Pages

Wednesday, May 28, 2014

Super Heroes Birthday Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek superheroes tempahan Farah Wahida, Alma, Bukit Mertajam.  Farah dari KL pulang bercuti di Pulau Pinang menempah kek ini untuk insan insan tersayang.   Farah dah pernah menempah kek Princess Sofia beberapa bulan yang lalu.  


Kali ini kek ditempah sebagai meraikan 3 orang sekaligus, 3 in 1 cake.

i

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Wan, Abah dan Adam.  Semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta mendpt  rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa.  Amin.




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.


Sunday, May 25, 2014

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Mai tengok apa saya masak hari ni.

Asam Pedas Melaka 

Bahan-bahan ( 1 family... )
 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)

 Bahan kisar:- 3 biji bawang merah
 10biji cili kering
 1/2 in halia
 1 sudu teh jintan manis
 1 sudu teh jintan putih
 1/4 sudu teh lada hitam
 1/2 in kunyit hidup
 2 ulas bawang putih

 Bahan tumis:-
 @ 1/2 bawang besar-hiris
 @ 1/4 sudu teh biji sawi
 @ 1/4 sudu teh halba
 @ 2 tangkai daun kari
 air asam jawa secukupnya
 air secukupnya
 1 biji tomato-potong2
 5 biji kacang bendi
 1 serai-diketuk
 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
 minyak masak
 garam dan gula jika suka

 Cara-cara panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.




Thursday, May 22, 2014

Roti Sarang Lebah / Bee Hives Bun Againnnnn


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini merupakan kali yang ketiga saya membuat roti sarang lebah.  Ya, dah tiga kali saya mencuba dan baru kali ini saya berpuashati kerana telah berjaya mendapat tekstur yang sangat lembut sebagaimana yang diinginkan,   Boleh lihat hasil dari percubaan saya yang pertama di SINI ya.   


Sungguhpun mempunyai mesin pengadun, saya lebih gemar menguli menggunakan tangan disebabkan kuantitinya yang tidak begitu banyak.  Kali ini saya menggunakan resepi roti manis sumbangan Liza Othman dan sosnya pula masih mengekalkan sos butterscotch dari resepi Lydia Honey.   Terimakasih banyak diucapkan kepada kedua dua penyumbang ini, jasamu dikenang.


Nak tahu apa sapuan yang saya letak di atas roti ini supaya tampak kekuningan dan berkilat???   Mesti ada yang tertanya tanya,  jadi mari saya kongsikan rahasianya, hehehe, macamlah semua orang tak tahu, pada yang dah tahu, sila abaikan perenggan ini ya.  Pada yang ingin tahu,   pssstttt,  Ianya adalah campuran  kuning telur, susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning telur.  Pastikan sapuan ini tidak meleleh ke dasar loyang ya kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah ditanggalkan bila telah masak.

Jom kita semak resepinya.  

Resepi Roti 
Sumber : Kelab Roti 
Resipi roti boleh dipelbagaikan 
By Liza Othman 

 500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum
100gm gula kastor 
40gm susu tepung 
1st bread improver 
 11gm yis atau sepeket yis 
sebiji telur campurkan dgn air sejuk 265gm 
80gm butter 
1st bread softener 

 Cara caranya  :-
Campurkan  bahan bahan kering dan masukkan bahan bahan cecair.   Uli sebatikan dan masukkan butter. Ulli hingga doh menjadi licin dan elastik.   Perap selama 30minit, tumbuk tumbukan untuk membuang angin, Bentukkan dan perap hingga naik 2 kali ganda.  Bakar  pada suhu 180c.  Suhu bakar mengikut jenis oven anda 

 Resepi Sos Butterscotch 
Sumber : Kelab Roti 

 BUTTERSCOTCH SAUCE 
1/2 cup brown sugar (bukan gula merah ok)
1/2 cup whipping cream (kalau tak gantikan dgn susu cair) 
A pinch of salt
1/2 tsp vanila essence 
25g butter 

 1.Cairkan butter dakam periuk kecil.   Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. 
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. 
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping. 

NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan..  Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Wallahhhh,  terbaekkkkk......

Friday, May 16, 2014

Kari Ketam Dan Nenas


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Buat pertama kalinya ketam menonjolkan diri di sini.  
KARI KETAM DAN NANAS 
Sumber : Sajiandapurbonda 

Bahan-bahannya: 
10 ekor ketam saiz sederhana 
3 biji cili hijau  (sy tak letak)
1 biji tomato saiz besar - dibelah 
4 ½ biji nanas – dipotong kepingan serong. 
200 ml santan pekat dicampur dengan 
1 cawan air 


Gula dan garam secukupnya. 


Bahan A: 

Pes kari (dikisar menggunakan blender basah): 
2 paket rempah kari udang/ketam (paket kecil) 
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
Air secukupnya untuk mengisar bahan-bahan di atas. 



 Bahan untuk tumis darat 

Bahan B: 
Untuk tumis atas 
1 biji bawang besar dihiris 
3 ulas bawang putih dihiris 
2 inci halia dihiris 
2 tangkai daun kari 
1 sudu besar jintan manis 


 Penyediaannya:
 Ketam disiang dan dibersihkan. Kalau ketam besar, dibelah dua. Masukkan ketam bersama dengan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambahkan 2 cawan air. Masak sehingga kuah mendidih. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. Akhir sekali masukkan ketam dan nanas. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga mendidih dan letakkan cili hidup dan tomato biji. Tutup api dan ketepikan periuk kari. 
 Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan B sehingga kekuningan, kemudian dicurahkan di dalam periuk tadi. Tutup periuk supaya aromanya tidak keluar. Sebelum menghidang, kacau rata kari dengan bahan tumisan tadi.





Wednesday, May 14, 2014

Goreng Pisang Rangup Berbijan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Jom kita minum petang dengan goreng pisang panas panas!  Tapi yang ni bukan hasil gorengan dari dapur kecil saya ya.  Goreng pisang ini saya suruh anak teruna saya belikan di gerai berhampiran taman perumahan.  Rasa lapar pulak petang tu.

Berbeza dengan goreng pisang yang selalu dimakan, tepung goreng pisang ini disaluti bijan, memang sangat rangup dan sedap bila dimakan, krup krap krup krap bunyinya bila digigit.  Memang lajulah masuk ke mulut, tau tau dah tinggal serdak.  


Sekali beli RM5,  banyak jugalah kuantitinya.   Yang dalam piring kecil ni cuma sebahagian kecil sahaja untuk sesi fotografi.


Lain kali bila nak buat goreng pisang sendiri,  apakata cuba, try, test,  campurkan adunan batternya dengan sedikit bijan.   Gerenti best! 


Cuba jangan tak cuba...........  

Monday, May 12, 2014

Pulut Kuning Berhias - Anniversary


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ingatkan saya dah tak nak ambil tempahan pulut kuning lagi dah, tapi ramai pulak yang bertanya mengenainya, huhuhu.   Trend semasa kan.   Mau tak mau saya terpaksa akur dan menerima tempahan.   Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.  Kadang kadang benda yang paling kita taknak buat,  itu sangatlah yang diminta oleh pelanggan, cabaran besar ni.     Teringat saya kes durian crepe tahun lepas,  menderu deru yang menelefon nak buat tempahan sampai lintang pukang dapur saya dibuatnya.  Padahal puan yang membuat crepe pun tak makan durian, alih alih ambik tempahan durian crepe, heheh, itulah rezeki namanya, kadang kadang ianya datang dari sumber yang tidak kita sangka sangka.   Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.







Tempahan pulut kuning berhias daripada Ina, Sg Dua, Pulau Pinang sempena ulangtahun perkahwinan ibubapanya.



Selamat Menyambut Hari Ulangtahun, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.



Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Sunday, May 11, 2014

Ayam Kicap Semur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini.

Ayam Kicap Semur

Bahan-bahan ( sekeluarga 5-8 ) 
1 ekor ayam, dipotong 8 
6-8 sd kicap jalen manis 
5 biji bawang besar, dihiris nipis (di goreng) 
1 cmca teh lada putih 
3 butir bunga cengkih 
5cm kayu manis 
1-2 biji buah pelaga 
1 biji kelapa yg d parut  d ambil & santan 
5 sd sos cili 
sdkit garam & gula 
daun sup di potong halus 
sedikit air asam jawa 






BAHAN KISAR (basah) 

6 ulas bawang putih 
5 biji bwg merah 
3cm lengkuas 
10 tangkai cili kering 
2cm halia 

BAHAN KISAR (kering) 
3-5 sd ketumbar 
2-3 sd jintan manis 

Cara-cara 
Tumiskan kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga.   Masukkan bahan kisar (basah) dan tumis sehingga kekuningan.   Masuk kicap, sos cili garam & gula.. Masukkan ayam, asam jawa & santan. .Biarkan sehingga masak.   Masukkan bawang goreng.   Setelah masak tabur daun sup dan sedia utk d hidangkan

Friday, May 9, 2014

Nasi Mandhi Abu Dhabi / Chicken Mandy


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hidangan Nasi Mandhi Abu Dhabi,  menu  beberapa minggu yang lepas.  Memang terlajak larisssssss, hehehe.    Saya hanya menggunakan beras biasa sahaja.





NASI MANDHI ABU DHABI
Sumber  :  Resepi Raidah

 Bahan-bahan ayam: 
 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih 
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis 
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) 
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat 
2 biji lemon ~ dihiris bulat  tak letak
Garam 
Sedikit pewarna kuning/ saffron 
Aluminium foil. 


 Cara penyediaan ayam: 
 1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit. 
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi. 
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing. **Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi. 


 Nasi: 
 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan 
3 camca besar minyak sapi 
4 1/2 cawan air atau secukupnya 
1 biji bawang besar ~ hiris halus 
3 ulas bawang putih ~ hiris halus 
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis 
1/3 cwn kismis 




Rempah tumis :-


1 batang kayu manis, 
1 kuntum bunga lawang, 
3 biji buah pelaga, 
5 kuntum bunga cengkih 
Sedikit pewarna kuning 
Garam secukup rasa. 

 Cara penyediaan nasi: 
 1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih. 


2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa. 
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. 
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. 
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.



 Sos: 
 1 biji tomato ~ hiris 
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris 
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus 
Garam 
Gula 
Perahan lemon. 

 Cara penyediaan: ~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur. Ulam: ~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Thursday, May 8, 2014

Padprik Sotong


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu untuk hari ini.  Yang jarang jarang, yang kadang kadang.  Saya menggantikan resepi paprik ayam ini dengan sotong.


Paprik 
Makyong@myresipi.com 
Sesuai dimakan dengan nasi putih 

Bahan-bahan 
( 4 ) ½ ekor ayam - dipotong kecil2 
4 ulas bwg merah - ditumbuk 
2 ulas bwg putih - ditumbuk 
1 labu bwg besar - dimayang 
2 btg serai - dititik 
2 biji buah tomato - dipotong 
4 5 biji cili padi - ditumbuk 
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda 
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis 
bahan2 perasa 










Cara-cara 
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.