Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Thursday, March 31, 2011
Ayam Panggang Seri Menanti Chef Wan (Chef Wan's Sri Menanti Grilled Chicken)
Selamat malam semua,
Sebelum melabuhkan tirai malam, nak tayangkan n3 tertunggak ini. Ayam Panggang Seri Menanti yang menjadi kegemaran saya ini saya buat beberapa hari lepas. Ini adalah resepi ulangtayang. Kali ni saya letakkan dalam versi inggeris pulak yang saya perolehi dari laman Asian Food Channel. Ini adalah resepi asal, sebelum ni saya salin dari tv dari rancangan Ole Ole Chef Wan banyak bahan yang tertinggal namun rasanya tetap sedap.
Saya tidak panggang pun ayam ni, cuma masak seperti biasa aja.
Kepada yang ingin mencuba, dibawah ini saya perpanjangkan resepinya. Terimakasih diucapkan buat Chef Wan.
Sri Menanti Grilled Chicken
(Ayam Panggang Seri Menanti)
4 Tbsp / 2 fl oz, Palm or Vegetable Oil
1.5 kg / 3lb 4 ½ oz Chicken, cleaned and halved lengthwise
2 litres / 64 fl oz / 8 cups Coconut Cream (Santan Pekat)
3 Screw Pine Leaves (Daun Pandan), shredded and tied in a knot
2 Lemongrass (Serai), bruised
2 Tbsp / 1 fl oz Honey
500 g / 1 pound Pineapple, peeled, cored and cut into cubes
6 Tbsp / 3 fl oz roasted, pounded desiccated Coconut (Kerisik)
1 Calamansi Lime (Limau Kalamansi, Limau Kasturi), squeezed for juice
Salt to taste
Sugar to taste
Spice Paste Ingredients: - to be finely grounded
8 Red Chilies, deseeded if desired and sliced
6 Bird's Eye Chilies (Cili Padi), deseeded if desired and sliced
6 Candlenuts (Buah Keras, Kemiri) or Macadamia Nuts
10 Shallots (Red Onion), peeled
7 Kaffir Lime Leaves (Makrut, Daun Limau Purut), center stem removed
1 cm Galangal (Lengkuas, Blue Ginger), thinly sliced
1 Lemongrass (Serai), sliced thinly
3 Garlic cloves, peeled
1 cm / ½ inch Shallots (Red Onion), knobbed & peeled
1 cm / ½ inch Turmeric (Kunyit), knobbed & peeled
Water to blend
Method:
Heat oil in a large pot and fry bruised Lemongrass and Screw Pine Leaves (Daun Pandan) over medium-low heat until fragrant.
Add in the Spice Paste, mix well, and cook for another 10-15 minutes, or till water evaporate.
Add in Chicken halves, increase heat to medium, and stir until well coated. Cook Chicken, stirring and turning occasionally for about 10 minutes.
Add in Pineapple cubes, Coconut Cream and salt. Bring to a simmer, and then reduce heat to low and cook slowly for 20 minutes or until gravy thickens, stir frequently.
Add in Lime Juice, Honey, and roasted, pounded desiccated Coconut (Kerisik). Simmer (stir occasionally) for a further 10 minutes, and then season dish with salt and sugar. Turn off heat.
Remove Chicken from gravy and grill (broil) over hot charcoal for 10 minutes. Basting with gravy, chicken would be turned from time to time. Alternatively, use oven-grill for similar effect.
Put Grilled Chicken on serving plate and spoon gravy over it or onto the side. Garnish and serve as desired.
Selamat mencuba...
Wednesday, March 30, 2011
Donut
Salam petang Rabu semua,
Amacam dengan donut pembuka tirai saya?? Nampak cun tak?? Ni kesah minggu lepas. Saya memerah keringat menguli donut yang menjadi kegemaran ramai. Kali ini saya mencuba resepi dari dapur Chef Azli. Ni first time saya buat donut. Alhamdulillah, hasilnya sungguh memuaskan. Untuk satu adunan ni saya dapat lebih kurang 45 biji saiz kecil. Saya goreng separuh saja dan frozenkan yang selebihnya. Sebelum difrozenkan saya goreng dulu separuh masak.
Donut keluaran SdeC. Salutan coklat, taburan coklat urai dan hiasan ceri merah sebagai tarikan sekaligus membangkitkan selera.
Cuba lihat pula tekstur donut ini. Ianya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Rasanya pun lemak. Dan, jangan tak tahu, kelembutannya tetap bertahan sampai ke malam.
DONUT
Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega 2 biji telur
Cara-cara penyediaan
Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut 5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.
Anak anak suka sangat dengan donut ni, saya buat di dalam dua versi, satu disalut coklat dan satu lagi disalut gula kastor. Ternyata yang disalut coklat sangat digemari famili termasuk saya sendiri.
Ini pulak hasilan donut yang digoreng setelah difrozenkan. Teksturnya tetap sama cam yang digoreng terdahulu. Masih lembut dan lemak bila dimakan. Anak anak siap pesan suruh letak coklat banyak banyak.
Jadi, apa ditunggu lagi......cubalah, pasti tidak mengecewakan.
Monday, March 28, 2011
Ayam Kalasan Berseri
Salam semua,
Haaa, dah nampak tajuk kat atas??? Mesti ramai dah tau kannnn dan mesti ramai dah cuba pun kann??? Sejak terbaca Ummi telah disunting oleh majalah Jelita, dan resepi2 nya dipaparkan di dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2011, saya pun tak mau la ketinggalan, rembat jugakla senaskah majalah tu walaupun jarang2 saya membacanya. Tu diaaa, penangan blogger masak memasak kita. Bulan ni hasil jualan majalah Jelita mesti mencanak naik kan. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan TAHNIAH buat Ummi.
Baru hari ni saya berkesempatan mencuba resepi ayam kalasan sebab hubby baru beli kelapa parut semalam.
Oklah, buat yang ingin mencuba, di bawah ni saya salinkan balik resepinya dari Majalah Jelita. Terimakasih juga buat Ummi Zaihadi selaku penyumbang resepi istimewa ini.
Ayam Kalasan Berseri
Bahan bahan
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1/3 cawan air
4 ketul paha ayam, dibuang kulit dan dikelar sedikit
minyak masak secukupnya
Bahan Dikisar Kering
2 camca besar biji ketumbar
2 camca besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah
5 batang serai
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
sedikit air
Cara membuatnya
1. Campur kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk, gaul rata.
2. Masukkan ayam dan rebus ayam sehingga lembut dan air hampir kering.
3. Angkat ayam dan tus.
4. Tus juga campuran kelapa parut di dalam bekas berasingan.
5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan angkat.
6. Goreng bahan kelapa parut sehingga bertukar keemasan dan rangup tetapi jangan sampai hangus.
7. Angkat dan tus.
8. Hidang ayam goreng bersama serbuk kelapa yang sudah digoreng tadi.
Nota : Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri. Menggunakan kelapa menambah lemak gorengan ayam.
Sedap ayam ni, rasanya lain dari yang lain, rasa cam ayam kerisek pun ada jugak.
Saturday, March 26, 2011
Sambal Tumis Petai Dgn Udang
Salam semua,
Hari ni saya masak sambal tumis udang dengan petai. Selalu jugak buat sambal tumis ni sebab famili semua suka, lebih lebih lagi kalau buat dengan ikan bilis. Kalau tak habis disimpan dalam petiais, esok tu panaskan, lagi sedap.....
Resepi yang sedap ni macam biasala saya cilok dari blog Cik Mat Gebu
Terima kasih ya Cik Mat.
SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 ekor udang besar
1/2 cawan isi petai segar
1/2 inci lengkuas, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, dibelah 6
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikupas, kulit, tinggalkan sedikit dibahagian ekor, belah belakang udang untuk membuaang uratnya, buat hingga siap, cuci dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan jus asam jawa, petai, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat sedikit.
Masukkan udang dan bawang besar belah, kacau rata dan biar hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran
Thursday, March 24, 2011
Red Velvet Trifle
Salam semua,
Kek Red Velvet yang saya buat semalam saya ambil separuh dan triflekan ia. Sebabnya, nampak macam anak anak tak berapa suka makan kek yang kosong begitu sahaja. Jadi, saya pun terfikirla cara untuk menghabihkannya. Alhamdulillah, memang berbaloi percubaan saya ini. Masa tengah menghias kek ini dengan frostingnya, anak anak dah bertanya bila boleh dimakannya kek ini. Lepas seorang, seorang bertanya, maklumlah kat rumah kita ni rakyatnya ramai...hehehehe.
Bila tiba bab merasa red velvet trifle ni.......aduhaiiiiii tak dapatlah nak digambarkan camana, memang tersangatla sedapnya, nyaman jer masuk ke tekak, lembut, lemak, sedap sangat, berulang2 anak2 memakannya, mak nya pun tak terkecualilah....
Saya tak berapa pasti darimana saya dapat resepi ni, terlupa la pulak nak salin link. Anyway, terimakasih bebanyak kepada sesiapa yang berkenaan.
LAPISAN PERTAMA
Red Velvet Cake
Potong dan susunkan di dalam bekas.
LAPISAN KEDUA
Bahan-bahan
2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula castor
21/2 cawan susu segar
200g dark chocolate
Cara-cara
Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.
LAPISAN KETIGA
Bahan-bahan
250g cream cheese
1/4 cawan gula
150ml thickened cream
1 sk parutan kulit lemon@oren
Cara-cara
Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.
Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.
Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate.
Malangnya, hanya beberapa keping gambar sahaja yang tinggal kerana yang lain lainnya telah terdelete tanpa disengajakan sewaktu saya memadam gambar gambar lain yang telah diuploadkan ke dalam lappy, huhuhuhu.... Rasa cam nak nangis sebab saya posing sakan trifle tu kat dalam cawan dan lain lain. Tiba tiba terdelete, tak ke naya jadinya, habihla usaha titik peluhku untuk hari ni......huwaaaaaaa, Mujur jugak ada seketul dua yang tinggal buat diambil gambar lagi sekali.
Wednesday, March 23, 2011
Red Velvet Cake
Salam semua,
Ramainya yang dah cuba kek si baldu merah ni kan??? Saya pun tak mau la terkecuali. Buat jugala, tapi saya cuma buat separuh adunan saja dan telur saya letak 3 biji.
Kek red velvet ni pun banyak versi rupanya. Jadi, buat permulaan, saya cuba resepi dari blog Dapurcomelku yang memperolehinya pula dari blog Nina Terimakasih buat kedua duanya ya.
Red Velvet Cake
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
Filling:
500gram blueberry filling
Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
Topping:
30biji coklat feraro
Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan
Kek ni saya buat togel jer. Malas la pulak nak hias hias, lagipun untuk makan sendirik jer..
Tuesday, March 22, 2011
Chicken Vandaloo
Salam semua,
Hari hari mesti nak try resepi baru utk hidangan famili, sehari satu resepi, ok la kan, baru la anak anak dan hubby tak jemu. Biar mereka menunggu2 jer apa juadah yang bakal di sajikan. Resepi ni macam biasala cilok dari dapur CMG. Terimakasih ya Cik Mat.
CHICKEN VANDALOO
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, dikerat sederhana besar
2 biji bawang besar
4 camca besar minyak sapi
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 camca teh jintan manis
2 camca teh ketumbar
2 camca teh halba (mat guna 1 camca teh)
1 camca teh serbuk kunyit
8 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
4 tangkai cili kering (ganti dengan 1 1/2 camca besar cili kisar)
2 camca besar tomato puree (mat ganti dengan 3 biji tomato, cincang halus)
3 camca besar cuka makan
Garam dan gula
Sedikit badam, untuk hiasan (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bawang dihiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan. Toskan dan kisar bersama2 halia, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halba dan serbuk kunyit hingga halus. Ketepikan.
Dalam kuali, cairkan minyak sapi dan goreng ayam tadi hingga kekuningan pada semua bahagian. Masukkan bahan kisar tadi, kayu manis dan buah pelaga. Gaul rata dan masak sekejap.
Masukkan tomato cincang, cuka dan air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih dan kuah pekat (kurang lebih 40 - 45 minit, dgn api sederhana). Tambah garam secukup rasa dan gula. Biar mendidih perlahan 4 - 5 minit lagi sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kepingan badam sebelum dihidangkan.....
Ayam vandaloo ni memang sedap. Kalau tak percaya, cuba buat sendiri.
Sunday, March 20, 2011
Steam Moist Banana Double Layer Cake
Assalamualaikum semua,
Hari ni jom kita layan kek pisang lembab pulak ya. Pisang yang dibuat kek ini diberi oleh jiran satu lorong, Uncle Raja yang rajin sangat bagi pisang kat jiran jiran.
Kali ni dia bagi pisang dengan buah murungai. Pokok pisang tu tumbang katanya, jadi dia pun ambik la pisang tu, masih hijau lagi masa dia bagi kat saya. Lepas seminggu baru masak betul, tu pun masak tak sekata, hari ni masak 3 biji, 2 hari lagi masak lagi 3 biji. Itulah jadinya kek pisang lembab ni hasil dari mengorbankan pisang tu. Buah murungai pulak, kering macam tu aja sebab tak tau nak masak apa......akhirnya dibuang cam tu aja.
Mula tengok kek ni kat rumah Mas yang dah siap dengan eksperimennya. Kalau nak tengok hasil kerastangan Mas, jenguk ler ke SINI. Tp bila google lagi jumpa pulak kat SINI
Cuba anda semua lihat tekstur kek ini. Memang lembut, moist dan gebu sangat, rasa cam apam pun ada jugak. Saya tambahkan sedikit chocolate emulco untuk warna yg lebih terang rasa choc yg lebih enak. Kalau ada mereka2 di luar sana yang nak maintain figure tu tp masih nak makan kek, kek ini amat disyorkan utk dicuba pasti anda tak menyesal.
OKlah kepada yg ingin mencuba, di bawah ni saya perpanjangkan resepinya.
Recipe for Steam Moist Banana Double layer cake:
Set A:
200g mashed banana
1/8 tsp vanilla extract
1 tsp baking soda
pinch of salt
Set B:
3 eggs
100g brown sugar
100g pao flour / superfine cake flour
1 tsp baking powder
65g vegetable cooking oil
Basic Sponge Cake Layer:
2 eggs
60g sugar
25g milk
65g pao flour
Method:
In a mixing bowl, stir together all the ingredients in Set A and make sure everything is well combined.
In another mixing bowl, beat together the eggs and both sugars together till thick and light in colour. To check if ready, see the evident ribbons formed when it drips down on to the surface of the batter. Add in flour and baking powder and stir well. Lastly, add in the mashed bananas mixture and vegetable cooking oil and stir in gently.
Pour the batter into the prepared and parchment lined greased tins. Steam for the cakes for 15 to 20 minutes till cooked and tester comes out clean. Remove from steamer and set aside.
Now prepare the top sponge layer. Whisk the eggs and sugar till thick and doubled in volume and forms thick ribbons. Add in milk and flour and stir in gently.
Pour the cake batter over steamed banana cake layer and steam again for another 15 minutes till done at medium high fire till done.
Saturday, March 19, 2011
Sup Ayam Ala Mamak
Salam semua,
Kalau masak ayam, wajib buat sup untuk anak kecil saya sebab dia tak berapa suka pedas. Jadi, sup yang dibuat ni special untuk anak kecil saya. Hari ni teringin nak cuba sup ala mamak pulak, kata orang sedap. Ada jugak orang yang suka makan sup ini dengan roti benggali, hubby pun suka
Asal resepinya adalah untuk sup tulang tapi saya gantikan dengan ayam. Di bawah ni saya perpanjangkan resepinya yang saya dapat dari dapur Kak Liza Terimakasih ya Kak Liza.
SUP TULANG ala MAMAK - dah jadi SUP AYAM ala MAMAK
Bahan-bahan
1 kg tulang - sy ganti ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya
bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga
Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang
Thursday, March 17, 2011
Nasi Aswan
Salam semua,
Ketandusan idea tak tahu apa nak tulis. Jadi, layan jer la nasi aswan yang dimasak baru baru ni.
Resepi ni saya dapat dari Dapurcomelku Terimakasih ya.
NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah
Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)
1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)- sy guna beras biasa
Air mengikut paras beras
1 ekor ayam - potong ikut suka
5 biji bawang besar - potong dadu
8 ulas bwg putih - dicincang
2 jari halia muda - dihiris
10 biji tomato segar - dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree - tak letak sebab tak der
10 biji buah pelaga -dipecahkan
5 kuntum bunga cengkih
5 cm kayu manis
1 sudu teh serbuk lada putih
1 cawan minyak conola - sy guna minyak sapi n butter
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 caw daun pudina - tak letak
garam secukup rasa
Bahan hiasan untuk ditabur:
1/2 cawan bawang goreng - tak letak
1/2 caw hirisan badam goreng
1/2 caw gajus goreng
Cara-Cara:-
Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.
Tuesday, March 15, 2011
Marble Chocolate Cheese Cake
Salam semua,
Gabungan kek coklat dan keju memang sungguh sedap. Satu kombinasi yang sangat serasi. Lama sangat saya salin resepi ni dari rumah Mamafami......ala Mamafami yang gojes tu....... tentu semua orang kenai kan??? Dengar khabar beliau pun telah telah disunting oleh sebuah majalah terkenal tanahair. Amboooi.... berderet2 chef2 blogger kita yang dah disunting ya. Tahniahla diucapkan kepada semua, semuga usaha murni kalian dpt diteruskan lagi dengan paparan yang lebih menarik, yang sekaligus memberikan inspirasi buat rakan2 yang baru berjinak2 dengan dunia masak memasak.
Oklah , kita ke resepi kali ni ya. Rasanya ramai juga yang telah mencuba resepi ni. Kali ni giliran saya pula, saya ni memang selalu ketinggalan zaman...
Resepinya saya cp dari fp Mamafami Terimakasih ya Mama.
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE (Roylazim)
Ingredients A :
180 g butter
20 g cocoa powder
170 g castor sugar (I reduced to 150 g only)
3 eggs
120 g self-raising flour
1 teaspoon baking powder
Ingredients B :
250 g cream cheese
60 g castor sugar
1 teaspoon vanilla essence
1 egg
Method :
1. Sift self-raising flour, baking powder and cocoa. Set aside.
2. Cream butter and sugar.
3. Add in eggs (ingredient A), one at a time.
4. Add in the sifted ingredients and mix well.
5. In another bowl, beat all ingredients in B till light.
6. Prepare a 7" tray, line with grease-proof paper. I used an 8" x 8" tray. Pour in one part of ingredient A's mixture into the tin. Spread evenly. Then pour the whole ingredient B's mixture on top and spread evenly. Finally pour the balance of ingredient A's mixture on top and spread nicely to cover the whole area.
7. Bake in a pre-heated oven at 160 C for 1 hour.
Tekstur kek yang saya buat ni agak firm, mungkin terlebih pukul kot, tp rasanya tetap maintain....sedap you.
Saturday, March 12, 2011
Sticky Caramel Chicken Wing
Assalamualaikum semua,
Apakhabar? Harap hari hari yang anda lalui penuh ceria selalu ya..... ceria membawa bahagia. Deman ayam ni dah lama melanda sebenarnya, tapi baru hari ni berjangkit kat rumah saya.
Resepi ni untuk 12 ketul ayam kan, tapi saya buat untuk 4 ketul aja. Saya menggunakan 2 keping kepak ayam, sebab itu jer yang ada kat dalam petiais, kepak itupun saya belah dua..... itula jadinya 4 ketul. Jadi la kan, untuk permulaan, nak rasa.
Sedapla kejadian sticky caramel chicken wing ni, saya meratah begitu saja, rasa manis madunya memang sangat sedap. Lain kali saya akan buat lebih lagi...terimakasih kepada semua yang telah mempromosi sakan resepi ni…
STICKY CARAMEL CHICKEN
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & K.Nor@SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...
Friday, March 11, 2011
Capati Rendang Daging
Salam semua,
Taraaaaa......ada tak yang terliur tengok sarapan pagi saya hari ni??? Hari ni saya breakfast dengan capati dan rendang daging. Sedap sangat capati ni. Tapi bukan hasil kerastangan saya ya. Capati ni saya beli kat foodcourt Seberang Jaya lepas balik hantar anak pergi tadika, kebetulan pulak hubby bercuti hari ni. Capati memang makanan kegemaran saya sejak kecil lagi. Masa kecik kecik dulu arwah ayah selalu bawa saya makan dekat warung di Bagan Luar, Butterworth, memang sedap. Sekarang ni entah kemana perginya warung tu, diganti dengan bangunan2 baru.
Hajat di hati memang teringin sangat nak buat capati, tapi anak2 dan hubby tak berapa suka sebab mereka tak dibiasakan makan makanan ni. Hanya saya seorang ajalah penggemarnya, jadi kalau nak buat pun tak berapa berbaloi la kan.... Jadi, jamu mata dengan capati tunjuk ni jerla hari ni ya.... Kalau ada kesempatan di lain hari saya nak cuba buat jugak....insyaALLAH..
Wednesday, March 9, 2011
Sotong Oriental
Salam semua,
Dah lama saya tak masak sotong. Anak anak pun dah merungut. Sabtu lepas, bila terjumpa dengan sotong, terus aja hubby beli. Secara kebetulan pulak terserempak dengan resepi sotong oriental ni kat rumah KNor. Apalagi, kita pun menerai la.
Memang marbeles giler sotong ni………sedap sangat. Sotong pun tak mengecut sangat bila dimasak, fobia jugak bila tengok sotong mengecut tinggal sejemput mcm yg selalu sy masak bukannya apa….takut tak cukup aja…….dan lagi……..nampak pun tak berapa menarikkan.
Resepinya saya cp dari dapur KNor. Knor pulak amik dari rumah Madiha. Terimakasih semuanya ya.
SOTONG ORIENTAL
Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji green capsicum, dipotong
1/2 biji red capsicum, dipotong
5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa
Bahan Sos
2 camca besar pes tomyam
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air
Cara Membuatnya:
Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
Monday, March 7, 2011
Telur Masak Kicap
Salam semua,
Suatu hidangan yang ringkas tetapi sedap dimakan, telur masak kicap. Selalunya kalau dah habis idea nak masak apa, resepi ni la yang saya buat untuk hidangan tengahari membawa ke petang..
Sedikit info tentang khasiat telur yang saya perolehi dari Utusan
TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.
Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.
Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.
Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.
Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.
Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.
Resepi ehsan daripada Kak Liza. Terimakasih ya kak.
Telur Masak Kicap
Bahan
4 biji telur mata lembu
1 biji tomato [belah 6]
1 biji cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang besar [hiris kasar]
1/2 cawan kicap
2 s/b tomato jus
daun bawang [potong pendek]
minyak
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan kicap dan tomato sos. Kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan tomato buah dan daun bawang. Tutup api.
4. Tuangkan keatas telur mata lembu tadi.
Saturday, March 5, 2011
Tiramisu Cheese Cake
Salam semua,
Tiramisu, salah satu pencuci mulut (dessert) yang istimewa dan popular dari Itali.
Walaupun dahulunya tiramisu hanya disajikan oleh masyarakat Itali, tetapi kini telah menjadi kegemaran ramai seantero dunia. Dengan berbagai bagai kaedah penyediaannya, tiramisu yang pada asasnya berkrim dan berlapis, selalunya disajikan sejuk sebaik dikeluarkan dari petiais. Semakin lama anda dapat menyejukkan kek tiramisu ini sebelum dihidangkan semakin enak hasil yang akan anda perolehi.
Sepotong tiramisu di atas pinggan sudah cukup untuk menyamankan tekak sekaligus mengenyangkan. Tiramisu juga kadangkala disajikan dalam bentuk trifle di dalam mangkuk atau gelas yg dalam. Dewasa ini tiramisu telah menjadi menu pencuci mulut yang sgt popular di kebanyakkan kafe dan bakeri.
Pertama kali saya merasai keenakkan tiramisu ini membuatkan saya ketagihan malahan ingin lagi dan lagi......sekaligus menjadikan saya penggemarnya. Terimakasih diucapkan buat Kzai di mana resepi ini saya perolehi dan terimakasih juga buat tuanpunya resepi Pn Umie (MYR)
Kek Keju Tiramisu Simple
Sumber: umi_e (myresepi.com) - terimakasih ya
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...