipis
60 ml minyak masak
Jus 1 limau
Garam & gula secukup rasa
Segenggam daun pudina



# – Pertama, masukkan kesemua bahan-bahan pemerap ke dalam mesin memproses makanan dan kisar sehingga halus.
# – Masukan kepingan ayam ke dalam pes pengerap dan campur sehingga rata.
# – Tutup dengan plastik dan letak di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam. Walaubagaimanapun, saya tinggalkan selama semalaman 

# – Apabila bersedia untuk memasak, masukkan kesemua bahan-bahan untuk pes rempah ke dalam dalam mesin memproses makanan dan kisar sehingga halus.
# – Ketepikan pes rempah ini semasa anda membuat tugas-tugas lain.

# – Panaskan minyak dalam kuali dan kemudian masukkan serai yang telah dihiris.
# – Seterusnya, masukkan pes rempah dan masak hingga naik bau. Masak lagi untuk sementara waktu, sehingga campuran kelihatan lebih berminyak.
# – Sekarang, masukkan hirisan ayam yang telah diperap.
# – Apabila kepingan ayam telah masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
# – Kemudian, masukkan jus limau.
# – Matikan api, masukkan daun pudina dan kacau sehingga rata.
# – Ayam Vietnam dengan pudina, SIAP!



Thursday, October 29, 2015

Brownies Keju tempahan anakanda...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Marble Cheese Brownies tempahan anakanda bonda untuk dibawa ke sekolah sempena hari kanak kanak baru baru ini.  3 minggu sebelumnya, cikgu kelas beritahu setiap murid dikehendaki membawa satu jenis hidangan untuk jamuan bersama.   Saya cadangkan beberapa jenis makanan tetapi brownies keju yang menjadi pilihannya.   Boleh dikatakan setiap hari Zaheen ingatkan saya tentang brownies ini takut takut saya terlupa.  Bayangkan lagi 3 minggu nak bawa brownies ni, tiap tiap hari dipesannya, sampai naik bosan kita dibuatnya.  Si abang abang yang terdengar pun apalagi,   masing masing pun berbunyi  :  "Mamaaaa,  kena buat lebih, cheq pun nak".  "Mama, jangan lupa simpan kat cheq sikit".   Hmmm, penyelesaiannya,  mama kena buat 2 adunanlah jawabnya, satu untuk dibawa ke sekolah,  lagi satu untuk makan makan kat rumah.


Saya potongkan siap siap brownies ini.   Asalnya 36keping, alih alih bila Zaheen balik dari sekolah dan ternampak brownies ni, terus dia nak rasa katanya.  Mula mula satu ketul, lepas tu nak lagi seketul, payah payah sangat habiskanlah sebaris tu.   Hmmm, satu barisan  6 ketul selesai dikorbankan Zaheen sebelum sempat dibawa ke sekolah.   Anak anak yang lain terpaksalah menunggu dulu sebab brownies yang lagi satu masih belum sejuk lagi.



Friday, October 23, 2015

Muffin Oren / Orange Muffin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Hidangan petang bila anak anak cuti sekolah disebabkan jerebu.
Muffin yang sangat lembut, lembab dan semestinya sedap!


ORANGE MUFFIN
Recipe by : Terry @ AllRecipes

Ingredients
2 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1/2 cup white sugar
1 tablespoon grated orange zest
2/3 cup orange juice


1/2 cup melted butter
2 eggs
1/2 cup ground walnuts (optional)
1 tablespoon melted butter
1/4 cup packed brown sugar
1/2 teaspoon ground cinnamon

Directions

Combine flour, baking powder, baking soda, salt, white sugar and grated orange peel. Stir in orange juice, 1/2 cup melted butter, eggs and chopped nuts.
Pour into 12 muffin cups.


Blend 1 tablespoon melted margarine, 1/4 cup brown sugar, 1/2 teaspoon cinnamon and sprinkle on top of each muffin. Bake in a preheated 350 degrees F (175 degrees C) oven for 20-25 minutes. Serve hot.


Bila angin rajin tiba tiba bertiup,  maka kitapun carilah terjemahannya.  Moga moga bermanfaat.

MUFFIN OREN

Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking soda
1/2 cawan gula putih
2/3 cawan jus oren
1 sudu besar parutan kulit oren parut

1/2 cawan mentega cair
2 biji telur
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan walnut ( pilihan)
1 sudu besar mentega cair
1/2 sudu teh serbuk kayu manis


Kaedah Penyediaannya

Campurkan tepung , serbuk penaik , baking soda, garam, gula putih dan parutan kulit oren. Masukkan jus oren, 1/2 cawan mentega cair , telur dan kacang cincang.
Tuangkan ke dlm 12 cawan muffin.

Campurkan 1 sudu besar marjerin cair, 1/4 cawan gula perang, 1/2 sudu teh kayu manis dan taburkan di atas muffin. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 350 darjah F ( 175 darjah C) ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan panas panas.






Wednesday, October 21, 2015

Ayam Masak Kicap Bermadu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Menu untuk hari ini.


AYAM MASAK KICAP BERMADU
Sumber  :  CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih, dipotong ikut suka, cuci dan toskan*
3/4 camca teh garam*
1 camca besar serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan
5 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, hiris
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
1 batang leek, potong dan rendam
3 camca besar kicap pekat JALEN
4 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar madu
1 camca besar sos cili JALEN
1 camca teh serbuk lada sulah (che mat guna 'aji-shio')
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA :-
  1. Toskan kentang, kemudian lap kering. Goreng kentang hingga empuk dan keemasan, guna api kecil dan kacau sekali sekala. Angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama, goreng pula ayam hingga masak, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Cedok keluar minyak, dan tinggalkan kurang lenih 4 cammca besar. Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili sos, kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau rata dan masak dengan api kecil.
  3. Masukkan leek (toskan) dan ayam. Gaul rata2. Tambah lada sulah, bawang besar dan cili merah/cili hijau. Tuang sedikit air, kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan madu, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan hidangkan.





Sunday, October 18, 2015

Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.


NASI GORENG KAMPUNG

Ditulis oleh : Che' Nom @ Iresepi
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

3 cawan nasi
6 ekor udang, dibuang kulit
2 ekor sotong, dipotong bulat
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
1/2 ikat sayur kangkung
1 mangkuk kecil karot, didadu
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
2 ketul fish cake, putong dadu
ikan bilis goreng
serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.



Thursday, October 15, 2015

Roti Jala dan Kari Daging

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Sarapan pagi saya sekeluarga bila anak anak cuti sekolah.   

Roti Jala
Sumber  :  AzieJaya

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Untuk resepi kari, anda boleh memilih samada nak digandingkan dengan kari ayam ataupn kari daging.  Di bawah ini saya letakkan link untuk resepi kari yang bersesuaian.




Untuk resepi ini saya mendapat lebih kurang 32 keping.roti jala.



Tuesday, October 13, 2015

Resepi Puri @ Poori & Poori Masala / Poori Masala Recipe

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Minggu lepas sebelum shopping barang barang dapur, saya dan keluarga singgah di Restoren Kapitan, Bandar Perda, Seberang Perai untuk bersarapan.  Cadang tu nak pekena Roti Naan,  sayangnya Roti Naan belum siap lagi, tengahari baru ada kata petugas di situ.   Macam biasalah, untuk option lain kalau ke restoren mamak, anak anak dan hubby mesti akan memilih samada roti canai ataupun roti telur.   Saya pula mesti tosai masala ataupun chapati.  Tapi kali ini saya nak tukar selera sikit bila terpandang ada menu roti puri disana.  Jadi saya tempahlah Roti Puri dan Tosai Masala.  Cadang tu nak buat hidangan tambahan di samping tosai masala.  Jadi, bolehlah hubby dan anak anak merasa roti puri yang mungkin agak janggal bagi mereka kerana belum pernah menikmatinya.

Alih alih bila pesanan sampai, tiba tiba mamak terlupa nak buat roti telur untuk anak saya.  Hmmm, disebabkan saya dan hubby bukan orang yang suka bertekak dan malas menunggu lama, maka saya menyuruh anak makan saja roti puri yang telah ditempah.  Mujur juga anak saya tak banyak kerenah.  Dan yang kelakarnya tu, belum sempat habis tosai masala saya jamah,  roti puri telah licin dibelasah dek anak saya, hahaha, tudia penangannya,  sedaplah tu gamaknya kan.   
  Teringat pula masa zaman kerja dulu,  tiap tiap minggu mesti order 2  keping roti puri masala dari rakan setugas berbangsa India yang kebetulan keluarganya ada menjalankan perniagaan ini.  Selalunya roti puri yang saya tempah itu akan dikempiskan dan diletak inti di tengah tengah lalu dibalut menjadi bentuk segiempat tepat.  Jadi senanglah bila nak makan.
Keinginan untuk membuat roti puri ini memang ada,  jadi saya google resepi di internet dan terjumpa resepi yang agak mudah dan menarik bagi saya.  Jadi,  saya letakkan resepinya di sini untuk rujukan di masa mendatang.  Terimakasih banyak diucapkan kepada Raks yang telah sudi berkongsi resepi ini.


Puri (poori) Recipe

Source  :  Rakskitchen


Ingredients



Wheat flour - 1 cup
Water - 1/4 cup + as needed
Sugar - 1/4 tsp
Salt - As needed

  

Method

  1. Take flour,sugar and salt in a bowl and mix well.
  2. Add 1/4 cup water little by little while you mix the flour to resemble a crumbly mix. Then carefully sprinkle water 1 or 2 tblsp water to gather to a dough.
  3. Keep a side covered for 10 – 15 minutes and then again need to make it smooth with out any cracks.
  4. Divide into equal sized balls (6 – 8).Roll out into circles. Not too thick, not too thin.
  5. Heat oil in kadai,until fume just starts to come. Then keep it in medium flame and drop the rolled puri in the oil carefully. Oil should be enough to immerse the puri.  Gently press the puri with the laddle when it tries to float on the top. This will make it puff well. Turn over and cook for another 30 sec or until golden spots appear on the puri.
Notes
  • Adding sugar helps in turning the puri to a nice golden colour. Also enhances the taste.
  • I have heard from my MIL that adding a tblsp pf rava/ semolina/ sooji gives crispier puri.
  • Keep oil in kadai enough. It is important in puffing puri.
  • Keep oil always hot. Then only puri will puff. So manage your oil temperature accordingly high/low/medium
  • Adding a tsp of ghee while making dough also gives a nice flavour.





Poori Masala Recipe

Source  :  Rakskitchen

Ingredients


Potato - 4
Onion - 3
Green chilli - 4
Chopped ginger - 1 tblsp
Carrot - 1/2 chopped finely
Turmeric - 1/4 tsp
Salt - As needed
Sugar - 1/4 tsp
Water - 3 cups + as needed
Corn flour (optional) - 1 tsp

To temper
Oil - 1 tblsp
Mustard - 3/4 tsp
Urad dal - 1 tsp
Channa dal - 1 tblsp
Curry leaves - 1 srig





Method

  1. Wash and cut potatoes into 4 and pressure cook for 3 whistles with little water. Cool down, peel and keep it roughly mashed. Dont mash completely, just break into pieces roughly. Heat kadai with oil and temper with the items given under ‘To temper’ table.
  2. Add green chillies, ginger, thinly sliced onion (lengthwise) and fry until transparent. Take care not to burn it or change its colour. Just let it turn transparent. Add carrots and fry for a minute in medium flame.
  3. Add 3 cups water, turmeric, salt and sugar. Bring to boil. Add the mashed potatoes. You can mash one or two pieces completely to make the masala thick as it boils.
  4. Continue to boil for 10 minutes in medium flame or until the masala gets thick in consistency. You can add corn flour dissolved in 2 tblsp of water towards end to make the masala look homogenously thick.


Notes

    • While boiling the masala wont be that yellow, but after cools down, it slowly gets more yellow, but add 1/4 tsp as mentioned, otherwise it looks dull yellow. 
    • You can add a tsp of coconut oil for extra flavour. 
    • Other variations you can do:
      *Add crushed garlic in place of ginger.
      *Temper with cinnamon stick and use ginger garlic paste while frying onion and add ground coconut and cashews towards end to make it thick and rich.
      * Add more vegetables like peas and beans along with carrot.
      *Grind ginger and green chilli and add to the boiling masala.
Yang ni saya punya, heheheh, alhamdulillah habih saya kerjakan.  Tosainya lembut dan sedap. Inti masalanya pun ok. Tapi kalau nak tosai yang teksturnya sedikit nipis dan rangup,  bolehlah cuba di Hussain Nasi Kandar, Carrefour Seberang Jaya, Seberang Perai,  memang mabelesssss.......dan saya perhatikan kebersihannya pun terjamin..  Apalagi......jom ramai ramai kita terjahhhhh......

Sunday, October 4, 2015

Kek Keju Bersalji Radzi







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Nur Aqmar sempena hari lahir adiknya.

Selamat Hari Lahir diucapkan buat Radzi, semuga diberkati serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa, amin.





Terimakasih banyak diucapkan diatas sokongan yang berterusan.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.