Pages

Monday, March 7, 2011

Telur Masak Kicap


Salam semua,

Suatu hidangan yang ringkas tetapi sedap dimakan, telur masak kicap. Selalunya kalau dah habis idea nak masak apa, resepi ni la yang saya buat untuk hidangan tengahari membawa ke petang..

Sedikit info tentang khasiat telur yang saya perolehi dari Utusan

TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.

Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.



Resepi ehsan daripada Kak Liza. Terimakasih ya kak.

Telur Masak Kicap

Bahan
4 biji telur mata lembu
1 biji tomato [belah 6]
1 biji cili merah [hiris kasar]
1 labu bawang besar [hiris kasar]
1/2 cawan kicap
2 s/b tomato jus
daun bawang [potong pendek]
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah.
2. Masukkan kicap dan tomato sos. Kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan tomato buah dan daun bawang. Tutup api.
4. Tuangkan keatas telur mata lembu tadi.

4 comments:

  1. kak watie =) pekena telur masak kicap ngan nasi panas2 mmg best. letak cili padi kasi pedas lagi terangkat.. sedap!

    ReplyDelete
  2. kak, saya pun suka makan telur...sedap masak kicap ni..:)

    ReplyDelete
  3. Assalam kak wattie,
    waduh kecurnya tengok lauk telur ni!!..kita
    at least 2 biji baru kenyang..caya tu..perut tong lah katakan..haha..eh dah lama juga tak masak lauk ni..

    ReplyDelete
  4. Tun Telani - huisshhh memang best tu tun

    Nieza - ramai yg suka masakan yg ringkas dan sedap ni kan

    Ayu - Wsalam Ayu, kita serupa Ayu.....keh keh keh

    ReplyDelete