Pages

Thursday, October 29, 2015

Brownies Keju tempahan anakanda...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Marble Cheese Brownies tempahan anakanda bonda untuk dibawa ke sekolah sempena hari kanak kanak baru baru ini.  3 minggu sebelumnya, cikgu kelas beritahu setiap murid dikehendaki membawa satu jenis hidangan untuk jamuan bersama.   Saya cadangkan beberapa jenis makanan tetapi brownies keju yang menjadi pilihannya.   Boleh dikatakan setiap hari Zaheen ingatkan saya tentang brownies ini takut takut saya terlupa.  Bayangkan lagi 3 minggu nak bawa brownies ni, tiap tiap hari dipesannya, sampai naik bosan kita dibuatnya.  Si abang abang yang terdengar pun apalagi,   masing masing pun berbunyi  :  "Mamaaaa,  kena buat lebih, cheq pun nak".  "Mama, jangan lupa simpan kat cheq sikit".   Hmmm, penyelesaiannya,  mama kena buat 2 adunanlah jawabnya, satu untuk dibawa ke sekolah,  lagi satu untuk makan makan kat rumah.


Saya potongkan siap siap brownies ini.   Asalnya 36keping, alih alih bila Zaheen balik dari sekolah dan ternampak brownies ni, terus dia nak rasa katanya.  Mula mula satu ketul, lepas tu nak lagi seketul, payah payah sangat habiskanlah sebaris tu.   Hmmm, satu barisan  6 ketul selesai dikorbankan Zaheen sebelum sempat dibawa ke sekolah.   Anak anak yang lain terpaksalah menunggu dulu sebab brownies yang lagi satu masih belum sejuk lagi.



No comments:

Post a Comment